Followers

Tuesday, August 23, 2011

Antara moreh dan rumah terbuka.

Kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan yang penuh rahmah, barakah dan magfirah. Tawaran dan peluang yang Allah SWT tawarkan hampir tamat tempohnya. Alhamdulillah bagi sesiapa yang telah dapat melaksanakan tawaran-tawaran hebat dari Khaliq kita.

Sepanjang bulan ini kita dianjurkan memanjatkan sebanyak-banyak doa dan memohon pengampunan dariNya, membaca dan memahami Alquran sebaik dan sebanyak yang boleh, bersedekah, bersolat tarawih, menghadiri majlis ilmu dan berbagai lagi perbuatan mulia yang pasti akan mendapat ganjaran berlipat ganda. Pahala di bulan Ramadan tidak sama pahala di bulan lain seperti Syawal.

Satu masa dulu jamuan moreh menjadi satu kemestian di setiap masjid atau surau setiap kampung. Boleh dikatakan setiap ahli qaryah mesti melakukan baik secara bersendiri atau berkongsi. Hinggakan ada nama dituliskan di papan kenyataan atau surau mengikut bilangan malam jamuan tersebut. Sejak sepuluh tahun terakhir ini moreh menjadi semakin kurang. Alasannya ekonomi merosot, jemaah yang melakukan solat hingga ke akhir solat berkurangan, mereka juga begitu kenyang, kanak-kanak tidak berminat dengan moreh, tidak ada orang nak uruskan peralatan jamuan tersebut(menghidang dan membasuh) orang muda berhijrah yang tinggal di kampung hanya orang tua-tua. Satu lagi alasan orang tua-tua dah tak dibenarkan makan malam kerana pelbagai penyakit. Moreh hanya diadakan sekali seminggu, kalau ada kematian ada jugalah majlis tahlil dan jamuan. Ketika ini nampak jamuan tersebut dimakan juga atau dibawa pulang oleh jemaah. Opah tidak pasti alasan-alasan yang mana paling tepat kenapa tidak diadakan, kemungkinan kesemua itu adalah penyebabnya.

Apa yang pasti, pahala mengadakan moreh itu tidak kita perolehi jika peluang ini tidak direbut. Kalau kita boleh mengadakan rumah terbuka pada hari raya dengan meriah dan hebat kenapa kita tidak cuba mengambil peluang walau satu malam sahaja dengan gandaan pahala yang juga hebat... Adakan moreh ketika berbuka puasa dan majlis tahlil didahulukan sebelumnya... nampak cara ini agak berkesan di kampung opah.



Wednesday, August 10, 2011

BERGURU SEMULA...


Membaca Alquran sepanjang hidup kita sangatlah dituntut apatah lagi di bulan puasa yang mulia ini. Orang yang Sentiasa mengamalkannya semasa hayat akan ditemani segala kebaikan ketika berada di dalam kubur untuk menantikan hari kiamat nanti.

Kebaikan lain merupakan pahala apabila kita telah dibangkitkan semula tentulah lagi banyak Allah anugerahlan kepada pembacanya. Bayangkan 1 huruf untuk 10 pahala....kalau dah tamat sebuah quran berjuta-juta pahala yang akan kita perolehi itu pun kalau kita ikhlas membaca kerana untuk mendapat rahmat Allah semata-mata.

Membaca quran dulu dan sekarang sama saja cuma hari ini bermacam cara anak-anak diajar mengaji dengan pelbagai kaedah, iqra' menggunakan cd dengan menonton program di tv pun memang boleh membantu orang yang kurang pandai tajwid.

Al quran rasm Uthmani nampak lebih mudah dibaca bagi orang yang kurang mahir tajwid seperti opah. Ada catatan tanda bacaan dalam bahasa Arab dan ada juga dalam bahasa Melayu.

Orang dulu mengajar menggunakan istilah yang mudah dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab
Opah belajar dalam bahasa Melayu baris atas bawah dan depan, dua di atas, bawah dan depan.

Ada setengah guru pula menggunakan istilah fathah, kasrah dan dommah. Sabdu disebut Syaddah dalam bahasa Arab.Dalam bahasa Melayu jika huruf alif dibariskan atas bunyinya 'a' jika baris bawah bunyinya 'i' dan baris depan bunyinya 'u' Rasanya kita tak lupa lagi 'a' 'i' 'u' bagi harus alif yang dibariskan dengan ataas bawah dan depan.

Walaupun pada peringkat awal menyebut baris itu pun sudah cukup panjang tapi apabila kita telah mengenal tanda-tanda dan bunyinya tersebut jadi mudah. Sesiapa yang sezaman dengan opah tentu masih ingat cara membaca baris-baris ini mesti sebut dulu bukan terus dibunyikan seperti buku Iqra.

Bagi Rasm Uthmani cukup mudah bila kita telah faham tanda dan dibunyikan bagi hukum tajwidnya. Bagaimana mudah sekalipun kita patutlah tahu

1. Hukum Izhar dan huruf-hurufnya yang enam itu alif berhamzah, ghain, ha (kecil), kha,ain dan ha (besar)
Bacaannya terang dah jelas jika nun mati atau tanuin bertemu dengan huruf ini bacaannya jelas tiada dengung dalam resam osmani huruf nun mati itu dibaris matikan.

2. Hukum Ikhfa' dan hurufnya yang 15 itu.
sin,ta,jim, zal. sod,dal,kaf, fa, tha,qaf,tho,dhod,dzo, syin dan zai.
Bacaannya disembunyikan bunyi nun mati dan dengung. Resam osmani tidak ditanda baris mati seperti huruf izhar.

3. Hukum Iqlab dan hurufnya hanya satu iaitu 'ba'. Iqlab maknanya membalikkan pada bahasa dan pada istilahnya menukarkan bunyi huruf berbaris kepada bunyi mim dengan mengekalkan dengungnya.

4. Bilangan harkat bacaan juga dicatit dan diwarnakan dengan warna tertentu untuk kemudahan pembaca samaada dibacakan 2 harkat bila ada huruf mad dibelakangnya atau ditandakan dengan alif kecil di atas huruf tersebut. Jika garis panjang melintang diatas panjangnya bacaannya juga mungkin 4,5 atau 6 harkat. Gunakan jari untuk menentukan bilangan harkatnya. Lama-lama kita akan mahir apabila selalu diulang-ulang.

Baris dua di atas atau di bawah secara sama dibariskan ' = ' dibaca dalah terang dan jelas.
Baris dua di atas atau di bawah secara tak sama ' _--' adalah didengungkan.
Baris dua di depan seperti '69' tidak didengungkan kalau '99' adalah didengungkan

Inilah sedikit ulangkaji opah sendiri untuk ingatan ketika bertaddarus. Paling penting untuk ingatan sendiri, membaca tanpa ilmu yang cukup dan sanggup ditegur apabila membuat silap lebih baik dari tidak pernah langsung membaca sama ada anda mahir atau tidak. Berguru dan belajar semula adalah yang terbaik kalau kita telah lupa......

Mudah-mudahan kita dapat membaca dengan fasih, memanjang dan memendekkan sebutan pada tempat yang betul. Begitu juga dengan dengung dan tidak dengung pada tempat yang betul. Berhenti bacaan pada tempat yang ditetapkan dan maknanya tidak terjejas.


Monday, July 25, 2011

HALALAN TOYYIBA....

Assalamualaikum wr wb...

Sekali sekala cerita pasal makanan ni seronok juga. Makan semata-mata untuk meneruskan hidup bukan hidup semata-mata untuk makan. Untuk mendapatkan makanan yang halalan toiyibah sekarang di negara pelbagai kaum seperti Malaysia tidaklah sukar sangat tapi kenalah pandai pilih supaya dia jadi halal dan toiyibah bukan toiyib tapi tak halal atau halal tidak toiyibah.

Tersentuh hati bila mendengar cerita anak saudara opah yang dah dua tahun bertugas di Somaliland, makanan kurang, makan bubur dibanyakkan kuahnya kadang-kadang makan mentega yang dicairkan. Kalaulah kita berada di sana...kita memang kena memilih yang halal dulu...keutamaannya.

Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dengan berlainan agama memang terkenal dengan himpunan pelbagai budaya termasuklah MAKANAN. Makan merupakan aktiviti penting bagi manusia untuk meneruskan hidup. Apa yang lebih penting bila usia semakin lanjut dan aktiviti makan juga akan diteruskan dengan pelbagai kaedah pilihan sendiri. Maknanya orang dah tua tapi masih boleh makan seperti orang muda. Tahniahlah kepada sesiapa yang dapat mengekalkan dalam keadaan begini. Semua ini rahmat Allah kepada anda.

Sifat suka masak dan suka makan kadang-kadang membawa padah dengan izin Allah. Keluarga opah kebanyakannya suka masak dan suka makan, makanan yang pedas masin dan lemak... Kuih-kuih manis agak kurang. Oleh itu ada di antaranya bila dah meningkat empat puluhan kenalah menahan selera terhadap makanan-makanan in terutama yang berlemak dan masin untuk mengelakkan kenaikan darah tinggi dengan izin Allah juga. Inilah yang dikatakan halal tapi tak toiyibah.... Makanlah dalam kuantiti yang sedikit atau agak sendiri padan patut dengan diri anda sendiri.

Ramai orang yang dah lama hidup bukan tua akan mengalami sembelit akibat pemakanan, gigi untuk mengunyah pun dah tanggal serta kurang pulak aktif atau bersenam. Orang Melayu selalunya menganggap sayur dan buah akan menyebabkan angin dan sakit urat. Pendapat ini ada juga kebenarannya melalui pengalaman kita. Kita juga telah diajar sejak kecil, dulu Ilmu Kesihatan di sekolah, cikgu ajarkan makan sayur dan buah untuk pelawas. Sudah begitu lama di ajar makan sayur dan buah tapi memang ada saja kanak-kanak yang tidak suka makan buah dan sayur. Bukan saja ibu bapa memaksa makan cikgu tadika terpaksa memujuk dan mencipta nasi goreng sayur untuk mereka..

Syukur alhamdulillah kerana kita masih mampu makan kerana ada banyak makanan dan boleh memilih mengikut kemampuan dan kesihatan. Salam akhir Syaaban dan selamat menyambut Ramadhan AlMubarak... mudah-mudahan makanan yang halalan dan toiyibah menjadi keutamaan nanti.

Friday, July 22, 2011

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2011 (SELURUH MALAYSIA)


Lebih kurang dua minggu dari sekarang, umat Islam seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan. Pada bulan ini, semua yang beragama Islam diwajibkan berpuasa bermulanya terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
2. Negeri Melaka
3. Negeri Johor

  • Zon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
  • Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan pulau berdekatan
  • Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
  • Zon 4 – Batu Pahat, Segamat, Muar dan Gemas

4. Negeri Perak

  • Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
  • Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput dan Kuala Kangsar
  • Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
  • Zon 4 – Temenggong dan Belum
  • Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
  • Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
  • Zon 7 – Bukit Larut

5. Negeri Sawarak

  • Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
  • Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
  • Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
  • Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
  • Zon 5 – Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
  • Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
  • Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
  • Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Sematan

6. Negeri Sabah

  • Zon 1 – Bahagian Sandakan (Timur), Tomanggong, Sukau, Bandar, Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
  • Zon 2 – Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
  • Zon 3 – Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kuna
  • Zon 4 – Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
  • Zon 5 – (Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
  • Zon 6 – Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101 m)
  • Zon 7 – (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Patutan dan Papar
  • Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
  • Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

7. Negeri Terengganu

  • Zon 1 – Kuala Terengganu dan Marang
  • Zon 2 – Besut dan Setiu
  • Zon 3 – Hulu Terengganu
  • Zon 4 – Dungun dan Kemaman

8. Negeri Kelantan

  • Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
  • Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk Daerah Galas dan Bertam

9. Negeri Selangor

  • Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
  • Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam

10. Negeri Pahang

  • Zon 1 – Pulau Tioman
  • Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
  • Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
  • Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis
  • Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
  • Zon 6 – Cameron Highland, Bukit Fraser dan Genting Highland

11. Negeri Sembilan

  • Zon 1 – Jempol dan Tampin
  • Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu

12. Negeri Kedah

  • Zon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
  • Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
  • Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
  • Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu
  • Zon 5 – Daerah Langkawi
  • Zon 6 – Puncak Gunung Jerai

13. Negeri Perlis


14. Negeri Pulau Pinang


15. Wilayah Persekutuan Labuan


Sumber sepenuhnya dari www.matjoe.com. Sila klik untuk besarkan gambar.