Followers

Sunday, April 25, 2010

ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA....

Salam untuk semua.

Menghadapi detik kehilangan seorang yang kita kasihi dalam hidup opah adalah satu cabaran yang sungguh sukar untuk dilalui. Walau pun pernah kehilangan orang-orang yang kita kasihi sepanjang hidup tidak sama rasanya kehilangan seorang yang bernama suami, seorang insan yang pernah berkongsi segala rasa suka dan duka sepanjang 31 tahun lebih bersama opah.

Sesungguhnya apabila tiba saat itu tidak akan ada yang boleh berundur atau terdahulu dan ianya sangat tepat pada waktunya. Sebagai hambanya opah redza apa yang telah ditakdirkan.
Suami opah telah kembali ke rahmatullah pada Hari Jumaat 16 April 2010 jam 3.23 minit dan alhamdulillah telah selamat dikebumikan pada 17 April 2010. Mudah-mudahan rohnya akan dicucuri rahmat sentiasa. Bersyukur pada Allah SWT dan terima kasih untuk semua.

Tuesday, April 13, 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah syukur pada Allah saya masih lagi berpelulang merasai nikmat kurniaaNya pada hari ini 13 April 2010. Mudah-mudahan sentiasa mendapat rahmat dan hidayatNya bagi meneruskan hidup yang belum tentu bila akan sampai penghujungnya.