Followers

Tuesday, September 28, 2010

Cucu kedua

Alhamdulillah pada 19 hb september lepas jam 3.30 pagi menantu opah selamat melahirkan anak pertama atau cucu kedua opah dan cucu pertama perempuan, seorang bayi perempuan seberat 3.2 kg.Ia dilahirkan secara normal dan telah dibenarkan pulang ke rumah walau pun masih dirawat sebagai pesakit luar di klinik terdekat akibat penyakit kuning.
Akmal
Mudah-mudahan kesihatannya akan bertambah baik. Rasanya melihatkan tangan dan tapak kaki ditusuk jarum untuk pemeriksaan darah memang menyakitkan.

Macam-macam petua yang dicadangkan untuk mengatasi penyakit ini. Opah belum ada pengalaman sendiri yang serius pasal penyakit ni.
Akmal2
Syukur alhamdulillah akhirnya selepas 2 hari bermalam di hospital Seberang Jaya dan Bukit Mertajam akhirnya Anna Althafunnissa' kami dibenarkan pulang. Sekarang Muhammad Aliff Daniell sudah ada sepupu. Keduanya masih di rumah bisan opah lebih kurang 2 km saja dari rumah opah.

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya Puasa 6

Selamat Hari Raya untuk yang berpuasa selama 6 hari lepas. Alhamdulillah mudah-mudahan Allah menerima ibadat kita yang sangat sedikit itu. Bagi yang belum cukup enam hari boleh menambah lagi asalkan jangan memasuki bulan zulqaedah sudahlah.

Rasanya takpayah ceritalah kelebihan puasa 6 ini. Zaman opah muda atau kecil dulu hanya orang tua-tua saja puasa 6. Mungkin tak tau fadilat atau iman yang tak begitu kuat liatnya nak puasa. Sekarang segala macam maklumat, ilmu pengetahuan dapat diketahui melalui ceramah, tv buku-buku, majalah melalui internet tak payah ceritalah segala macam benda ada cuma hendak dan tak hendak saja.

Selalunya yang awal itu yang terbaik syaratnya betul-betul ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah nak lawan nafsu ketika orang lain sedang menikmati pelbagai juadah memanglah payah. Bila iman sudah memasuki zonnya hanya satu untuk Allah anda akan jadi begitu kuat dan rasa hebat untuk melawan nafsu. Bukan nafsu makan saja nafsu segalanya yang akan memelihara perajalanan puasa itu sendiri untuk mendapat pahala penuh tanpa diganggu nafsu amarah, nafsu nak mengumpat atau lain-lain yang sewaktu dengannya.

Jom puasa lagi Isnin dan Khamis..... sebagaimana seronok nak makan dan beraya. Mudah-mudahan dengan berpuasa kita jadi lebih taqwa lebih insaf dan lebih dekat dengan Allah SWT.

Saturday, September 4, 2010

SALAM AIDILFITRI DARI OPAH

Kepada pengunjung-pengunjung blog Memori Opah, Opah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri....Opah juga ingin memohon ampun dan maaf andaikata ada terasalah bahasa yang tertulis selama berada di alam cyber ini.
Selamat Hari Raya dari Opah!

p/s: Terimalah kad raya yang tidak seberapa dari Opah...