Followers
Saturday, October 18, 2014
SOLAT YANG HILANG
Assalamualaikum wr wb..opah sedang menonton Tanyalah Ustaz yang dihostkan Ustaz Roslan Muhammad.Sangat terkesan dengan tajuk Solat yang hilang. Aduhai sangat membimbangkan buat diri opah dan ingatan pada diri hambamu yang lemah ini. Hadis Sahih dari Saidatina Aishah RA maksudnya " Tiap sesuatu itu ada tiang serinya dan diri kita ini SOLAT adalah tiangnya dan tiang solat pula adalah KHUSYUK dan orang yang TERBAIK antara kita adalah orang yang TAQWA.
Bagi Ustaz Roslan solat kita taklah hilang yang hilang adalah Ruhnya Pahala dan Kemanisannya. Untuk dapatkan kemanisan solat tersebut kita disarankan
a. Kukuhkan hubungan dengan Tuhan dari awal solat hingga akhir.
b. Mengadu secara langsung dengan Tuhan.
c. Bermula dari Berwuduk dan memulakan solat merupakan pintu keampunan dari Allah.
d. Ketaqwaan kepada -menambahkan rasa Takut dan Kembali kepada Allah.
e. Berjemaah dapat mengukuhkan silaturrahim antara kita sesama kita untuk penyatuan ummah.
f. Untuk merasakan dekat dengan Allah ketika solat hayati bacaan dalam solat.
g. Dalam Solat juga kita boleh berhubung terus dengan Alquran kerana bacaan sepanjang masa kita melakukan ibadat solat dari awal hingga akhir.
Bukan solat yang hilang tapi ruh pahala dan kemanisannya yang sudah hilang kerana kemungkinan kita solat cukup lima waktu tapi tidak ada penghayatan dalam lain perkataan CINCAI. Orang yang akan mendapat kemanisan dan tidak hilang solatnya adalah orang yang solat cukup 5 kali sehari dan sangat berhati-hati sentiaswa menunggu waktu solat masuk. Ada juga yang solat mengikut waktu solat dan mengerjakan amalan dunia seiring. Minta dijauhkan ada orang lain tidak solat atau ada masa tertentu saja solat umpamanya ketika raya ,ketika dilanda masalah dan sebagainya. Siapalah kita untuk suku-suka hati menukar dan ubahsuai waktu solat yang telah Allah tetapkan Nauzubillah. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita semua supaya solat kita tidak hilang ruh, pahala dan kemanisannya... Aamin.
Tuesday, September 2, 2014
Kasih tanpa syarat.
Assalamualaikum wr..wb..
Sudah setengah tahun rasanya blog ini opah tinggalkan seperti orang meninggalkan rumah.Walaupun ada masa menjengah seketika tidak sama rasanya menulis sesuatu yang terdetik di hati untuk dikongsi menjadi iktibar bagi sesiapa saja.
Menyebut perkataan *kasih* selalunya kita akan mengingatkan kasih untuk pasangan kekasih saja saja. Apa yang kita tahu dulu, kini dan selamanya bukanlah semestinya satu kebenaran yang disahkan oleh sesiapa pun. Oleh kerana perasaan itu umum semua orang merasai maka ia menjadi sangat senang bercerita tentangnya.
Kasih sesama insan, kasih pada haiwan, kasih pada harta benda atau lebih khusus kasih pada dunia. Semua ini tak sama bagaimana hebatnya Kasih Allah SWT pada hambanya. Kita dapat merasai kasihnya dapat berbicara dengannya tanpa syarat. Semua rahmatnya telah bertahun sejak lahir kita rasai, yang sedihnya bagi opah sendiri macam mana susahnya nak ikhlaskan hati mengasihi dan menyintai Allah tanpa syarat. Mengingatinya samaada ketika susah atau senang.
Kasih kedua ibu bapa juga sangat hebat untuk anak-anak tapi belum juga dapat menandingi kasih Allah pada kita. Menunjukkan rasa kasih pada anak-anak yang belum tentu dapat membalas kasih itu dengan ikhlas atau menjanjikan apa-apa dan ramai ibu bapa yang tidak mengharap apa-apa balasan pun dari anak-anak. Selalunya mereka akan berdoa mengharapkan yang terbaik dari Allah SWT.
Kasih pasangan kekasih selalunya mahu mengakhirinya dengan perkahwinan tidak ada yang nak berkasih sampai tua dengan tidak berkahwin kalau ada pun mungkin kes terpencil dan mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan pasangan ini. Kalau kita ditimpa musibah dan ujian ada kalanya kita rasa kasih itu tergugat. Sebenarnya itulah tanda Allah kasihkan kita dan bersabarlah menghadapinya dengan berusaha mengaatasinya seterusnya menyerahkan pada ketentuan Allah.

Friday, August 22, 2014
Assalamualaikum wr...wb...
Rasa sangat rindu untuk menulis sesuatu di pondok opah ini. Rasa untuk berkongsi rasa dengan semua orang memang sentiasa ada walaupun pun bukan untuk semua perkara.Alhamdulillah opah masih di sini. Selamat Hari Raya dan maaf dzahir bathin dari opah untuk sesiapa saja yang tersesat ke pondok opah ini.

Thursday, April 11, 2013
Petua Memusnahkan Sel Kanser
Assalamualaikum wr wb. mudah-mudahan kita semua dalam rahmat Allah SWT. Alhamdulillah dalam masa beberapa minggu lepas opah sempat menziarahi saudara, rakan dan bekas guru opah. Menghubungkan silaturrahim yang terputus puluhan tahun, menziarahi mereka yang Allah uji dengan kesakitan. Menginsafkan diri opah terasa sangat kecil, dengan kebesaran dan kekuasaan Ilahi.
Beberapa orang sahabat dan saudara telah pulang ke rahmatullah dulu akibat serangan kanser dalam masa beberapa bulan sahaja disahkan mengidap kanser.
Seorang anak buah yang memanjangkan Petua Untuk Memusnahkan Sel-sel kanser di status fb, opah panjangkan diblog ini untuk dimanafaatkan sekiranya ada yang ingin mencuba rawatan berdasarkan Ayat-ayat Alquran. Mudah-mudahan ada manafaatnya walaupun kita semua maklum kematian itu adalah janji Allah tidak akan tercepat atau terlewat walau pun sesaat. Sebagai hambanya kita mesti berusaha selagi boleh selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah.
Doa untuk musnahkan sel-sel kanser.
1. Beristigfar 10 kali
2. Selawat ke atas Nabi 10 kali
3. Alfatihah 1 kali
Sediakan sebotol air zam zam atau air biasa, buka dibaca dan ditiup kepada air tersebut.
Surah-surah yang dibaca,
1. Surah AlMaidah Ayat 82 hingga 91
2. Surah Al A'raf Ayat 70 hingga 81
3 Surah Ar Ra'd Ayat 16 hingga 28
4 Surah Al Anbiya' Ayat 38 hingga 50
5 Surah Assyura Ayat 185 hingga 227
6 Surah Azzumar Ayat 42 hingga 52
7 Surah Al Ghafir Ayat 67 hinggga 77
8 Surah Al Zukhruf Ayat 62 hingga 70
Selepas bacaan setiap surah di atas dihembuskan kepada permukaan air sebelum diberi pesakit itu minum.
Boleh dilakukan sendiri oleh pesakit jika dia mampu atau ahli keluarga terdekat atau sahabat handai. Boleh diminum atau disapu pada bahagian yang sakit.
Sejenis tumbuhan "belalai gajah" dikatakan mujarab sebagai penawar kanser. Direbus daunnya dan air rebusan tersebut digunakan untuk bacaan surah di atas sebagai doa.
Mudah-mudahan dapat dimanafaatkan dengan penuh keyakinan, yang menyembuhkan adalah Allah SWT sebagai hamba kita berusaha dan yakin akan kekuasaannya.
Thursday, February 28, 2013
Sumpah hantu raya...
![]() |
| Sekadar gambar hiasan |
Assalamualaikum wr..wb...dah habis semua perayaan yang di sambut tunggu pilihanraya saja. Bila sebut raya saja otak secara spontan ingat benda-benda yang berkaitan dengannya. Rasa bahagia bila menyebut Hari Raya dan yang menyeramkan bila ada orang kata Membela Hantu Raya.
Opah ingat masa sekolah dulu ada cerita dalam buku bacaan di sekolah, tak ingat pula apa nama buku tersebut . Terdapat satu cerita Hantu Raya dimasukkan ke dalam botol. Ini bermakna hantu raya boleh mengecilkan dan membesar sama macam cerita jin juga.
Seorang rakan ingin kongsikan cerita mengenai kampungnya yang dikatakan sangat pelik dan penuh dengan cerita-cerita misteri mengenai jumlah pesakit jiwa yg jumlahnya agak ramai jika dibandingkan dengan bilangan penduduk bagi sebuah kampung kecil.
Pada mula kedatangannya ke kampung tersebut terdapat 7 orang pesakit mental di kampung tersebut. Penduduk tak ramai lebih kurang 200 orang saja ketika itu. Ada yang pasif dan ada yang agresif. Ada yang telah dimasukkan ke Hospital Bahagia bila ada kes polis, contoh mencederakan orang . Pesakit jiwa yang lama masih ada dan ada juga yang telah meninggal kerana sakit tua dan kemalangan. Sekarang masih ada lagi dan bertambah pula yang baru lebih muda.
Bermacam punca dikaitkan dengan pesakit-pesakit ini. Ada yang dikatakan ibunya pun sakit ketika mengandungkannya. Ada juga yang jadi begitu setelah bercerai dengan suami , dikaitkan juga dengan sihir dari bekas suaminya. Perkahwinan dengan ahli keluarga terdekat menyebabkan anak kurang sihat. Suami berkahwin lain isteri tertekan jadi kurang siuman. Terdapat juga kerana menuntut ilmu tapi tidak dapat menunaikan syarat-syarat tertentu.
Satu masa dulu dikatakan ketika kampung tersebut mula dibuka untuk dijadikan tempat tinggal, datuk nenek penduduk di situ bersahabat dengan jin yang bergelar hantu raya. Khidmat hantu raya ini digunakan untuk menjaga kampung. Beberapa pantang larang mesti dipatuhi terutama apabila kenduri. Umpamanya selagi belum selesai kenduri segala sisa makanan tidak boleh dibuang ke tanah, jika dibuang tuan rumah jatuh pengsan dikatakan 'Tok Nenek' tak suka. Kena buat pulut kuning dan sebagainya.
Hingga sekarang katanya masih ada lagi pesakit jiwa, masalah sosial masih ada tahap serius juga walaupun ceramah, kelas agama tahap kedatangan jemaah ke surau seperti 30 seperti dulu tidak berubah. Kalau ada perubahan sedikit sangat . Perselisihan pendapat dan pandangan memang sentiasa ada. Perselisihan mengenai harta pusaka masih ada antara sesama keluarga. Bahkan mengenai imam pun ada.
Kata kawan opah adakah kejadian ini kerana makhluk-makhluk ini masih berleluasa dan berkuasa walaupun tuan-tuannya sudah lama meninggal dunianya. Mungkin ada kaitannya dan rasa opah semua perkara di atas kerana janji iblis pada Allah supaya beri peluang dia hidup untuk mengajak umat manusia semua bersamanya ke neraka nanti.Tidak kisahlah sama ada dalam bentuk hantu raya ke jin atau apa-apa saja. InsyaAllah kalau sudah dapat rasakan Allah berada dimana saja semua perkara akan terasa mudah.Tidak perlu bersandar pada makhluk seperti Hantu Raya.
Wednesday, January 23, 2013
Roh di Telaga Zam-Zam atau Telaga Be'rut.
Assalamualaikum wr.. wb............
Opah bersyukur kerana Allah beri peluang lagi untuk waktu ini. Pertambahan usia mengingatkan kita kepada akhir hayat yang semakin dekat dan tidak pula diberi tarikh tamat tempohnya.
Apabila musibah datang dalam pelbagai bentuk itulah rasanya tanda-tanda tempoh kita mungkin akan tamat bila-bila masa. Musibah juga rasanya seperti amaran dan ingatan dari Allah SWT. Musibah juga tanda Allah masih sayangkan hambanya kerana kita sedia maklum Allah Maha Pengasih dan Penyayang.Apabila kita ditimpa musibah kemungkinan sakit, kehilangan harta benda atau apa saja muhasabah dirilah yang terbaik.
Apabila tarikh tamat tempoh kita sudah datang sementara menunggu kiamat apakah yang terjadi pada roh-roh tersebut.Opah ada juga mendengar dan membaca mengenai apa yang terjadi pada roh-roh orang mukmin dan roh orang-orang fujjar. Ada manusia yang Allah pilih boleh mendapat gambaran apa yang terjadi pada roh-roh ini. Kemanakah mereka pergi selepas jasad mereka dikebumikan? Orang-orang inilah yang telah memanjangkan pengalaman ini supaya menjadi iktibar kepada insan lain.
Seorang hamba Allah telah mendapat mimpi mengenai seorang yang sangat warak dan ahli ibadat di mana rohnya tidak berada bersama roh-roh orang mukmin lain. Dimaklumkan melalui Kitab lama Kasyful Gummah
bahawa roh-roh mukmin ini berada di Telaga Zam-zam, sekiranya seseorang diberi peluang dengan mengamalkan beberapa syarat boleh cuba melalungkan nama si Pulan bin Si Pulan ketika tengah malam untuk mendengar samaada dia akan menjawab laungan tersebut. Itu pun sekiranya roh nya berada di situ.
Seorang hamba Allah telah berbuat demikian tapi sia-sia tiada jawapan apapa. Akhirnya dia bertanya semula kapada orang Alim yang menyuruh dia berbuat demikian apa yang terjadi kepada roh abid itu. Orang Alim tersebut menyuruhnya ke Hadhramaut iaitu ke Telaga Be'rut dan laungkan namanya pada waktu sama sepaerti di Telaga Zam-zam juga. Laungannya ke Telaga Be'rut yang kepanasan itu telah mendapat jawapan dari roh hamba Allah yang warak itu. Dia pun bertanya, "Kenapakah roh kamu ditempatkan di sini? sedangkan akau tahu kamu adalah abid yang sangat warak dan alim, sentiasa berulang alik dari rumah dan masjid?" Roh tersebut menyatakan, " Ada satu perkara yang telah aku lalaikan waktu hidupkku yang orang lain mungkin tidak tahu iaitu membiarkan seorang adik perempuanku hidup dalam kesusahan.semasa hayatku."
Hamba Allah ini segera meninggalkan Telaga Be'rut yang kepanasan itu dan pulang ke Mekah mencari saudara kepada sahabatnya yang warak itu dan memaklumkan kepada adik perempuannya perkara tersebut. Adiknya telah mengampunkannya. Tidak lama kemudian melalui mimpi orang alim tersebut ternyata rohnya sudah dihimpun bersama-sama orang mukmin di Telaga Zam zam
Ternyatalah menghubungkan silaturrahim satu tanggungjawab yang sangat Allah beratkan dan boleh menghalang roh mukmin itu dari tempat yang baik baginya. Orang ini cuma tidak peduli pada adiknya belum lagi dia menganiaya seperti yang kita selalu baca dan dengar setiap hari.Fikir, fikir dan fikir Walllahua'lam.

Thursday, November 15, 2012
Zon selesa yang belum pasti
Assalamualaikum wr..wb.. selamat melangkah ke tahun 1434 Hijrah.
Tersentuh hati opah bila bersolat bersama rakan jemaah yang sudah 3 bulan tak mampu ke surau untuk berjemaah tiba-tiba pagi ini dengan bertongkat datang dengan penuh semangat mencari kelebihan dalam solat... alhamdulilah.
Solat berjemaah dengan pahala yang lebih berbanding dengan solat seorang diri. Kelebihan 27 berbanding 1 saja tentulah satu tawaran yang menarik. Jika digantikan rm27 denaan rm1 mungkin nampak. Ganjaran dan kelebihan yang tidak nampak di mata kasar. Tiap orang mempunyai impian pelbagai untuk berada di zon selesa di dunia dan akhirat. Itulah sebabnya kita sentiasa berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat setiap lepas solat.
Dalam mencari zon selesa di dunia dan akhirat inilah melibatkan hubungan baik kita dengan pencipta dan makhluk Allah yang lain khususnya manusia. Kadang-kadang sebagai insan kita sangat menjaga hubungan Allah tapi kurang peduli dengan hubungan sesama insan atau haiwan... atau sebaliknya...Dua perkara yang sangat berbeza tapi amat penting dalam hidup ini selagi kita masih mampu bernafas.
Seorang pelacur telah mendapat ganjaran kebaikan dari Allah kerana kasih sayangnya kepada seekor anjing dengan memberikan air di padang pasir. Sebaliknya pula seorang ahli ibadat wanita yang sentiasa bertahajjuj sepanjang malam pula kehilangan pahalanya kerana mengurung seekor kucing tanpa makanan.
Perancangan Allah kita tidak pernah tahu melainkan harap dan takut padaNya sentiasa. Dimaklumkan juga di akhirat nanti Mahkamah Allah bukan setakat sesama insan saja tetapi antara haiwan sesama haiwan dan manusia dengan haiwan juga ada perbicaraannya.Astagfirullah ...astagfirullah....astagfirullahalazim.
Nampaknya perbicaraan kita dengan haiwan pun kita kena hadapi apatah lagi perbicaraan dengan Allah, yang lebih perit lagi dengan insan lain.....mudah-mudahan Allah lembutkan hati insan lain dan boleh memaafkan kita (boleh ke?selepas kita umpat, kutuk dan aniaya dia di dunia) diakhirat nanti.
Kesalahan dan dosa pada Allah boleh bertaubat dan memohon maaf padaNya. Terumpat (Boleh "ter") rakan boleh bagitahu dia dan mohon maaf padanya(itu pun kalau dia maaf). Berbanding dengan haiwan kecil yang kita telah bunuh sewenang-wenangnya.
Mudah-mudahanan Allah merahmati kita, insan lain juga akan maafkan kita tapi semut, lipas, tikus, nyamuk dan lain-lain haiwan hanya Allah saja yang tahu. Nampak macam kita di zon selesa di dunia ini dengan haiwan ini bila mereka semua dah mati tapi bila kita mati....

Tuesday, November 6, 2012
Assalamualaikum wr. wb... Zulhijjah bakal melabuhkan tirainya untuk mengakhiri 1433 hijrah dan fajar Muharam akan menyinsing memulakan awal tahun hijrah 1434 pula.
Masa terlalu cepat berlalu, opah selalu membilang dan menyedari hari beredar pada petang Khamis malam Jumaat kerana setiap malam Jumaat semua jemaah akan akan berkumpul untuk majlis bacaan yassin dan tahlil, esok paginya pula kuliah Jumaat di Pondok Pengajian. Selagi mengingatkan cepatnya masa berlalu spontan pula teringatkan kiamat yang akan datang entah bila.
Melalui kuliah minggu lepas ingin opah catitkan untuk ingatan sendiri dan orang lain juga mengenai Sabda Nabi, diriwayatkan melalui Abu Hurairah,
Beberapa tanda Hari Kiamat itu,
1. Perniagaan tidak laku semuanya. Hilang keberkatannya.
2. Sedikit tanaman atau tumbuhan.
3. Masyarakat suka kepada kerja umpat mengumpat di mana saja.
4. Riba menjadi satu perkara biasa dalam kehidupan.
5. Zina menjadi kebiasaan.
6. Orang-orang kaya akan dimuliakan.
7. Meninggikan suara fasik di dalam masjid.(bertempik)
8. Lahir ahli-ahli mungkar lebih ramai dari ahli yang hak.
Pastinya telah ada tanda kiamat itu dan akan datang lagi tanda-tanda akhir yang akan menamatkan kehidupan ini. Mudah-mudahan kita semua diakhirkan dalam husnul khatimah, amin.

Wednesday, October 10, 2012
Gemuk belum tentu sihat dan kurus tak semestinya sakit.
Assalamualaikum wr..wb...
Bila anda satu masa dulu gemuk atau berat badan berlebihan dari yang sepatutnya tiba-tiba dalam masa beberapa bulan berat badan anda dah menurun anda kelihatan kurus sedikit (bukan banyak).
Jangan terkejut jika kekurusan yang sedikit itu telah menjadi kan kawan-kawan atau saudara mara yang dah lama tak bersua akan bertanya. (Mereka ini yang peduli akan keadaan anda, ada juga yang tidak perasan pun kemungkinan tak nampak atau memang dia tak kisah pun)
Anda kena menjawab soalan-soalan ini, " Kamu sakitkah? kencing manis? darah tinggi? jantung atau ada penyakit kronik yang lain, Ya Allah mohon dijauhkan...
Bila anda menjawab dengan mengatakan sekarang anda cuba produk makanan kesihatan untuk sihat tapi kalau kurus itu baik sangatlah.
Seperti biasa kegemukan dengan opah sudah biasa, ahli keluarga opah makin berusia makin bertambah berat badan samalah dengan apa yang berlaku pada opah.
Bila gemuk, yang pasti tekanan darah tinggi akan bertambah, kemungkinan kencing manis pun ada, yang pasti kaki yang kecil tak sanggup lagi menampung badan yang hampir mencecah 90 kg. Lututlah yang menjadi sengsara kerana kerenah tuan badan.
Masa gemuk tidak pula ada orang yang bertanya mengenai kesakitan, kalau ada pun teman rapat. dan saudara mara yang karib dengan kita. Ramai yang akan menegur "Wah sihat ya makin gemuk dan berisi!"
Rasa bersalah dgn berat badan memang ada.
Lepas mencuba sendiri produk makanan tambahan dengan mendisiplinkan diri yang sukar nak didisiplin boleh jugalah opah berada dalam keadaan sekarang. Produk yang baik tak akan berkesan kalau kita tak dapat nak disiplinkan diri. Sabd Nabi "Makanlah ketika lapar dan berhenti bila kenyang."
Opah telah mencuba produk kesihatan ini lebih kurang 5 bulan dan hasilnya alhamdulillah dengan izin Allah tekanan darah tinggi opah menurun dari 140/90 bertahun-tahun sentiasa diingatkan oleh doktor perubatan menjadi 117/68 , pertama dalam sejarah hidup opah macam tekanan ketika usia opah 30han.
Berat badan juga menurun walaupun belum mencapai berat ideal sebenar opah hanya 8kg saja Syukur pada Allah dan terima kasih pada semua anak menantu yang terlibat dengan produk HERBALIFE mereka.
Semoga mereka berjaya.

Tuesday, September 11, 2012
Azab kubur yang didengari haiwan.
![]() |
| KEMATIAN |
Dari riwayat Muslim , Sabda Rasulullah "Ada pun segala binatang mendengar azab kubur" . Maknanya semua jenis haiwan dapat mendengar suara rintihan dan raungan dari dalam kubur. Tidakkah kita manusia berpeluang mendengarnya. Kata orang yang mengetahui hanya orang yang boleh menyimpan rahsia saja yang dianugerahkan kebolehan mendengarnya. Jadilah seperti haiwan yang hanya boleh dengar tapi tidak pernah mengongsikan pendengaran mereka dengan kita. Subhanallah1.... Nabi Allah Sulaiman tentu lebih mengetahui kerana beliau memahami bahasa haiwan
Satu lagi kisah yang patut jadi ingatan apabila beberapa ekor lembu tidak mahu lalu berhampiran kubur yang baru saja diabadikan seorang insan yang pada hayatnya tidak baik hingga menjadi tanda tanya pada tuan punya lembu tersebut.(cerita dari Tuan guru opah) Seorang alim telah memberitahu sebab-sebab keengganan lembu tersebut. Jika semua manusia dan jin diberi peluang mendengar semua aktiviti malaikat munkar dan nakir, rasanya tidak ada orang yang mahu mengorek liang dan menanam jenazah setiap kali ada kematian.
Mimpi seorang nenek.
Assalamualaikum wr. wb... Syawal sudah sampai ke hujungnya, dan rasanya tidak terlewat lagi bagi opah untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri memohon kemaafan untuk semua. Selagi bernama manusia tidak ada orang yang akan terkecuali dengan kesilapan apatah lagi sesama manusia. Sama ada secara sedar atau tidak opah mohon dimaafkan. Mudah-mudahan tidak ada hutang bila di sana nanti.
Setiap kali lepas Ramadan selalu kita saling mengingatkan kemungkinan Ramadhan akan datang usia kita masih Allah panjangkan.Berdasarkan pengalaman ada rakan yang tidak lagi bersama kita walaupun kemarin baru berbual atau solat bersama, pergi dijemput Allah dahulu.
Di kalangan jemaah di kampung opah terdapat seorang yang sangat kami hormati dan kagumi. Menurut beliau usianya lebih dari 100 tahun walaupun di kad pengenalannya belum lagi mencapai 100 tahun.Dia masih sihat mampu berjalan ke surau dengan bertongkat setiap kali waktu magrib, isyak dan subuh tidak pernah tidak hadir kecuali jika ada anak-anak datang mengunjunginya atau berziarah ke rumah anak-anak.. Dia tidak sakit lutut, darah tingggi atau kencing manis. Kalau ada masalah baginya mungkin matanya.
Pada malam selasa yang lalu nenek ini telah berpesan pada salah seorang ahli, jika saya tidak hadir solat subuh esok datanglah jengok saya mungkin saya dah tiada lagi di dunia ini. Nenek yang tinggal seorang diri ini telah bermimpi pada malam sebelum itu dia telah jatuh ke dalam lautan yang sungguh luas, nasib baik dia terduduk pula dalam sebuah tong dan di bawa arus ke tengah lautan,Ceritanya lagi "Agaknya saya dah sampai masa untuk pergi dulul." Kami mendengar dengan rasa terharu kerana mengingatkan cerita dan pesanan terakhr darinya.
Apabila dia tidak hadir berjemaah subuh selasa itu kami bercadang untuk menzirahinya sebelum pulang kerumah. Belum sempat melangkah baru nak memulakan perjalanan, nampak nenek tersebut terbongkok-bongkok datang menuju surau, kami pun bertanya, "Nak ke mana?" " Nak ke suraulah, lama sungguh orang tak azan lagikah?" Dia bertanya. Jawab opah ,"Sekarang dah hampir pukul 7.00 kena balik cepat solat di rumah, orang dah azan lama dah, pembesar suara surau rosak...."Alhamdulillah dia masih sihat lagi walupun sudah hampir 100 tahun belum nyanyuk mampu uruskan diri. Jiran-jiran terdekat membantunya dalam menyediakan makan dan minum memandangkan beliau menolak untuk tinggal bersama anak-anak.

Thursday, July 19, 2012
Sebelum Ramadan
Salam Rejab,Syaaban dan bakal mengunjungi kita Ramadhan AlMubarak. Bulan mulia dan penuh keberkatan akan menjelang. Setiap kali bulan Ramadhan opah sentiasa berdoa bukan setakat ibadat yang diterima Allah dengan rahmat dan kasih sayangnya kita akan memperolehi pahala malah secara tidak langsung meningkatkan kesihatan diri kepada tahap yang lebih baik.
Mengubah cara makan dari yang kurang baik kepada yang lebih sihat adalah sesuatu yang amat sukar. Opah telah terbiasa dari kecil dengan makanan berlemak, manis dan makanan bergoreng memang menyelerakan. Apabila ahli keluarga opah ada yang terkena strok dan kencing manis belasan tahun dahulu nampak macam ramai ahli keluarga yang lebih berhati-hati memilih makanan. Sebagaimana kami tahu ahli keluarga opah ramai yang akan menambah berat badan ketika usia meningkat 30han termasuklah opah sendiri. Keadaan lebih buruk bila kami bertemu pada hari-hari kenduri. Seronok untuk makan tak dapat diceritakan lagi di samping dapat bertemu saudara mara. Kebanyakan anak buah opah akan merungut sambil makan juga. "habislah dieta aku hari ni...." Boleh makan tapi pilihlah yang menyihatkan....
Beberapa minggu lepas opah dapat merasai menu kenduri yang rasanya bagi opah cukup mudah dan tidak membebankan bagi orang berpenyakit. Menunya Ayam bakar bersalut rempah, pecal jawa, dan kerabu sayuran bersambal kelapa dan kari daging. Tidak perlu nasi dan daging. Ayam, pecal dan kerabu sudah cukup mengenyangkan, dalam pecal sudah ada kentang, taukua dan pelbagai sayuran.
Bayangkan kalau ada 7 jemputan kenduri pada satu hari dan dijamu dengan menu yang hampir sama. Daerah tempat tinggal opah jamuan kenduri kahwin ada pelbagai, macam raya. Ada buruk dan ada baiknya. Tetamu banyak pilihan dan tuan rumah banyak tanggungan. Kenduri adalah isytihar sahaja yang wajib akad nikah. Jika mampu berlebihan tidak menjadi masalah.
Kita di ambang Ramadhan yang penuh barakah, bulan mengumpul pahala dan mencari rahmat, merasai bagaimana menjadi orang yang lebih sabar dalam keadaan berlapar. Merasai apa yang dirasai umat Islam lain di mana saja yang sentiasa dalam kelaparan kerana kesusahan dan ketiadaan makanan. Sentiasa mengingati diri sendiri kalaulah aku di situ....Tidak lupa menjaga lidah dan kelakuan untuk menjamin puasa yang 100 % markahnya. Ulangkaji semula perkara-perkara membatalkan puasa supaya tidak tersasar untuk ingatan diri sendiri.
Mudah-mudahan Ramadhan ini menjadikan kita lebih sihat untuk menjalani ibadah puasa dan lain-lain ibadat istimewanya solat tarawih.

Tuesday, April 10, 2012
Ayah dan Bonda.
Satu ketika dulu usia opah lebih kurang 4 tahun, tidak ada pusat-pusat asuhan seperti yang ada sekarang, abang dan kakak semua telah ke sekolah. Jarak umur dengan kakak yang terdekat dengan opah adalah 8 tahun. Opah adalah peneman setia bonda. Ke mana saja dia pergi opah akan ikut. Ketika bonda mengambil upah menoreh getah atau menuai padi opah akan mengikutnya dari ladang di kaki Bukit Semanggol hingga ke perbatasan sawah. Opah sangat suka mengikutnya dan memerhatikan bonda bekerja dengan berbekalkan air minuman dan cucur bawang.Paling penting dibawa ialah kapur sireh untuk disapukan pada bekas gigitan nyamuk. Mungkin ketika itu nyamuk aedes belum ada. Dia akan menghamparkan tikar dan opah akan menanti bonda hingga selesai, kalau menoreh sampai jadi sekeping getah baru boleh pulang. Ketika bonda menoreh matanya liar memerhatikan dan mendengarkan sebarang bunyi memandangkan ladang getah berdekatan dengan hutan tebal. Di samping takutkan binatang buas bonda juga takutkan manusia yang mungkin berniat jahat. Setelah dewasa baru opah faham kenapa opah jadi peneman bonda.
Ketika ayahanda keluar berdakwah dan berjualan selama beberapa minggu atau mungkin sebulan lebih kami akan bersama bonda, makan minum seadanya apa yang ada.Kemewahan seperti hari ini tidak pernah dibayangkan sesuai kehidupan ketika itu. Selalunya bonda akan membuat nasi lemak berlaukkan sambal sardin dan sotong kering untuk dijual di kantin sekolah atau di kedai makan berhampiran. Kami kena bangun awal untuk membantu membungkus nasi lemak. Opah dan kakak akan tolong menghantarkan nasi yang telah siap dibungkus. Selain dari nasi lemak bonda juga menjual mee sanggol yang digoreng, dibungkus dengan daun rambai. Setiap petang selain dari menguti wang jualan kami juga akan pergi membeli daun pisang dan mengumpul daun rambai dari pokok di tepi rumah. Menu tradisi ini masih boleh disediakan oleh adik beradik opah. Hingga sekarang masih terasa sambalnya.
Bonda opah juga boleh menjahit pakaian, ini juga kerja sampingannya selain dari berkebun sayur dan tebu. Tebu menjadi tanaman utama bonda. Dia bukan saja menjual tebu, sebatang tebu dijual dengan harga 50 sen hingga 1 ringgitt Bonda juga telah mencipta mesin tebu sendiri dengan mengapit dua batang kayu pada pokok untuk menghimpit batang tebu bagi mengeluarkan air. Bonda bagi kami sangat hebat dalam mencari rezki. Selain berjualan nasi lemak waktu pagi dan gorengan pisang dan ubi waktu petang.
Akhirnya bonda dapat mengumpul sedikit wang untuk memulakan satu lagi perniagaan kecil-kecilan iaitu dengan menjual kain batik dan pelikat, tudung renda dari France dan baju sut untuk wanita. Pakaian ini bonda beli dari Jalan Penang di Pulau Pinang, dijualkan untuk orang-orang kampung opah secara berhutang. Bonda tidak bersekolah tapi boleh membaca melalui kelas dewasa. Mengenal nombor membaca nama bas dan menghafal ayat-ayat lazim dari Muqaddam.Beliau juga merupakan seorang jurukira dan juruaudit hebat. Boleh mengingati sesiapa yang masih berhutang dan berapa jumlah hutangnya lagi serta tarikh-tarikh bayarannya.Dia meminta kami tuliskan semua sipemiutang dalam satu buku dan catitkan semuanya. Sekiranya ada yang belum jelaskan hutang, dia minta kami tuliskan surat memohon bayarannya. Nampaknya dia mendahului PTPTN.....
Keuntungan dari jualan dan perniagaaan kecil-kecilan itu telah dikumpulkan untuk menyara kami, membantu ayahanda dan akhirnya membeli tanah tempat kami menetap dari tuan tanah. Memandangkan tanah itu agak luas juga walaupun tak sampai seekar bonda dan ayahanda telah membina rumah di kawasan yang agak tinggi memandangkan tapak lama selalu ditenggelami air. Kakinya selalu mengalami kemerahan kerana selalu mengharungi air banjir. Banjir spontan ini akan terjadi kalau hujan turun sejam tidak berhenti-henti dan akan kering dalam seminggu...... halaman rumah akan menjadi lecah berair dan berselut.
Ayahanda yang mengajar di mesjid dan surau sekitar daerah Perak tengah hingga ke sebahagian daerah di Pahang dan Selangor. Apabila ayahanda pulang dia akan membelikan bahan jualan seperti pakaian dan kitab-kitab pengajian dari kedai-kedai Arab di Bagan Serai seperti kedai Syed Munasar dan Syed Saaid. Opah sangat suka mengikuti ayahanda pergi ke kedai tersebut kerana suka dengar ayahanda berbahasa Arab dengan mereka walaupun opah tak faham pun. Semua pakaian di gunting dan dijahit oleh bonda, ketika itu kakak-kakak dan bonda akan menjahit pakaian sebelum ayahanda pergi semula. Malah ayahanda sendiri berkebolehan menjahit juga....
Ayahanda dan bonda bukan saja telah membesarkan kami 6 beradik dengan usaha sendiri tapi juga menjaga 2 orang sepupu kami dari yang dibawa dari Indon hingga mereka dewasa dan berkahwin. Selepas itu menjaga lagi 2 orang sepupu yang kematian bundanya hingga dewasa.Bagi opah mereka sangat hebat walaupun ketika itu tidak ada "Bersamamu" Kami belum lagi kelaparan walaupun makan nasi ada ketika dengan berlauk ikan sungai yang dijala sendiri oleh bonda.
Ayahanda mengajar dan berdakwah tidak cenderong kepada sebarang fahaman parti politik...Tidak pernah bersangka buruk pada sesiapa pun. Ingatannya, jangan tinggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Allah akan tambah rezki orang yang bersyukur dan bagi orang yang kufur azabnya sangat pedih. Ada dua papan hitam di rumah kami yang sentiasa ayahanda tukar penulisannya apabila beliau pulang. Ingatan dan amarannya pada kami bukan saja dengan kata-kata tetapi diabadikan dengan tulisan di papan itu supaya kami sentiasa membaca dan mengamalkannya.
Ya Allah kasihani ayahanda dan bonda saya rahmati dan ampuni keduanya. Tempatkan keduanya di kalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, March 22, 2012
Jangan Marah

Assalamualaikum wr...wb...
Hampir berbulan lamanya tidak menuliskan sesuatu untuk mengingati diri sendiri dan mungkin juga untuk sesiapa yang tersinggah secara tidak sengaja.
Satu masa dulu opah pernah ditanya oleh seorang Tuan Guru yang opah ikuti ketika dia mengajar mengenai berapa hadis yang telah opah hafal. Katanya lagi "Ada hafal 40 hadis? Memang secara jujur jawapannya memang tidaklah. Ketika itu opah hanya menjawab adalah beberapa hadis yang diajar oleh Pak Ustaz ketika nak mengambil peperiksaan SPM dan SRP. Tuan Guru yang ketika itu belum bergelar "Abuya" lagi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Boleh bayangkan rasa hati ketika itu.
Hingga kini masih membaca dan cuba memahami hadis 40 Imam Nawawi sekadar yang termampu. Terbaru opah dihadiahkan Hadis 40 yang ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Haji Muhamad Zakaria. Opah ingin kongsikan Hadis 16 ini kerana perkara ini memang sangat berkait dengan kita setiap hari di mana saja dalam apa keadaan sekalipun. Hadis 16 tajuknya "Jangan Marah" atau dalam bahasa Arabnya "La Tagdhab". Opah panjangkan supaya dapat diulangi dan mengambil pengajaran darinya.
HADIS 16 JANGAN MARAH
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepadaku. Nabi bersabda: "La Tagdhab"maksudnya: "Jangan Marah" Beliau mengulanginya beberapa kali dan bersabda, "Jangan Marah".
(Riwayat Ahmad no. 8729, alBukhari no. 5765 dan al Tirmizi no 2020)
Huraian dan Inti Sari.
Pengarang kitab alIfshah berkata: "Mungkin tindakan Nabi menasihati lelaki itu disebabkan Baginda mengetahui sikapnya sering marah, sehingga nasihat ini ditujukan khusus kepadanya. Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah.
Sabda baginda yang bermaksud.
"Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah."
ALLAH JUGA MEMUJI ORANG YANG DAPAT MENGENDALIKAN NAFSUNYA KETIKA MARAH DAN SUKA MEMBERI MAAF KEPADA ORANG LAIN.
Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskanya , kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya.
Pengajaran
* Dianjurkan bagi setiap Muslim memberikan nasihat yang baik.
* Kita hendaklah mengenal perbuatan-perbuatan yang bersifat kebajikan.
* Kita hendaklah sentiasa menambah wawasan ilmu yang bermanafaat.
* Kita dianjurkan mengulangi percakapan hingga pendengar menyedari betapa penting kedudukannya.
* Islam menggalakkan umatnya meninggalkan sifat pemarah.
* Selalulah mendapatkan nasihat, mengetahui aspek-aspek kebenaran dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan ilmu yang bermanafaat.
* Sedikit bercakap dan banyak bekerja.
* Orang yang marah bertanggungjawab atas akibat perbuatan marahnya.
*Marah yang terpuji ialah marah kerana mencari keredaan Allah SWT, membela agama Allah, membela kehormatan seseorang Muslim yang dihina atau direndah-rendahkan.
Cara Mencegah Kemarahan
* Jauhi akhlak yang tercela seperti sombong, tinggi diri, bangga diri, menghina orang lain, banyak bercanda, suka perdebatan dan sebagainya.
* Didik diri dengan akhlak mulia seperti sabar, lemah lembut, tidak tergesa-gesa dalam segala hal dan sebagainya.
* Berlatih memaafkan orang yang membuat salah.
* Bersikap tawaduk.
* Mengucapkan ta'awwuz. Auzubillahhi minassyaithanirrajim.
* Mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk atau daripada duduk kepada berbaring.
* Berhenti berbicara.
* Berwuduk.
Alhamdulillah dan syukur kiranya kita dapat mengawal kemarahan dalam apa keadaan di mana juga. Apa yang pasti opah tak mau lupa bahawa, bila kita suka marah syaitan sangat suka......
Friday, November 11, 2011
Jumaat - Qurban unta atau hadiah sebiji telur.
Salam hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah. Doa untuk semua yang telah meninggalkan kita, terutama datuk dan nenek moyang, ayah bunda, suami, ipar duai terutama abang ipar yang kebetulan tarikhnya hari ini 11.11. mudah-mudahan kesemuanya dalam rahmat Allah . Amin.
Hari ini hari Jumaat yang penuh kemuliaan. Banyak peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku pada hari Jumaat. Antara yang tidak boleh dillupakan Hari Qiamat, Jumaat bulan Ramadhan bila?... hanya Allah saja yang tahu tarikh dan masanya. Sebagai hamba kita hanya menanti dan kalau boleh nak bersedia dengan secukupnya. Melawan iblis dan mengharap yang terbaik dariNya.Banyak perkara yang disarankan kita melakukannya pada hari Jumaat seperti berzikir, membaca Alquran terutama surah Yassin, Kahfi, Waqiah dan Arrahman. Tiap surah mempunyai kelebihannya.
Hari ini opah hadiri kuliah di Pondok Pengajian berdekatan. Ingin opah kongsikan terutama dengan dua orang anak lelaki opah dan anak perempuan, menantu dan cucu serta anak buah opah, paling penting untuk diri opah sendiri. Ini adalah mengenai kelebihan menunaikan solat Jumaat setiap minggu.Opah hanya menunaikan solat Jumaat hanya di Mekah dan Madinah, memandangkan rumah dan masjid di Malaysia agak jauh. Petikan dari kuliah ketiga.
Hadis Nabi. Riwayat Imam AlGhazali dalam Ihya Ulumuddin dan setengah pendapat di dalam Bidayatul Hidayah- petikan dari Sirassalikin.
Artinya " Barangsiapa pergi ke Masjid kerana sembahyang Jumaat:
1. Pada saat yang pertama maka seolah-olah dia menyembelih qurban akan seekor unta.
2. Pada saat yang kedua maka seolah-olah dia menyembelih qurban seekor lembu.
3. Pada saat yang ketiga maka seolah-olah dia menyembelih qurban seekor kambing biri-biri bertanduk.
4. Pada saat yang keempat maka seolah-olah dia memberi hadiah seekor ayam
5. Pada saat yang kelima maka seolah-olah dia memberi hadiah sebiji telur
Maka apabila keluar Imam akan membaca Khutbah maka para malaikat pencatit akan melipat segalah suratan dan diangkatkan akan segala qalam dan berhimpun mereka semua (malaikat pencatit) di dekat mimbar. Mereka juga akan mendengar segala zikir, khutbah dan barang siapa yang datang kemudian daripada itumaka hanya yang diperolehi olehnya hanyalah solat dan tiadalah fadhilat apa-apa lagi.
Imam AlGhazali juga menyebut dalam Ihya Ulumuddin,
1. Saat yang pertama itu dari terbit fajar hingga terbit matahari. (lepas solat subuh)
2. Saat kedua daripada terbit matahari hingga naik matahari.
3. Saat ketiga hingga terhampar matahari dan terasa panas pada tapak kaki.
4. Saat keempat hingga waktu dhuha.
5. Saat yang kelima daripada waktu dhuha yang tinggi sampai gelincir matahari.Waktu ini hanya perolehi hak untuk solat tiada lagi fadilat.
Pada semua anakanda dan anak buah selamat berhijrah kepada tahap iman yang lebih tinggi dan mudah-mudahan anakanda semua akan perolehi pahala qurban unta, lembu atau kambing bukan hanya sekadar pahala hadiah sembelihan ayam atau sebiji telur atau hanya dapat solat saja.

Sunday, October 9, 2011
DI ZIARAH KELUARGA JAUH DARI KUOK, PEKAN BARU
Assalamualaikum wr wb.
Setelah merancang beberapa kali dan tidak jadi untuk bertemu saudara mara di Kuok Bangkinang, akhirnya opah dikunjungi mereka. Alhamdulillah syukur pada Allah kerena masih memanjangkan usia untuk bertemu sepupu dan anak saudara dari sana. Walau pun sebahagian besar saudara mara di sini yang masih muda memang berat untuk berkomunikasi dengan mereka dalam loghat Kampar.
Generasi kedua masih boleh bertutur dan memahami bicara dalam loghat kampar tapi generasi seterusnya berbicaralah dalam bahasa standard indon-melayu.(harap perkataan ni sesuai)
Opah masih ingat nenda opah Mailam bunda kepada bunda kami Aisyah bila berbicara dengannya seolah-olah berbicara dengan orang asing yang tidak faham langsung bahasa melayu.
Nenda sebelah ayahanda opah pula langsung tidak pernah opah berjumpa dengannya khabarnya sangat elok rupanya bernama Gandauni. Tidak pernah beliau ke Malaysia. Melayani sepupu selama beberapa hari sangat menyeronokkan. Hilang rasa bersalah padanya kerana berjanji tapi tak tunaikan.
Puas hati kerana kali pertama beliau ke sini 2004 opah tak berpeluang mengajaknya ke sini kerana beberapa hal yang tak dapat dielakkan apatah lagi ketika itu opah masih bekerja. Walaubagaimanapun beberapa hari bersamanya memang terbelit juga lidah dalam loghat 'kampar'. Bukannya mahir sangat pun tapi bolehlah sekadar memahami dan membalas balik dalam loghat yang sama. Ini kerana ada perkataannya sama tapi bunyi agak lain sikit.
Kedatangan mereka menyebabkan anak buah sibuk nak belajar bahasa kampar. Siap berjugak-jugak dalam fb. Sepupu opah Erna (dipangggil ayahanda opah Maryam) membawa anaknya Isalpani (Agak saja ejaannya) Ini nama Indon sekarang nama Indon dulu-dulu seperti Mailam, Mat Tuah, Gandauni, Mat Ukom, Perak(lahir atas kapal Perak) Lebih kurang sama kes dengan Feri Anugerah Makmur. Bila Isal ditanya mengenai maksud namanya terpinga-pinga dia dan bundanya. Opah tolong jawab bagi pihaknya bahawa maksud nama bagi orang Indon rasanya tak begitu penting seperti orang Melayu Islam di Malaysia.
Kebiasaan kita bila dengar nama mesti nak tanya apa maksudnya tidak kira bahasa apa sekalipun. Masa kecil dulu opah selalu tanyakan apa maksud nama opah rasa macam tidak hadhir perkataan nama opah dalam bahasa arab. Ayahanda opah mengatakan nama opah mesti dieja dalam tulisan jawi dengan huruf qaf ro tho ya nun dan ya dan maksudnya subang permata yang dipakai wanita) Nasib baik ada maknanya.
Sebelum datang ke Pulau Pinang mereka telah dibawa oleh anak saudara opah Haslinda menemui kakak dan abang opah di negeri Pahang bertemu abang kedua Haji Abd. Halim dan abang keempat Haji Abdulllah dan kakak kelima Hajjah HasanahAlhamdulillah opah sempat membawa keduanya jalan-jalan ke Pulau Pinang menaiki feri dan jembatan Pulau Pinang.
Oleh kerana kita ada masalah komunikasi maka berlakulah beberapa kejadian yang agak melucukan semasa kami nak makan di Gerai Makan Padang Kota Baru. Isal menempah Nasi goreng Pattaya, dia hanya mendengar pelayan menyebut NASI PA TA YA .Bila dihidangkan dia mencari-cari dalam nasi goreng itu mana petainya? Pa tta ya dalam jawi kan petai. Jawab anak opah ini Nasi goreng Siam, mana ada petai.. nasi goreng dibungkus dengan telur.. Indak lomak katanya
Malam pertama di rumah opah Bukit Meratajam,malam kedua bermalam dirumah anak saudara Nurul Huda di Nibong Tebal, esoknya bertemu sepupu opah Hajjah Salmiah di Masjid Tinggi sedang berniaga.
Menyambung perjalanan ke rumah anak saudara Dee Osman di Pantai Remis menemui kakak sulung opah Hajjah Halimah.Dalam perjalanan ke Teluk Intan sempat lagi kami singgah di Teluk Batik, Lumut.
Akhirnya kami tinggalkan mereka bermalam di rumah kanda ketiga saya Hajjah Maimunah di Chenderong Balai. Mereka dijemput anak saudara saya Dayang Raudhah dari Bandar Tasik Permaisuri dan dibawa berjumpa anak saudara saya Haji Ahmad Fuad di Syah ALam.
Membeli belah di PKNS dan akhirnya baru mereka dihantar baik ke rumah Haslinda Seri Kembangan. Haslinda membawa mereka ke Putra Jaya pada waktu malamnya. Sabtu pagi mereka bertolak balik ke Pekan Baru. Terima kasih dari mereka pada semua yang telah melayan mereka sepanjang berada di Malaysia walaupun tak dapat jumpa dengan semua ahli keluarga.
InsyaAllah tahun depan opah harap dapat menjejakkan kaki ke Pekan Kuok, Pekan Baru.
Setelah merancang beberapa kali dan tidak jadi untuk bertemu saudara mara di Kuok Bangkinang, akhirnya opah dikunjungi mereka. Alhamdulillah syukur pada Allah kerena masih memanjangkan usia untuk bertemu sepupu dan anak saudara dari sana. Walau pun sebahagian besar saudara mara di sini yang masih muda memang berat untuk berkomunikasi dengan mereka dalam loghat Kampar.

Generasi kedua masih boleh bertutur dan memahami bicara dalam loghat kampar tapi generasi seterusnya berbicaralah dalam bahasa standard indon-melayu.(harap perkataan ni sesuai)
Opah masih ingat nenda opah Mailam bunda kepada bunda kami Aisyah bila berbicara dengannya seolah-olah berbicara dengan orang asing yang tidak faham langsung bahasa melayu.
Nenda sebelah ayahanda opah pula langsung tidak pernah opah berjumpa dengannya khabarnya sangat elok rupanya bernama Gandauni. Tidak pernah beliau ke Malaysia. Melayani sepupu selama beberapa hari sangat menyeronokkan. Hilang rasa bersalah padanya kerana berjanji tapi tak tunaikan.
Puas hati kerana kali pertama beliau ke sini 2004 opah tak berpeluang mengajaknya ke sini kerana beberapa hal yang tak dapat dielakkan apatah lagi ketika itu opah masih bekerja. Walaubagaimanapun beberapa hari bersamanya memang terbelit juga lidah dalam loghat 'kampar'. Bukannya mahir sangat pun tapi bolehlah sekadar memahami dan membalas balik dalam loghat yang sama. Ini kerana ada perkataannya sama tapi bunyi agak lain sikit.
Kedatangan mereka menyebabkan anak buah sibuk nak belajar bahasa kampar. Siap berjugak-jugak dalam fb. Sepupu opah Erna (dipangggil ayahanda opah Maryam) membawa anaknya Isalpani (Agak saja ejaannya) Ini nama Indon sekarang nama Indon dulu-dulu seperti Mailam, Mat Tuah, Gandauni, Mat Ukom, Perak(lahir atas kapal Perak) Lebih kurang sama kes dengan Feri Anugerah Makmur. Bila Isal ditanya mengenai maksud namanya terpinga-pinga dia dan bundanya. Opah tolong jawab bagi pihaknya bahawa maksud nama bagi orang Indon rasanya tak begitu penting seperti orang Melayu Islam di Malaysia.
Kebiasaan kita bila dengar nama mesti nak tanya apa maksudnya tidak kira bahasa apa sekalipun. Masa kecil dulu opah selalu tanyakan apa maksud nama opah rasa macam tidak hadhir perkataan nama opah dalam bahasa arab. Ayahanda opah mengatakan nama opah mesti dieja dalam tulisan jawi dengan huruf qaf ro tho ya nun dan ya dan maksudnya subang permata yang dipakai wanita) Nasib baik ada maknanya.
Sebelum datang ke Pulau Pinang mereka telah dibawa oleh anak saudara opah Haslinda menemui kakak dan abang opah di negeri Pahang bertemu abang kedua Haji Abd. Halim dan abang keempat Haji Abdulllah dan kakak kelima Hajjah HasanahAlhamdulillah opah sempat membawa keduanya jalan-jalan ke Pulau Pinang menaiki feri dan jembatan Pulau Pinang.Oleh kerana kita ada masalah komunikasi maka berlakulah beberapa kejadian yang agak melucukan semasa kami nak makan di Gerai Makan Padang Kota Baru. Isal menempah Nasi goreng Pattaya, dia hanya mendengar pelayan menyebut NASI PA TA YA .Bila dihidangkan dia mencari-cari dalam nasi goreng itu mana petainya? Pa tta ya dalam jawi kan petai. Jawab anak opah ini Nasi goreng Siam, mana ada petai.. nasi goreng dibungkus dengan telur.. Indak lomak katanya
Malam pertama di rumah opah Bukit Meratajam,malam kedua bermalam dirumah anak saudara Nurul Huda di Nibong Tebal, esoknya bertemu sepupu opah Hajjah Salmiah di Masjid Tinggi sedang berniaga.
Menyambung perjalanan ke rumah anak saudara Dee Osman di Pantai Remis menemui kakak sulung opah Hajjah Halimah.Dalam perjalanan ke Teluk Intan sempat lagi kami singgah di Teluk Batik, Lumut.
Akhirnya kami tinggalkan mereka bermalam di rumah kanda ketiga saya Hajjah Maimunah di Chenderong Balai. Mereka dijemput anak saudara saya Dayang Raudhah dari Bandar Tasik Permaisuri dan dibawa berjumpa anak saudara saya Haji Ahmad Fuad di Syah ALam.
Membeli belah di PKNS dan akhirnya baru mereka dihantar baik ke rumah Haslinda Seri Kembangan. Haslinda membawa mereka ke Putra Jaya pada waktu malamnya. Sabtu pagi mereka bertolak balik ke Pekan Baru. Terima kasih dari mereka pada semua yang telah melayan mereka sepanjang berada di Malaysia walaupun tak dapat jumpa dengan semua ahli keluarga.
InsyaAllah tahun depan opah harap dapat menjejakkan kaki ke Pekan Kuok, Pekan Baru.
Friday, September 9, 2011
Bila neuron banyak yang dah mati....
Assalamualaikum, selamat hari raya puasa 6 kepada semua yang telah melepasinya dengan cemerlang... mudah-mudahan diterima Allah SWT.
Bagi sesiapa yang telah mendengar dan menonton Tanyalah Ustaz 8 hb September lepas mesti masih ingat kata-kata Ustaz yang merujuk pelbagai kajian saintifik mengenai penyakit nyanyuk. Hasil kajian tersebut telah menyatakan orang-orang yang nyanyuk kebanyakan mempunyai neuron yang telah mati sebelum dia sendiri meninggalkan dunia ini.
Orang-orang yang pemarah dan suka berfikiran negatif pula akan mengakibatkan stress. Stress ini juga akan mengakibatkan kematian awal neuron. Apabila banyak neuron yang telah mati...jadilah nyanyuk. Adakah ini juga penyebab alzhemier, opah tak perasaan ada tak soalan ini ditanyakan pada ustaz selepas itu.
Untuk menjadikan anda sihat keseluruhannya pastikan rohani dan jasmani anda juga sihat. Jagalah fizikal dengan baik, senaman dan memakan makanan tambahan yang berkualiti dan pastikan anda menjaga hati, mulut atau perkataan yang keluar darinya insya Allah dengan izin Allah anda akan terlepas dari musibah kesakitan. Penawar paling hebat untuk menyihatkan anda dari segala kesakitan ini adalah dengan membaca Alquran setiap hari dan zikrullah. Inilah sebahagian yang opah ingat dari program Tanyalah Ustaz 8 hb. Mungkin penonton lain merakamkan lebih lagi dari opah harap dapat berkongsi supaya kita dapat manafaatkan bersama. WaAllahua'lam.

Tuesday, August 23, 2011
Antara moreh dan rumah terbuka.
Kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan yang penuh rahmah, barakah dan magfirah. Tawaran dan peluang yang Allah SWT tawarkan hampir tamat tempohnya. Alhamdulillah bagi sesiapa yang telah dapat melaksanakan tawaran-tawaran hebat dari Khaliq kita.
Sepanjang bulan ini kita dianjurkan memanjatkan sebanyak-banyak doa dan memohon pengampunan dariNya, membaca dan memahami Alquran sebaik dan sebanyak yang boleh, bersedekah, bersolat tarawih, menghadiri majlis ilmu dan berbagai lagi perbuatan mulia yang pasti akan mendapat ganjaran berlipat ganda. Pahala di bulan Ramadan tidak sama pahala di bulan lain seperti Syawal.
Satu masa dulu jamuan moreh menjadi satu kemestian di setiap masjid atau surau setiap kampung. Boleh dikatakan setiap ahli qaryah mesti melakukan baik secara bersendiri atau berkongsi. Hinggakan ada nama dituliskan di papan kenyataan atau surau mengikut bilangan malam jamuan tersebut. Sejak sepuluh tahun terakhir ini moreh menjadi semakin kurang. Alasannya ekonomi merosot, jemaah yang melakukan solat hingga ke akhir solat berkurangan, mereka juga begitu kenyang, kanak-kanak tidak berminat dengan moreh, tidak ada orang nak uruskan peralatan jamuan tersebut(menghidang dan membasuh) orang muda berhijrah yang tinggal di kampung hanya orang tua-tua. Satu lagi alasan orang tua-tua dah tak dibenarkan makan malam kerana pelbagai penyakit. Moreh hanya diadakan sekali seminggu, kalau ada kematian ada jugalah majlis tahlil dan jamuan. Ketika ini nampak jamuan tersebut dimakan juga atau dibawa pulang oleh jemaah. Opah tidak pasti alasan-alasan yang mana paling tepat kenapa tidak diadakan, kemungkinan kesemua itu adalah penyebabnya.
Apa yang pasti, pahala mengadakan moreh itu tidak kita perolehi jika peluang ini tidak direbut. Kalau kita boleh mengadakan rumah terbuka pada hari raya dengan meriah dan hebat kenapa kita tidak cuba mengambil peluang walau satu malam sahaja dengan gandaan pahala yang juga hebat... Adakan moreh ketika berbuka puasa dan majlis tahlil didahulukan sebelumnya... nampak cara ini agak berkesan di kampung opah.

Wednesday, August 10, 2011
BERGURU SEMULA...
Membaca Alquran sepanjang hidup kita sangatlah dituntut apatah lagi di bulan puasa yang mulia ini. Orang yang Sentiasa mengamalkannya semasa hayat akan ditemani segala kebaikan ketika berada di dalam kubur untuk menantikan hari kiamat nanti.
Kebaikan lain merupakan pahala apabila kita telah dibangkitkan semula tentulah lagi banyak Allah anugerahlan kepada pembacanya. Bayangkan 1 huruf untuk 10 pahala....kalau dah tamat sebuah quran berjuta-juta pahala yang akan kita perolehi itu pun kalau kita ikhlas membaca kerana untuk mendapat rahmat Allah semata-mata.
Membaca quran dulu dan sekarang sama saja cuma hari ini bermacam cara anak-anak diajar mengaji dengan pelbagai kaedah, iqra' menggunakan cd dengan menonton program di tv pun memang boleh membantu orang yang kurang pandai tajwid.
Al quran rasm Uthmani nampak lebih mudah dibaca bagi orang yang kurang mahir tajwid seperti opah. Ada catatan tanda bacaan dalam bahasa Arab dan ada juga dalam bahasa Melayu.
Orang dulu mengajar menggunakan istilah yang mudah dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab
Opah belajar dalam bahasa Melayu baris atas bawah dan depan, dua di atas, bawah dan depan.
Ada setengah guru pula menggunakan istilah fathah, kasrah dan dommah. Sabdu disebut Syaddah dalam bahasa Arab.Dalam bahasa Melayu jika huruf alif dibariskan atas bunyinya 'a' jika baris bawah bunyinya 'i' dan baris depan bunyinya 'u' Rasanya kita tak lupa lagi 'a' 'i' 'u' bagi harus alif yang dibariskan dengan ataas bawah dan depan.
Walaupun pada peringkat awal menyebut baris itu pun sudah cukup panjang tapi apabila kita telah mengenal tanda-tanda dan bunyinya tersebut jadi mudah. Sesiapa yang sezaman dengan opah tentu masih ingat cara membaca baris-baris ini mesti sebut dulu bukan terus dibunyikan seperti buku Iqra.
Bagi Rasm Uthmani cukup mudah bila kita telah faham tanda dan dibunyikan bagi hukum tajwidnya. Bagaimana mudah sekalipun kita patutlah tahu
1. Hukum Izhar dan huruf-hurufnya yang enam itu alif berhamzah, ghain, ha (kecil), kha,ain dan ha (besar)
Bacaannya terang dah jelas jika nun mati atau tanuin bertemu dengan huruf ini bacaannya jelas tiada dengung dalam resam osmani huruf nun mati itu dibaris matikan.
2. Hukum Ikhfa' dan hurufnya yang 15 itu.
sin,ta,jim, zal. sod,dal,kaf, fa, tha,qaf,tho,dhod,dzo, syin dan zai.
Bacaannya disembunyikan bunyi nun mati dan dengung. Resam osmani tidak ditanda baris mati seperti huruf izhar.
3. Hukum Iqlab dan hurufnya hanya satu iaitu 'ba'. Iqlab maknanya membalikkan pada bahasa dan pada istilahnya menukarkan bunyi huruf berbaris kepada bunyi mim dengan mengekalkan dengungnya.
4. Bilangan harkat bacaan juga dicatit dan diwarnakan dengan warna tertentu untuk kemudahan pembaca samaada dibacakan 2 harkat bila ada huruf mad dibelakangnya atau ditandakan dengan alif kecil di atas huruf tersebut. Jika garis panjang melintang diatas panjangnya bacaannya juga mungkin 4,5 atau 6 harkat. Gunakan jari untuk menentukan bilangan harkatnya. Lama-lama kita akan mahir apabila selalu diulang-ulang.
Baris dua di atas atau di bawah secara sama dibariskan ' = ' dibaca dalah terang dan jelas.
Baris dua di atas atau di bawah secara tak sama ' _--' adalah didengungkan.
Baris dua di depan seperti '69' tidak didengungkan kalau '99' adalah didengungkan
Inilah sedikit ulangkaji opah sendiri untuk ingatan ketika bertaddarus. Paling penting untuk ingatan sendiri, membaca tanpa ilmu yang cukup dan sanggup ditegur apabila membuat silap lebih baik dari tidak pernah langsung membaca sama ada anda mahir atau tidak. Berguru dan belajar semula adalah yang terbaik kalau kita telah lupa......
Mudah-mudahan kita dapat membaca dengan fasih, memanjang dan memendekkan sebutan pada tempat yang betul. Begitu juga dengan dengung dan tidak dengung pada tempat yang betul. Berhenti bacaan pada tempat yang ditetapkan dan maknanya tidak terjejas.
Monday, July 25, 2011
HALALAN TOYYIBA....
Assalamualaikum wr wb...Sekali sekala cerita pasal makanan ni seronok juga. Makan semata-mata untuk meneruskan hidup bukan hidup semata-mata untuk makan. Untuk mendapatkan makanan yang halalan toiyibah sekarang di negara pelbagai kaum seperti Malaysia tidaklah sukar sangat tapi kenalah pandai pilih supaya dia jadi halal dan toiyibah bukan toiyib tapi tak halal atau halal tidak toiyibah.
Tersentuh hati bila mendengar cerita anak saudara opah yang dah dua tahun bertugas di
Somaliland, makanan kurang, makan bubur dibanyakkan kuahnya kadang-kadang makan mentega yang dicairkan. Kalaulah kita berada di sana...kita memang kena memilih yang halal dulu...keutamaannya.Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dengan berlainan agama memang terkenal dengan himpunan pelbagai budaya termasuklah MAKANAN. Makan merupakan aktiviti penting bagi manusia untuk meneruskan hidup. Apa yang lebih penting bila usia semakin lanjut dan aktiviti makan juga akan diteruskan dengan pelbagai kaedah pilihan sendiri. Maknanya orang dah tua tapi masih boleh makan seperti orang muda. Tahniahlah kepada sesiapa yang dapat mengekalkan dalam keadaan begini. Semua ini rahmat Allah kepada anda.
Sifat suka masak dan suka makan kadang-kadang membawa padah dengan izin Allah. Keluarga opah kebanyakannya suka masak dan suka makan, makanan yang pedas masin dan lemak... Kuih-kuih manis agak kurang. Oleh itu ada di antaranya bila dah meningkat empat puluhan kenalah menahan selera terhadap makanan-makanan in terutama yang berlemak dan masin untuk mengelakkan kenaikan darah tinggi dengan izin Allah juga. Inilah yang dikatakan halal tapi tak toiyibah.... Makanlah dalam kuantiti yang sedikit atau agak sendiri padan patut dengan diri anda sendiri.
Ramai orang yang dah lama hidup bukan tua akan mengalami sembelit akibat pemakanan, gigi untuk mengunyah pun dah tanggal serta kurang pulak aktif atau bersenam. Orang Melayu selalunya menganggap sayur dan buah akan menyebabkan angin dan sakit urat. Pendapat ini ada juga kebenarannya melalui pengalaman kita. Kita juga telah diajar sejak kecil, dulu Ilmu Kesihatan di sekolah, cikgu ajarkan makan sayur dan buah untuk pelawas. Sudah begitu lama di ajar makan sayur dan buah tapi memang ada saja kanak-kanak yang tidak suka makan buah dan sayur. Bukan saja ibu bapa memaksa makan cikgu tadika terpaksa memujuk dan mencipta nasi goreng sayur untuk mereka..
Syukur alhamdulillah kerana kita masih mampu makan kerana ada banyak makanan dan boleh memilih mengikut kemampuan dan kesihatan. Salam akhir Syaaban dan selamat menyambut Ramadhan AlMubarak... mudah-mudahan makanan yang halalan dan toiyibah menjadi keutamaan nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)