Satu ketika dulu usia opah lebih kurang 4 tahun, tidak ada pusat-pusat asuhan seperti yang ada sekarang, abang dan kakak semua telah ke sekolah. Jarak umur dengan kakak yang terdekat dengan opah adalah 8 tahun. Opah adalah peneman setia bonda. Ke mana saja dia pergi opah akan ikut. Ketika bonda mengambil upah menoreh getah atau menuai padi opah akan mengikutnya dari ladang di kaki Bukit Semanggol hingga ke perbatasan sawah. Opah sangat suka mengikutnya dan memerhatikan bonda bekerja dengan berbekalkan air minuman dan cucur bawang.Paling penting dibawa ialah kapur sireh untuk disapukan pada bekas gigitan nyamuk. Mungkin ketika itu nyamuk aedes belum ada. Dia akan menghamparkan tikar dan opah akan menanti bonda hingga selesai, kalau menoreh sampai jadi sekeping getah baru boleh pulang. Ketika bonda menoreh matanya liar memerhatikan dan mendengarkan sebarang bunyi memandangkan ladang getah berdekatan dengan hutan tebal. Di samping takutkan binatang buas bonda juga takutkan manusia yang mungkin berniat jahat. Setelah dewasa baru opah faham kenapa opah jadi peneman bonda.
Ketika ayahanda keluar berdakwah dan berjualan selama beberapa minggu atau mungkin sebulan lebih kami akan bersama bonda, makan minum seadanya apa yang ada.Kemewahan seperti hari ini tidak pernah dibayangkan sesuai kehidupan ketika itu. Selalunya bonda akan membuat nasi lemak berlaukkan sambal sardin dan sotong kering untuk dijual di kantin sekolah atau di kedai makan berhampiran. Kami kena bangun awal untuk membantu membungkus nasi lemak. Opah dan kakak akan tolong menghantarkan nasi yang telah siap dibungkus. Selain dari nasi lemak bonda juga menjual mee sanggol yang digoreng, dibungkus dengan daun rambai. Setiap petang selain dari menguti wang jualan kami juga akan pergi membeli daun pisang dan mengumpul daun rambai dari pokok di tepi rumah. Menu tradisi ini masih boleh disediakan oleh adik beradik opah. Hingga sekarang masih terasa sambalnya.
Bonda opah juga boleh menjahit pakaian, ini juga kerja sampingannya selain dari berkebun sayur dan tebu. Tebu menjadi tanaman utama bonda. Dia bukan saja menjual tebu, sebatang tebu dijual dengan harga 50 sen hingga 1 ringgitt Bonda juga telah mencipta mesin tebu sendiri dengan mengapit dua batang kayu pada pokok untuk menghimpit batang tebu bagi mengeluarkan air. Bonda bagi kami sangat hebat dalam mencari rezki. Selain berjualan nasi lemak waktu pagi dan gorengan pisang dan ubi waktu petang.
Akhirnya bonda dapat mengumpul sedikit wang untuk memulakan satu lagi perniagaan kecil-kecilan iaitu dengan menjual kain batik dan pelikat, tudung renda dari France dan baju sut untuk wanita. Pakaian ini bonda beli dari Jalan Penang di Pulau Pinang, dijualkan untuk orang-orang kampung opah secara berhutang. Bonda tidak bersekolah tapi boleh membaca melalui kelas dewasa. Mengenal nombor membaca nama bas dan menghafal ayat-ayat lazim dari Muqaddam.Beliau juga merupakan seorang jurukira dan juruaudit hebat. Boleh mengingati sesiapa yang masih berhutang dan berapa jumlah hutangnya lagi serta tarikh-tarikh bayarannya.Dia meminta kami tuliskan semua sipemiutang dalam satu buku dan catitkan semuanya. Sekiranya ada yang belum jelaskan hutang, dia minta kami tuliskan surat memohon bayarannya. Nampaknya dia mendahului PTPTN.....
Keuntungan dari jualan dan perniagaaan kecil-kecilan itu telah dikumpulkan untuk menyara kami, membantu ayahanda dan akhirnya membeli tanah tempat kami menetap dari tuan tanah. Memandangkan tanah itu agak luas juga walaupun tak sampai seekar bonda dan ayahanda telah membina rumah di kawasan yang agak tinggi memandangkan tapak lama selalu ditenggelami air. Kakinya selalu mengalami kemerahan kerana selalu mengharungi air banjir. Banjir spontan ini akan terjadi kalau hujan turun sejam tidak berhenti-henti dan akan kering dalam seminggu...... halaman rumah akan menjadi lecah berair dan berselut.
Ayahanda yang mengajar di mesjid dan surau sekitar daerah Perak tengah hingga ke sebahagian daerah di Pahang dan Selangor. Apabila ayahanda pulang dia akan membelikan bahan jualan seperti pakaian dan kitab-kitab pengajian dari kedai-kedai Arab di Bagan Serai seperti kedai Syed Munasar dan Syed Saaid. Opah sangat suka mengikuti ayahanda pergi ke kedai tersebut kerana suka dengar ayahanda berbahasa Arab dengan mereka walaupun opah tak faham pun. Semua pakaian di gunting dan dijahit oleh bonda, ketika itu kakak-kakak dan bonda akan menjahit pakaian sebelum ayahanda pergi semula. Malah ayahanda sendiri berkebolehan menjahit juga....
Ayahanda dan bonda bukan saja telah membesarkan kami 6 beradik dengan usaha sendiri tapi juga menjaga 2 orang sepupu kami dari yang dibawa dari Indon hingga mereka dewasa dan berkahwin. Selepas itu menjaga lagi 2 orang sepupu yang kematian bundanya hingga dewasa.Bagi opah mereka sangat hebat walaupun ketika itu tidak ada "Bersamamu" Kami belum lagi kelaparan walaupun makan nasi ada ketika dengan berlauk ikan sungai yang dijala sendiri oleh bonda.
Ayahanda mengajar dan berdakwah tidak cenderong kepada sebarang fahaman parti politik...Tidak pernah bersangka buruk pada sesiapa pun. Ingatannya, jangan tinggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Allah akan tambah rezki orang yang bersyukur dan bagi orang yang kufur azabnya sangat pedih. Ada dua papan hitam di rumah kami yang sentiasa ayahanda tukar penulisannya apabila beliau pulang. Ingatan dan amarannya pada kami bukan saja dengan kata-kata tetapi diabadikan dengan tulisan di papan itu supaya kami sentiasa membaca dan mengamalkannya.
Ya Allah kasihani ayahanda dan bonda saya rahmati dan ampuni keduanya. Tempatkan keduanya di kalangan orang-orang yang beriman.
Followers
Tuesday, April 10, 2012
Thursday, March 22, 2012
Jangan Marah

Assalamualaikum wr...wb...
Hampir berbulan lamanya tidak menuliskan sesuatu untuk mengingati diri sendiri dan mungkin juga untuk sesiapa yang tersinggah secara tidak sengaja.
Satu masa dulu opah pernah ditanya oleh seorang Tuan Guru yang opah ikuti ketika dia mengajar mengenai berapa hadis yang telah opah hafal. Katanya lagi "Ada hafal 40 hadis? Memang secara jujur jawapannya memang tidaklah. Ketika itu opah hanya menjawab adalah beberapa hadis yang diajar oleh Pak Ustaz ketika nak mengambil peperiksaan SPM dan SRP. Tuan Guru yang ketika itu belum bergelar "Abuya" lagi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Boleh bayangkan rasa hati ketika itu.
Hingga kini masih membaca dan cuba memahami hadis 40 Imam Nawawi sekadar yang termampu. Terbaru opah dihadiahkan Hadis 40 yang ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Haji Muhamad Zakaria. Opah ingin kongsikan Hadis 16 ini kerana perkara ini memang sangat berkait dengan kita setiap hari di mana saja dalam apa keadaan sekalipun. Hadis 16 tajuknya "Jangan Marah" atau dalam bahasa Arabnya "La Tagdhab". Opah panjangkan supaya dapat diulangi dan mengambil pengajaran darinya.
HADIS 16 JANGAN MARAH
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepadaku. Nabi bersabda: "La Tagdhab"maksudnya: "Jangan Marah" Beliau mengulanginya beberapa kali dan bersabda, "Jangan Marah".
(Riwayat Ahmad no. 8729, alBukhari no. 5765 dan al Tirmizi no 2020)
Huraian dan Inti Sari.
Pengarang kitab alIfshah berkata: "Mungkin tindakan Nabi menasihati lelaki itu disebabkan Baginda mengetahui sikapnya sering marah, sehingga nasihat ini ditujukan khusus kepadanya. Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah.
Sabda baginda yang bermaksud.
"Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah."
ALLAH JUGA MEMUJI ORANG YANG DAPAT MENGENDALIKAN NAFSUNYA KETIKA MARAH DAN SUKA MEMBERI MAAF KEPADA ORANG LAIN.
Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskanya , kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya.
Pengajaran
* Dianjurkan bagi setiap Muslim memberikan nasihat yang baik.
* Kita hendaklah mengenal perbuatan-perbuatan yang bersifat kebajikan.
* Kita hendaklah sentiasa menambah wawasan ilmu yang bermanafaat.
* Kita dianjurkan mengulangi percakapan hingga pendengar menyedari betapa penting kedudukannya.
* Islam menggalakkan umatnya meninggalkan sifat pemarah.
* Selalulah mendapatkan nasihat, mengetahui aspek-aspek kebenaran dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan ilmu yang bermanafaat.
* Sedikit bercakap dan banyak bekerja.
* Orang yang marah bertanggungjawab atas akibat perbuatan marahnya.
*Marah yang terpuji ialah marah kerana mencari keredaan Allah SWT, membela agama Allah, membela kehormatan seseorang Muslim yang dihina atau direndah-rendahkan.
Cara Mencegah Kemarahan
* Jauhi akhlak yang tercela seperti sombong, tinggi diri, bangga diri, menghina orang lain, banyak bercanda, suka perdebatan dan sebagainya.
* Didik diri dengan akhlak mulia seperti sabar, lemah lembut, tidak tergesa-gesa dalam segala hal dan sebagainya.
* Berlatih memaafkan orang yang membuat salah.
* Bersikap tawaduk.
* Mengucapkan ta'awwuz. Auzubillahhi minassyaithanirrajim.
* Mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk atau daripada duduk kepada berbaring.
* Berhenti berbicara.
* Berwuduk.
Alhamdulillah dan syukur kiranya kita dapat mengawal kemarahan dalam apa keadaan di mana juga. Apa yang pasti opah tak mau lupa bahawa, bila kita suka marah syaitan sangat suka......
Friday, November 11, 2011
Jumaat - Qurban unta atau hadiah sebiji telur.
Salam hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah. Doa untuk semua yang telah meninggalkan kita, terutama datuk dan nenek moyang, ayah bunda, suami, ipar duai terutama abang ipar yang kebetulan tarikhnya hari ini 11.11. mudah-mudahan kesemuanya dalam rahmat Allah . Amin.
Hari ini hari Jumaat yang penuh kemuliaan. Banyak peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku pada hari Jumaat. Antara yang tidak boleh dillupakan Hari Qiamat, Jumaat bulan Ramadhan bila?... hanya Allah saja yang tahu tarikh dan masanya. Sebagai hamba kita hanya menanti dan kalau boleh nak bersedia dengan secukupnya. Melawan iblis dan mengharap yang terbaik dariNya.Banyak perkara yang disarankan kita melakukannya pada hari Jumaat seperti berzikir, membaca Alquran terutama surah Yassin, Kahfi, Waqiah dan Arrahman. Tiap surah mempunyai kelebihannya.
Hari ini opah hadiri kuliah di Pondok Pengajian berdekatan. Ingin opah kongsikan terutama dengan dua orang anak lelaki opah dan anak perempuan, menantu dan cucu serta anak buah opah, paling penting untuk diri opah sendiri. Ini adalah mengenai kelebihan menunaikan solat Jumaat setiap minggu.Opah hanya menunaikan solat Jumaat hanya di Mekah dan Madinah, memandangkan rumah dan masjid di Malaysia agak jauh. Petikan dari kuliah ketiga.
Hadis Nabi. Riwayat Imam AlGhazali dalam Ihya Ulumuddin dan setengah pendapat di dalam Bidayatul Hidayah- petikan dari Sirassalikin.
Artinya " Barangsiapa pergi ke Masjid kerana sembahyang Jumaat:
1. Pada saat yang pertama maka seolah-olah dia menyembelih qurban akan seekor unta.
2. Pada saat yang kedua maka seolah-olah dia menyembelih qurban seekor lembu.
3. Pada saat yang ketiga maka seolah-olah dia menyembelih qurban seekor kambing biri-biri bertanduk.
4. Pada saat yang keempat maka seolah-olah dia memberi hadiah seekor ayam
5. Pada saat yang kelima maka seolah-olah dia memberi hadiah sebiji telur
Maka apabila keluar Imam akan membaca Khutbah maka para malaikat pencatit akan melipat segalah suratan dan diangkatkan akan segala qalam dan berhimpun mereka semua (malaikat pencatit) di dekat mimbar. Mereka juga akan mendengar segala zikir, khutbah dan barang siapa yang datang kemudian daripada itumaka hanya yang diperolehi olehnya hanyalah solat dan tiadalah fadhilat apa-apa lagi.
Imam AlGhazali juga menyebut dalam Ihya Ulumuddin,
1. Saat yang pertama itu dari terbit fajar hingga terbit matahari. (lepas solat subuh)
2. Saat kedua daripada terbit matahari hingga naik matahari.
3. Saat ketiga hingga terhampar matahari dan terasa panas pada tapak kaki.
4. Saat keempat hingga waktu dhuha.
5. Saat yang kelima daripada waktu dhuha yang tinggi sampai gelincir matahari.Waktu ini hanya perolehi hak untuk solat tiada lagi fadilat.
Pada semua anakanda dan anak buah selamat berhijrah kepada tahap iman yang lebih tinggi dan mudah-mudahan anakanda semua akan perolehi pahala qurban unta, lembu atau kambing bukan hanya sekadar pahala hadiah sembelihan ayam atau sebiji telur atau hanya dapat solat saja.

Sunday, October 9, 2011
DI ZIARAH KELUARGA JAUH DARI KUOK, PEKAN BARU
Assalamualaikum wr wb.
Setelah merancang beberapa kali dan tidak jadi untuk bertemu saudara mara di Kuok Bangkinang, akhirnya opah dikunjungi mereka. Alhamdulillah syukur pada Allah kerena masih memanjangkan usia untuk bertemu sepupu dan anak saudara dari sana. Walau pun sebahagian besar saudara mara di sini yang masih muda memang berat untuk berkomunikasi dengan mereka dalam loghat Kampar.
Generasi kedua masih boleh bertutur dan memahami bicara dalam loghat kampar tapi generasi seterusnya berbicaralah dalam bahasa standard indon-melayu.(harap perkataan ni sesuai)
Opah masih ingat nenda opah Mailam bunda kepada bunda kami Aisyah bila berbicara dengannya seolah-olah berbicara dengan orang asing yang tidak faham langsung bahasa melayu.
Nenda sebelah ayahanda opah pula langsung tidak pernah opah berjumpa dengannya khabarnya sangat elok rupanya bernama Gandauni. Tidak pernah beliau ke Malaysia. Melayani sepupu selama beberapa hari sangat menyeronokkan. Hilang rasa bersalah padanya kerana berjanji tapi tak tunaikan.
Puas hati kerana kali pertama beliau ke sini 2004 opah tak berpeluang mengajaknya ke sini kerana beberapa hal yang tak dapat dielakkan apatah lagi ketika itu opah masih bekerja. Walaubagaimanapun beberapa hari bersamanya memang terbelit juga lidah dalam loghat 'kampar'. Bukannya mahir sangat pun tapi bolehlah sekadar memahami dan membalas balik dalam loghat yang sama. Ini kerana ada perkataannya sama tapi bunyi agak lain sikit.
Kedatangan mereka menyebabkan anak buah sibuk nak belajar bahasa kampar. Siap berjugak-jugak dalam fb. Sepupu opah Erna (dipangggil ayahanda opah Maryam) membawa anaknya Isalpani (Agak saja ejaannya) Ini nama Indon sekarang nama Indon dulu-dulu seperti Mailam, Mat Tuah, Gandauni, Mat Ukom, Perak(lahir atas kapal Perak) Lebih kurang sama kes dengan Feri Anugerah Makmur. Bila Isal ditanya mengenai maksud namanya terpinga-pinga dia dan bundanya. Opah tolong jawab bagi pihaknya bahawa maksud nama bagi orang Indon rasanya tak begitu penting seperti orang Melayu Islam di Malaysia.
Kebiasaan kita bila dengar nama mesti nak tanya apa maksudnya tidak kira bahasa apa sekalipun. Masa kecil dulu opah selalu tanyakan apa maksud nama opah rasa macam tidak hadhir perkataan nama opah dalam bahasa arab. Ayahanda opah mengatakan nama opah mesti dieja dalam tulisan jawi dengan huruf qaf ro tho ya nun dan ya dan maksudnya subang permata yang dipakai wanita) Nasib baik ada maknanya.
Sebelum datang ke Pulau Pinang mereka telah dibawa oleh anak saudara opah Haslinda menemui kakak dan abang opah di negeri Pahang bertemu abang kedua Haji Abd. Halim dan abang keempat Haji Abdulllah dan kakak kelima Hajjah HasanahAlhamdulillah opah sempat membawa keduanya jalan-jalan ke Pulau Pinang menaiki feri dan jembatan Pulau Pinang.
Oleh kerana kita ada masalah komunikasi maka berlakulah beberapa kejadian yang agak melucukan semasa kami nak makan di Gerai Makan Padang Kota Baru. Isal menempah Nasi goreng Pattaya, dia hanya mendengar pelayan menyebut NASI PA TA YA .Bila dihidangkan dia mencari-cari dalam nasi goreng itu mana petainya? Pa tta ya dalam jawi kan petai. Jawab anak opah ini Nasi goreng Siam, mana ada petai.. nasi goreng dibungkus dengan telur.. Indak lomak katanya
Malam pertama di rumah opah Bukit Meratajam,malam kedua bermalam dirumah anak saudara Nurul Huda di Nibong Tebal, esoknya bertemu sepupu opah Hajjah Salmiah di Masjid Tinggi sedang berniaga.
Menyambung perjalanan ke rumah anak saudara Dee Osman di Pantai Remis menemui kakak sulung opah Hajjah Halimah.Dalam perjalanan ke Teluk Intan sempat lagi kami singgah di Teluk Batik, Lumut.
Akhirnya kami tinggalkan mereka bermalam di rumah kanda ketiga saya Hajjah Maimunah di Chenderong Balai. Mereka dijemput anak saudara saya Dayang Raudhah dari Bandar Tasik Permaisuri dan dibawa berjumpa anak saudara saya Haji Ahmad Fuad di Syah ALam.
Membeli belah di PKNS dan akhirnya baru mereka dihantar baik ke rumah Haslinda Seri Kembangan. Haslinda membawa mereka ke Putra Jaya pada waktu malamnya. Sabtu pagi mereka bertolak balik ke Pekan Baru. Terima kasih dari mereka pada semua yang telah melayan mereka sepanjang berada di Malaysia walaupun tak dapat jumpa dengan semua ahli keluarga.
InsyaAllah tahun depan opah harap dapat menjejakkan kaki ke Pekan Kuok, Pekan Baru.
Setelah merancang beberapa kali dan tidak jadi untuk bertemu saudara mara di Kuok Bangkinang, akhirnya opah dikunjungi mereka. Alhamdulillah syukur pada Allah kerena masih memanjangkan usia untuk bertemu sepupu dan anak saudara dari sana. Walau pun sebahagian besar saudara mara di sini yang masih muda memang berat untuk berkomunikasi dengan mereka dalam loghat Kampar.

Generasi kedua masih boleh bertutur dan memahami bicara dalam loghat kampar tapi generasi seterusnya berbicaralah dalam bahasa standard indon-melayu.(harap perkataan ni sesuai)
Opah masih ingat nenda opah Mailam bunda kepada bunda kami Aisyah bila berbicara dengannya seolah-olah berbicara dengan orang asing yang tidak faham langsung bahasa melayu.
Nenda sebelah ayahanda opah pula langsung tidak pernah opah berjumpa dengannya khabarnya sangat elok rupanya bernama Gandauni. Tidak pernah beliau ke Malaysia. Melayani sepupu selama beberapa hari sangat menyeronokkan. Hilang rasa bersalah padanya kerana berjanji tapi tak tunaikan.
Puas hati kerana kali pertama beliau ke sini 2004 opah tak berpeluang mengajaknya ke sini kerana beberapa hal yang tak dapat dielakkan apatah lagi ketika itu opah masih bekerja. Walaubagaimanapun beberapa hari bersamanya memang terbelit juga lidah dalam loghat 'kampar'. Bukannya mahir sangat pun tapi bolehlah sekadar memahami dan membalas balik dalam loghat yang sama. Ini kerana ada perkataannya sama tapi bunyi agak lain sikit.
Kedatangan mereka menyebabkan anak buah sibuk nak belajar bahasa kampar. Siap berjugak-jugak dalam fb. Sepupu opah Erna (dipangggil ayahanda opah Maryam) membawa anaknya Isalpani (Agak saja ejaannya) Ini nama Indon sekarang nama Indon dulu-dulu seperti Mailam, Mat Tuah, Gandauni, Mat Ukom, Perak(lahir atas kapal Perak) Lebih kurang sama kes dengan Feri Anugerah Makmur. Bila Isal ditanya mengenai maksud namanya terpinga-pinga dia dan bundanya. Opah tolong jawab bagi pihaknya bahawa maksud nama bagi orang Indon rasanya tak begitu penting seperti orang Melayu Islam di Malaysia.
Kebiasaan kita bila dengar nama mesti nak tanya apa maksudnya tidak kira bahasa apa sekalipun. Masa kecil dulu opah selalu tanyakan apa maksud nama opah rasa macam tidak hadhir perkataan nama opah dalam bahasa arab. Ayahanda opah mengatakan nama opah mesti dieja dalam tulisan jawi dengan huruf qaf ro tho ya nun dan ya dan maksudnya subang permata yang dipakai wanita) Nasib baik ada maknanya.
Sebelum datang ke Pulau Pinang mereka telah dibawa oleh anak saudara opah Haslinda menemui kakak dan abang opah di negeri Pahang bertemu abang kedua Haji Abd. Halim dan abang keempat Haji Abdulllah dan kakak kelima Hajjah HasanahAlhamdulillah opah sempat membawa keduanya jalan-jalan ke Pulau Pinang menaiki feri dan jembatan Pulau Pinang.Oleh kerana kita ada masalah komunikasi maka berlakulah beberapa kejadian yang agak melucukan semasa kami nak makan di Gerai Makan Padang Kota Baru. Isal menempah Nasi goreng Pattaya, dia hanya mendengar pelayan menyebut NASI PA TA YA .Bila dihidangkan dia mencari-cari dalam nasi goreng itu mana petainya? Pa tta ya dalam jawi kan petai. Jawab anak opah ini Nasi goreng Siam, mana ada petai.. nasi goreng dibungkus dengan telur.. Indak lomak katanya
Malam pertama di rumah opah Bukit Meratajam,malam kedua bermalam dirumah anak saudara Nurul Huda di Nibong Tebal, esoknya bertemu sepupu opah Hajjah Salmiah di Masjid Tinggi sedang berniaga.
Menyambung perjalanan ke rumah anak saudara Dee Osman di Pantai Remis menemui kakak sulung opah Hajjah Halimah.Dalam perjalanan ke Teluk Intan sempat lagi kami singgah di Teluk Batik, Lumut.
Akhirnya kami tinggalkan mereka bermalam di rumah kanda ketiga saya Hajjah Maimunah di Chenderong Balai. Mereka dijemput anak saudara saya Dayang Raudhah dari Bandar Tasik Permaisuri dan dibawa berjumpa anak saudara saya Haji Ahmad Fuad di Syah ALam.
Membeli belah di PKNS dan akhirnya baru mereka dihantar baik ke rumah Haslinda Seri Kembangan. Haslinda membawa mereka ke Putra Jaya pada waktu malamnya. Sabtu pagi mereka bertolak balik ke Pekan Baru. Terima kasih dari mereka pada semua yang telah melayan mereka sepanjang berada di Malaysia walaupun tak dapat jumpa dengan semua ahli keluarga.
InsyaAllah tahun depan opah harap dapat menjejakkan kaki ke Pekan Kuok, Pekan Baru.
Friday, September 9, 2011
Bila neuron banyak yang dah mati....
Assalamualaikum, selamat hari raya puasa 6 kepada semua yang telah melepasinya dengan cemerlang... mudah-mudahan diterima Allah SWT.
Bagi sesiapa yang telah mendengar dan menonton Tanyalah Ustaz 8 hb September lepas mesti masih ingat kata-kata Ustaz yang merujuk pelbagai kajian saintifik mengenai penyakit nyanyuk. Hasil kajian tersebut telah menyatakan orang-orang yang nyanyuk kebanyakan mempunyai neuron yang telah mati sebelum dia sendiri meninggalkan dunia ini.
Orang-orang yang pemarah dan suka berfikiran negatif pula akan mengakibatkan stress. Stress ini juga akan mengakibatkan kematian awal neuron. Apabila banyak neuron yang telah mati...jadilah nyanyuk. Adakah ini juga penyebab alzhemier, opah tak perasaan ada tak soalan ini ditanyakan pada ustaz selepas itu.
Untuk menjadikan anda sihat keseluruhannya pastikan rohani dan jasmani anda juga sihat. Jagalah fizikal dengan baik, senaman dan memakan makanan tambahan yang berkualiti dan pastikan anda menjaga hati, mulut atau perkataan yang keluar darinya insya Allah dengan izin Allah anda akan terlepas dari musibah kesakitan. Penawar paling hebat untuk menyihatkan anda dari segala kesakitan ini adalah dengan membaca Alquran setiap hari dan zikrullah. Inilah sebahagian yang opah ingat dari program Tanyalah Ustaz 8 hb. Mungkin penonton lain merakamkan lebih lagi dari opah harap dapat berkongsi supaya kita dapat manafaatkan bersama. WaAllahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)