Followers

Tuesday, September 2, 2014

Kasih tanpa syarat.

Assalamualaikum wr..wb..
Sudah setengah tahun rasanya blog ini opah tinggalkan seperti orang meninggalkan rumah.Walaupun ada masa menjengah seketika tidak sama rasanya menulis sesuatu yang terdetik di hati untuk dikongsi menjadi iktibar bagi sesiapa saja.

 Menyebut perkataan *kasih* selalunya kita akan mengingatkan kasih untuk pasangan kekasih saja saja.  Apa yang kita tahu dulu, kini dan selamanya bukanlah semestinya satu kebenaran yang disahkan oleh sesiapa pun.  Oleh kerana perasaan itu umum semua orang merasai maka ia menjadi sangat senang bercerita tentangnya.

Kasih sesama insan, kasih pada haiwan, kasih pada harta benda atau lebih khusus kasih pada dunia.  Semua ini tak sama bagaimana hebatnya Kasih Allah SWT pada hambanya. Kita dapat merasai kasihnya dapat berbicara dengannya tanpa syarat. Semua rahmatnya telah bertahun sejak lahir kita rasai, yang sedihnya bagi opah sendiri macam mana susahnya nak ikhlaskan hati mengasihi dan menyintai Allah tanpa syarat.  Mengingatinya samaada ketika susah atau senang.


Kasih kedua ibu bapa juga sangat hebat untuk anak-anak tapi belum juga dapat menandingi kasih Allah pada kita. Menunjukkan rasa kasih pada anak-anak yang belum tentu dapat membalas kasih itu dengan ikhlas atau menjanjikan apa-apa dan ramai ibu bapa yang tidak mengharap apa-apa balasan pun dari anak-anak. Selalunya mereka akan berdoa mengharapkan yang terbaik dari Allah SWT.
Kasih pasangan kekasih selalunya mahu mengakhirinya dengan perkahwinan tidak ada yang nak berkasih sampai tua dengan tidak berkahwin kalau ada pun mungkin kes terpencil dan mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan pasangan ini. Kalau kita ditimpa musibah dan ujian ada kalanya kita rasa kasih itu tergugat. Sebenarnya itulah tanda Allah kasihkan kita dan bersabarlah menghadapinya dengan berusaha mengaatasinya seterusnya menyerahkan pada ketentuan Allah.