Followers

Sunday, June 20, 2010

MUFLIS DI AKHIRAT


Ustaz Syed Nurhisham - Solusi No 20-Hadis

"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" Sebagaimana biasa , salah satu teknik didikan Rasulullah saw adalah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.

Para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)" Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti yang tidak mampu dibayar

Lantas Rasululllah saw menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan. Baginda bersabda yang bermaksud"Orang yang muflis dalam kalangan umatkuialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun,memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (simuflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka."(Riwayat Abu Hurairah, no 2581)

Penjelasan ini cukkup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman di dasarnya, mereka bimbang terjerumus ke kancah muflis.

3 Modal , 5 liabiliti

Modal yang dibawa ke akhirat kelak tidaklah terhad kepada 3 jens pahala yang disebut di dalam hadis ini sahaja. Bahkan menurut Ibn 'Allahn al-Syafi'i dalam kitabnya, Dalil al Falihin, juga termasuk pahala amalan soleh yang lain. Ini bermakna segala kira bicara di akhirat kelak berdasarkan "mata wang dosa pahala".

Ketika itu nilai ringgit sudah tidak lakku, begitu juga riyal, dolar dan sebagainya. manusia yang besar modal pahalanya, dia akan bergembira dan bersenang lenang. Manakala yang kekurangan modal, pasti tercari-cari tempat bergantung yang sudah pasti tiada lagi. bertambah malang lagi apabila modal yang sedikit terpaksa dibayar kepada manusia lain yang pernah menjadi mangsanya di dunia dahulu.

Apakah yang terjadi apabila tiba-tiba dia kehabisan modal, sedangkan hutang yang dituntut masih bleum selesai?Maka ketika itu dipaksa pula oleh malaikat untuk memikul dosa mangsa. Sahlah dia telah muflis.

Dosa kepada Manusia.

Apabila ditilik kembali kelima-lima dosa yang menjadi liabiliti di akhirat kelak semua berkait rapat dengan hubungan sesama manusia. Memaki hamun orang lain seperti pekerja, orang miskinorang lemah,apatah lagi isteri atau ibu bapa sendiri, hanya mampu memberikan kepuasan sementara kepada seseorang tetapi bahananya menanti di akhirat kelak. Begitu juga pemfitnah, dia begitu seronok melihat mangsa fitnahnya dibenci masyarakaat atau dikenakan tindakan tertentu di dunia, tetapi dia pasti menyesal apabila diminta membayar pahalanya kepada mangsa fitnah tersebut.Menyesal ketika itu tiada manafaatnya. Bak kata pepatah "Menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak tiada gunanya"

Ada juga yang memakan harta orang lain dengan cara yang tidak diredhai agama seperti menipu, pecah amanah, mencuri merampas dan sebagainya. Mereeka begitu licik di dunia ini tetapi kemanakah tempat untuk bersembungi apabila berhadapan dengan malaikat di akhirat kelak.

Ada yang berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya, pencri mencuri harta majikan, majikan yang menyempurnakn gaji pekerja, peniaga yang menipu dalam urus niaga dan sebagainhya.Manusia yang seperti inilah yamg sangat layak mendapat title muflis di akhirat kelak. Begitu juga para samseng yang memukul dan melukakan orang lain bersedialah berhadapan dengan mangsa-mangsa anda di mahkamah Allah nanti kekuatan dan ruang di dunia ini hanya sementara, tetai ingatlah bahawa doa manusia yang dizalimi tiada hijab di hadapan Allah. Doa mereka mudah dikabulkan.

Bagaimana mengelak dari menjadi Muflis

Ada dua pilihan sahaja mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis diakhirat. Sama ada tidak melakukan melakukan dosa terhadap manusi lain atausekiranya telah melakukannya, mestilah memohon maaf dan redha daripada mangsa ketika di dunia lagi. Biarlah bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diisytiharkan muflis di akhirat.

Sedarlah seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, mereka masih ada kawan-kawan atau sanak saudara yang boleh memberi modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi apabila Allah yang telah mengisytiharkan muflis di akhirat, ke manakah lagi hala tuju kita, melainkan ke neraka...sebagaimana yang diungkap oleh Rasulullah saw.
"Ingatlah dosa memaki hamun hanya terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang dimakinya. Begitu juga dengan memukul dan melukakan orang, Islam memberikan hak qisas (balas balik) kepada yang menjadi mangsa. Perbuatan fitnah pula disyaratkan memohon maaf dan mengistiharkan kepalsuan fitnah tersebut.'

Dosa kelima iaitu memakan harta orang, dia mestilah memulangkan balik nilai harta tersebut aatau mendapatkan redha mangsa.Mampukan kita lakukan semua itu? Jika tidak, jangan melakukan dosa!..

Wednesday, June 9, 2010

YAHUDI - DOA KITA MACAM ADA YANG TAK KENA....


Bercerita tentang perbuatan Israel ni bukanlah cerita baru maknanya musuh tradisi kita dah bertahun-tahun. Nampak macam semua satu dunia takut sungguh kat dia. Walaupun seluruh umat satu dunia ni mengutuk mengecam tak kira Islam dan kafir semua marah kerana perangai buruk dia tapi dia tetap berjaya menahan perkara baik yang orang lain nak lakukan untuk rakyat Palestine. Umat Islam semua satu dunia ni diseru berdoa buatlah solat hajat untuk keselamatan umat Islam di Palestine dan berdoa juga mudah-mudahan Allah takdirkan yang terbaik umat yahudi itu.

Adakah semua umat Islam di dunia ini berdoa dan bersolat hajat untuk tujuan itu. Kita tak payah persoalkan umat Islam satu dunia ambil umat Islam kat Malaysia pun dah cukup kalau Allah nak makbulkan doa kita. Opah yang tak alim dan tak pandai ni rasa kita semua patut muhasabah diri selalu kenapa asyik berada di pihak yang tak berapa menang.... nak tolong tak boleh nak pergi dah kena bunuh nak hantar bantuan disekat atau disapu oleh Yahudi, nak pergi lebih jauh kena hantar balik.

Macam ada yang tak kena dengan harapan dan doa kita ni. Memang tak dinafikan kalau kata kat Malaysia ni, doa siapalah yang Allah akan terima hanya DIA sajalah yang tahu. Berapa juta rakyat Malaysia Muslim yang dah berdoa dan solat hajat untuk Israel? Adakah semua rakyat Malaysia solat 5 waktu tak tinggal langsung. Setiap hari apa yang berlaku di negara kita belum satu dunia lagi.... Masaalah sosialnya, dunia yang penuh hibur-hiburan, bunuh-bunuhan umpat-umpatan..... buang-buangan bayilah, tidakkah ini mengundang kemurkaan Allah?Bila Allah murka tak taulah apa pun boleh jadi, laut terbelah dunia tenggelam masa bala turun semua orang akan kena... tak kira, jahat atau baik.

Ada yang berkobar-kobar menghentam tapi dalam masa yang masa turut menyumbang kepada yahudi melalui Mc Donald dan Starbuck. kalau tak silap opahlah orang yang memulakan Facebook juga anak seorang yahudi yang bernama Mark Zuckerberg....Kalau dengan facebook telah melalaikan, lupakan tanggungjawab sebenar menggunakan masa kerja yang tak sepatutnya.... memang hebat anak yahudi tu.....

Hanya Allah Subhanahu WaTaalah sajalah yang boleh membalas perbuatan tak bermoral yahudi. Solat dan berdoalah dengan IKHLAS supaya sesuatu keajaiban berlaku untuk mengajar Yahudi.Opah berdoa juga seboleh-bolehnya dengan ikhlas tapi tak taulah dosa banyak, mudah-mudahan mendapat keampunannya.......

Tuesday, May 25, 2010

BUKAN SYURGA DUNIA


Salam buat semua,

Opah pernah menulis tentang neraka memang menggerunkan dan menginsafkan. Mengingati Syurga yang dijanjikan Allah untuk kita sekiranya kita layak menjejakkan kaki ke sana adalah impian semua orang.

Impian dan bayangan manusia biasa macam kita syurga itu adalah keindahan yang tak dapat nak digambarkan dengan keindahan syurga dunia sekarang jauh beza memang tak boleh nak bayangkan sebab kita ni belum ada peluang untuk menikmati keindahan Syurga Allah hanya dok berangan di atas dunia ni saja.

Syurga dalam bahasa Arabnya AlJannah maksudnya kebun dalam makna yang lain tersembunyi atau suatu tempat di alam akhirat yang bermacam-macam kenikmatan ada di sana yang tidak pernah tergambar oleh mata kita dan terdengar oleh telinga kita. Bagi orang yang bernama Jannah mudah-mudahan akhirnya anda akan masuk Jannah Allah juga.

Dalam hadis qudsi, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebagai berikut:

"Allah berfirman: Aku telah maenyediakan bagi hambaKu yang soleh-soleh, sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di hati manusia"

Syurga juga mempunyai nama mengikut tingkatan dan keistimewaannya,
Tingkatan Syurga,

1. Syurga Darul Jalal tercipta dari mutiara putih.
2. Syurga Darus Salam, tercipta dari Yaqut merah
3. Syurga Jannatul Ma'wa tercipta dari Jabarjud hijau
4. Syurga Jannatul Khuld tercipta dari Marjan kuning
5. Syurga Jannatun Naim tercipta dari perak putih.
6. Syurga Darul Qaraar tercipta dari emas merah.
7. Syurga Jannatul Firdaus tercipta dari beberapa lapisan perak, emas, yaqud, zabarnud dan berlantai kasturi
8. Syurga Adn tercipta dari mutiara putih berpintu dua emas, lebar pintu antara keduanya sejauh luas langit dan bumi. Bangunannya terdiri dari lapisan emas dan perak. Tanahnya atau dari ambar dan lantainya dari kasturi. Airnya lebih sejuk dari ais lebih manis dari madu. Di dalamnya terdapat sungai 'AlKautsar' ialah Sungai Nabi Muhammad SAW.

Dari apa yang pernah kita dengar dan baca Syurga itu terdapat kebun yang mengandungi pelbagai buah yang boleh dipetik dengan tangan saja jika terdetik rasa ingin menikmatinya. Rasanya tentulah tak sama buah yang kita beli di pasar malam yang belum tentu isinya. Buah-buah itu juga tidak ada musim sentiasa berbuah.

Pintu dan bangunannya juga indah belaka. Pelbagai pintu khasdisediakan Pintu yang pertama tentulah untuk para Nabi, Rasul dan para syuhada dan pintu-pintu orang yang pemurah (Tidak kedekut sama dengan para Nabi tuu..tengok pulak siapa yang pemurah tu, kafir pun ada yang pemurah)

Pintu kedua adalah untuk orang yang menjaga solat dengan wuduk yang baik dan menjaga rukun-rukun solah.

Pintu ketiga adalah pintu orang-orang yang mengerjakan zakat dengan hati yang suci.

Pintu keempat ialah pintu orang-orang yang beramal amar maaruf dan nahi mungkar

Pintu kelima untuk orang yang memerangi hawa nafsu.

Pintu keenam ialah bagi orang yang menunaikan haji dan umrah

Pintu ketujuh adalah untuk orang yang berjihat.

Pintu kelapan ialah untuk orang yang bertakwa, orang yang menjaga penglihataannya dari perkara yang dilarang. Pintu orang yang berbuat kebajikan seperti berbakti kepada ibu bapa dan memanjangkan silaturrahim serta lain-lain kebajikan.

Apa saja yang digambarkan melalui Al quran dan Al hadis adalah gambaran yang memang tidak ada kesamaan syurga duniawi. Dari keindahan bidadari, bantal piring cawan dan gelas bejana makanan dan sungai-sungai madu dan susunya.

Rasanya kalau nak kita gambarkan lagi suasananya maka rindulah kita pada nikmat dan anugerah Allah ini..... kerana untuk ke sana maka redhalah melalui saat-saat sakaratulmaut terlebih dulu...... mudah-mudahan kita semua akan melaluinya dengan mudah dan layak pula untuk memasuki Syurga Allah yang indah itu.

Amin....

Friday, May 14, 2010

BILA KAWAN TAK INGAT KITA

Salam untuk semua,

SELAMAT HARI GURU untuk semua rakan guru yang belum bersara atau memang lambat lagi nak bersara dan guru-guru yang begitu setia masih mampu bertahan hingga ke usia 58..... Anda semua memang HEBAT!!!!!! Lebih dua tahun bersara tapi rasanya semangat guru itu masih ada sekurang-kurangnya guru untuk anak buah dann anak cucu.

Bila dah bersara kita dah jarang jumpa kawan-kawan yang bekerja lagi kemungkinan jumpa di rumah kenduri dan kematian atau di masjid dan surau. Ada jugalah jumpa di pasar malam atau pasaraya.

Semasa inilah opah kadang-kadang terjumpa dengan orang yang begitu lama terpisah. Ada yang kenal dan tak kurang pulak yang muka hairan tapi nak kata tak kenal kesian pulak ....Akhirnya minta maaf sajalah jalan terbaik.

Kalau puas dia tenung muka kita, hai dah nampak tanda-tanda di muka pun tak kenal lagike? Sebutlah nama anda di mana bersama dia dulu... Kalau dia masih tak ingat undur diri sajalah perlahan-lahan tinggalkan dia dengan mengharapkan satu hari nanti dia ingat.

Beberapa orang kawan opah berkongsi cerita masalah kawan lama yang dah tak kenal kita....Seorang bekas Guru Besar menyatakan rasa terkilan sangat sampai dia dah bertandang dan menghadap hidangan nampak tuan rumah masih terpinga-pinga belum ingat pada dia. Apa nak buat makan dululah lepas tu cerita lagi. Sedih memang sedihlah orang tak ingat kita. Apa pun opah rasa masa ni kalau kita mengaku saja lebih baik dari disangka kurang baik.

Ada beberapa sebab yang opah buat andaian sendiri bukan kajian, mengikut pengalaman opah sebagai insan biasa . Jarak lama yang memisahkan menyebabkan perubahan fizikal berlaku, dulu muka umur dua puluhan sekarang dah jadi lima puluhan dulu saiz m sekarang dah jadi xl anda boleh bayangkan .....

Kalau dapat jejaki kawan lama anda dengan hp atau fb lagi selamat tak payah jumpa berbicaralah di alam maya kerana suara rasanya tak banyak berubah. Kalau kita masih mengingati tapi kawan kita tak juga ingat-ingat itu menunjukkan daya ingatan kita lebih hebat dari dia.... yang penting kita belum hilang ingatan.....

Untuk elakkan penyakit Nyanyuk eloklah membaca Surah Alwaqiah selalu terutama malam Jumaat.

Monday, May 3, 2010

KENDURI DAN CENDERAHATI

Salam buat semua.

Musim kenduri masih berlarutan dari minggu hingga ke minggu. Kenduri orang dulu tak sama dengan kenduri hari ini. Seronok mengimbas kenangan makan kenduri waktu kecil dulu. Buah tangan jemputan ketika itu bahan makanan juga paling terkenal adalah gula pasir yang diisikan di dalam mangkuk tingkat bertangkai.

Mangkuk tingkat atau "sia" ini akan diisikan nasi minyak kenduri dan gulai daging cincang bercampur kacang panjang warnanya hampir hitam kerana turunnya warna kawah memasak tersebut.

Ketika itu rasanya cukup menyelerakan. Bunga telur tetap ada walau pun disiikan dalam bekas telur yang dibuat sendiri oleh tuan rumah. Selepas itu sumbangan-sumbangan itu bertukar kepada kuih muih yang dimasak siap dijadikan bahan jamuan untuk tetamu sebelum makan nasi tengahari.

Opah cerita ni mengenai tempat opah saja Perak Utara tempat lain opah tak pasti... masa tu makan kenduri hanyalah kat kampung sendiri. Kalau jauh hanya saudara terdekat saja yang kita kunjungi.

Sekarang segala-gala nya berubah, jamuannya hantarannya, satu saja yang opah perhatikan di kampung asal opah bagaimana besar dan hebatnya kenduri kahwin tersebut BERSANDING tidak masuk langsung dalam senarai keutamaan.....

Nampak bagi orang luar pelik tapi anda bersanding di sini andalah yang PELIK. Anda akan menjadi perhatian orang bukan saja kerana nak tengok anda bersanding tapi kerana anda berani melakukan perkara yang tidak pernah orang lain lakukan kecuali untuk ahli keluarga terdekat saja dalam keadaan tertutup. Bukan semua keluarga tapi dalam lingkungan 100 buah rumah yang dulu dikenali Kampung Ehya Assharif.

Kebanyakan mereka adalah dari keturunan ustaz-ustaz dan tok-tok guru yang mula membuka Maahad AlEhya Asshariff satu masa dulu. Hingga hari ini tiada pelamin dan tiada persandingan berlebih-lebihan sekadar didudukkan kedua mempelai atas kerusi atau di birai katil.

Cenderahati ketika itu hanyalah bunga telur dan nasi minyak dan kari daging yang diisikan ke dalam bekas yang dibawa oleh tetamu tadi. Hari ini segala-galanya berubah dari jamuan dan menunya hinggalah kepada bunga telurnya, beg-beg cenderahati yang berisi kuih muih dan pelbagai hadiah sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu.

Suka juga opah berkongsi koleksi cenderahati yang opah kumpulkan dari segala macam pasu, cawan, pemegang kunci, pen, buku yassin, buku ma'surat, sebotol kicap, air kotak an yang paling terkejut jugalah bila buka beg cenderahati tu bila mendapati kandungannya sebatang lipstik (sangat merah) dan bedak dan sabun lulur untuk mandian dari herba...Hadiah ini dari sahabat Allahyarham suami opah yang merupakan tuan punya sebuah kedai jamu dan alat kecantikan dari Indon....belum ada keberanian untuk gunakannya......Mungkin untuk menantu dan anak2.