Salam untuk semua.
Menghadapi detik kehilangan seorang yang kita kasihi dalam hidup opah adalah satu cabaran yang sungguh sukar untuk dilalui. Walau pun pernah kehilangan orang-orang yang kita kasihi sepanjang hidup tidak sama rasanya kehilangan seorang yang bernama suami, seorang insan yang pernah berkongsi segala rasa suka dan duka sepanjang 31 tahun lebih bersama opah.
Sesungguhnya apabila tiba saat itu tidak akan ada yang boleh berundur atau terdahulu dan ianya sangat tepat pada waktunya. Sebagai hambanya opah redza apa yang telah ditakdirkan.
Suami opah telah kembali ke rahmatullah pada Hari Jumaat 16 April 2010 jam 3.23 minit dan alhamdulillah telah selamat dikebumikan pada 17 April 2010. Mudah-mudahan rohnya akan dicucuri rahmat sentiasa. Bersyukur pada Allah SWT dan terima kasih untuk semua.
6 comments:
Takziah buat opah..semoga tabah menghadapi ujian dari Allah dan mudah-mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh suami Opah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
takziah buat opah dan keluarga. alfatihah
Salam buat Tirana dan Ibu Guru, terima kasih atas ingatan dan doa Amin.
Salam takziah Opah..Saya pun tak sanggup klw hilang org kesygn lbh2 lagi org yg tidur disebelah kita stiap hari. Al-fatihah. smoga arwah damai di sana.
Salamm takziah opah & keluarga.
semoga dia ditempatkan bersama org2 yg beriman...
semoga opah & keluarga tabah..
Salam buat Fazemy dan kakyong , terima kasih atas ingatan dan doa.Allah telah mengambil haknya mudah-mudahan dia mendapat yang terbaik di sana...Amin.
Post a Comment