Followers

Wednesday, June 15, 2011

UMRAH DAN ZIARAH

Alhamdulillah opah dah selamat sampai ke KLIA 4.30 petang 8 hb, Jun waktu Malaysia setelah hampir berjam-jam lama dari Mekah, Jeddah dan Dubai.

Ziarah kami bermula ke Madinah dari Dubai walau pun ramai orang selalunya hendak ke Mekah dulu.Walau pun ke mana dulu opah bersyukur, mengunjungi Madinah bermakna kita berpeluang mengunjungi makam Rasulullah dan Raudhah tempat yang sangat dirindui oleh semua umat Islam. Memberi salam untuk Rasululullah dan bersolat serta berdoa di Raudhah. Perkara penting yang tak boleh opah lupakan menyampaikan salam dari rakan-rakan untuk Rasulullah.. takut lupa. Setelah 3 hari dua malam di Madinah kami bertolak dengan bas ke Mekah.

Setelah hampir 14 tahun tidak menjejakkan kaki ke kota suci Mekah dan Madinah rasanya terubat rasa rindu pada Baitulllah yang mulia itu. Walaupun di mana saja kita berada Allah memang hampir lebih hampir dari halkum kita tidaklah sama bila kita dijemput Allah mengunjungi rumahnya yang penuh kemuliaan dan keberkatan.
Perjalanan yang memakan masa berjam-jam lamanya bagi orang seusia opah agak memenatkan terutama yang lebih berusia dan dalam keuzuran. Ada keletihan dan ada kepuasan dan tidak sama rasanya perjalanan ke tempat lain di dunia ini yang menyamai perjalanan ke Baitullah ini. Walaupun ganjarannya hanya Allah saja yang tahu rahsianya sebagai hamba opah sangat mengharapkan keredaannya dan keberkatan dariNya.

Opah menyertai syarikat Multaqa Al Iman, dan ada 3 kumpulan yang turut sama walaupun perjalanan bermula tidak sama , mengikut hari dan bayaran yang dikenakan. Tiap-tiap kumpulan diketuai oleh seorang Ustaz yang setiap petang bergilir-gilir menyampaikan Tazkirah di dewan makan hotel. Untungnya kami tinggal di hotel yang sama. Semua kumpulan berpeluang mendengar tazkirah tersebut.

Minggu pertama setiap hari semua jemaah sibuk mengerjakan umrah dan aktiviti ziarah. Hampir setiap malam minggu akhir berada di sana bagi yang tak pernah mengerjakan ibadat malam atau Qiamullail boleh mengikuti ibadat ini bersama dengan ustaz-ustaz tersebut. Bagi yang dah biasa inilah saatnya anda ingin bersendirian bermunajat memohon kebaikan dunia dan akhirat pada Allah SWT selagi anda masih bernafas.... peluang masih ada..

Mekah dipenuhi bangunan pencakar langit seolah-olah ingin menyembunyikan Kaabah yang mulia itu. Tersembunyi, tetap melambai hati dan sanubari tiap insan yang hadhir supaya datang lagi dan lagi..