Selamat Hari Raya untuk yang berpuasa selama 6 hari lepas. Alhamdulillah mudah-mudahan Allah menerima ibadat kita yang sangat sedikit itu. Bagi yang belum cukup enam hari boleh menambah lagi asalkan jangan memasuki bulan zulqaedah sudahlah.
Rasanya takpayah ceritalah kelebihan puasa 6 ini. Zaman opah muda atau kecil dulu hanya orang tua-tua saja puasa 6. Mungkin tak tau fadilat atau iman yang tak begitu kuat liatnya nak puasa. Sekarang segala macam maklumat, ilmu pengetahuan dapat diketahui melalui ceramah, tv buku-buku, majalah melalui internet tak payah ceritalah segala macam benda ada cuma hendak dan tak hendak saja.
Selalunya yang awal itu yang terbaik syaratnya betul-betul ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah nak lawan nafsu ketika orang lain sedang menikmati pelbagai juadah memanglah payah. Bila iman sudah memasuki zonnya hanya satu untuk Allah anda akan jadi begitu kuat dan rasa hebat untuk melawan nafsu. Bukan nafsu makan saja nafsu segalanya yang akan memelihara perajalanan puasa itu sendiri untuk mendapat pahala penuh tanpa diganggu nafsu amarah, nafsu nak mengumpat atau lain-lain yang sewaktu dengannya.
Jom puasa lagi Isnin dan Khamis..... sebagaimana seronok nak makan dan beraya. Mudah-mudahan dengan berpuasa kita jadi lebih taqwa lebih insaf dan lebih dekat dengan Allah SWT.
4 comments:
Salam Opah...
Moga Opah sihat sejahtera hendaknya..
Berterus-terusan menyediakan bekalan untuk kita kembali kepada~NYA...
Salam En. Razak
Harap sihat juga bersama keluarga.
InsyaAllah sama-sama mencari keredhaan Allah.
salam opah...
blog opah dah lawo skrg... nampak pro... tahniah..
kakyong Insya Allah minggu depan akan mula puasa 6.. pastu ganti puasa.. x leh lambat2 nanti lupa plus malas...
Alhamdulillah kakyong blog orang lama, ok laa tu janji dapat tunaikan 6 hari dalam bulan syawal.
Post a Comment