Followers

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah untuk semua dan akhirilah tahun ini dengan doa akhir tahun pada akhir waktu asar sebelum masuk waktu maghrib dan mulakan tahun hadapan dengan doa awal tahun lepas maghrib nanti. Semoga kita sentiasa mendapat pengampunan rahmat dan hidayat dari Allah sentiasa.

Hampir sebulan lepas opah agak sibuk dengan kehadiran sepasang cucu baru dari anak pertama dan kedua opah. Alhamdulillah dan bersyukur keduanya semakin sihat selepas kena penyakit kuning pada peringkat awal kelahiran. Pelbagai petua untuk menyembuhkan penyakit ini tapi yang pasti Opah pulangkan semuanya pada Allah kerana selepas puas berikhtiar Dialah peyembuhnya.

Bersama melakukan yang terbaik untuk mengakhiri tahun ini dan memulakan tahun baru Hijrah 1432

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamulaikum Opah...

Moga opah sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat Allah..

Salam Maal Hijrah..

Opah said...

Assalamualaikum En. Razak harap anda sekeluarga juga dalam rahmat Allah.

Myza Pesona said...

Salam Maal Hijrah untuk Opah dan keluarga. Tahniah di atas kelahiran kedua org cucunda baru! Tahniah juga untuk kedua-dua anak Opah di atas kelahiran cahayamata baru!

Opah said...

Terima kasih Myza, alhamdulillah.