Followers

Sunday, August 29, 2010

Terima kasih anakanda.

Salam 11 hari terakhir Ramadhan dan salam Merdeka untuk semua. Hari ini adalah hari ke 19 kita berpuasa. Syukur alhamdulillah Allah masih lagi meminjamkan segala miliknya pada kita.

Alhamdulillah dan syukur kerana hingga ke saat ini opah masih mampu bernafas untuk meneruskan lagi hidup ini yang tidak tahu bila tarikh akhirnya akan tiba. Lega rasanya selepas menjalani tempoh 4 bulan sepuluh hari .

Terima kasih untuk anak-anak dan menantu yang sungguh memahami opah dalam tempoh itu. Terima kasih atas semua pengorbanan masa dan tentunya dengan rasa kasih sayang menemani opah ketika saat memerlukan. Mudah-mudahan Allah ganjarkan yang terbaik untuk anakanda semua dalam semua hal di dunia dan di akhirat. Amin.

Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tetap datang walaupun kami semua insyaAllah akan berhari raya tanpa orang yang tersayang. Segalanya di Ramadan ini dan bulan kemerdekaan ini mengingatkan kami semua pada dia.

Alhamdulillah dan syukur pada Allah dengan rahmat dan taqdirnya.

Friday, August 13, 2010

Bila Imam telah tiada

Sudah 3 hari kita menjalani ibadat berpuasa. Pelbagai aktiviti diadakan untuk mengimarahkan surau dan Masjid. Kampung opah samalah dengan orang lain barangkali cuma solat tarawikh kami tahun ini diimamkan oleh Imam Muda kampung kami sendiri. Memandangkan imam yang lama dah meninggalkan kami semua 4 bulan lepas dan imam yang seorang lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya masih dalam icu pada petang selasa sehari sebelum puasa. Seorang lagi imam yang agak senior juga sedang bersiap-siap untuk berpindah ke rumah baru jauh dari kampung opah. Imam Muda kami pulak baru saja berkahwin dan dijangka akan diposting ke sekolah yang tak tau lagi di mana dan bila.

Manusia memang pandai merancang tapi tidak pulak terfikir apa akan terjadi dari masa kesemasa. Pasal buat andaian memang kita hebat tapi Allah lebih hebat.Nampaknya jemaah lelaki yang boleh dilantik jadi imam kenalah bersedia sentiasa. Sentiasa memperbaiki diri kepada tahap yang lebih baik untuk melayakkan diri menjadi imam.Jemaah wanita masih dapat mengekalkan aktiviti bertadarus sepanjang tahun hingga ke bulan puasa.

Mudah-mudahan Imam Muda kami ini sempat mengimamkan jemaah semua sehingga Hari Raya nanti. tahun. Jom.... sama-sama rebut peluang mencari pahala yang berganda-ganda di bulan mulia ini.

Monday, August 2, 2010

Menunggu Ramadhan

Salam Syaaban yang penuh barakah,

Kita semua telah melalui Rejab dan menghampiri penghujung bulan Syaaban dan tak berapa lama lagi Ramadhan akan menjelma. Alhamdulilah ramai antara kita berpeluang berpuasa sejak dari Rejab hinggalah ke penghujung Syaaban ini. Ramadhan bukan saja istimewa kerana puasa dan solat sunat tarawikh malah dia diserikan dengan malam Lailatu Qadarnya. InsyaAllah kalau umur kita masih ada dapat mengerjakan ibadat puasa di Ramadhan ini. Walau pun masanya tidak tinggal berapa hari lagi namun apa pun boleh terjadi.

Puasa:

Awam : Hanya menahan lapar dan dahaga. Menahan makan dan minum saja. Dia melakukan pantang larang puasa, melakukan yang makruh dan dosa. Puasanya kosong, tidak bermakna, tidak mendapat perhatian Allah.

Khas : Menahan segala larangan puasa, segala dosa, segala yang makruh dalam puasa, dan segala keinginan nafsu.

Khusus: (1) Menahan segala larangan puasa, segala dosa, segala yang makruh dalam puasa dan segala keinginan nafsu.

(2) Banyak mengerjakan amal ibadat siang dan malam seperti sembahyang sunat, banyak beristigfar dan bertaubat, banyak bertasbih, bersalawat, berzikir, berdoa dan membaca Alquran.

Mudah-mudahan kita semua akan dikurniakan kesihatan untuk menjalani ibadat puasa di bulan mulia ini.

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak....