Followers

Monday, July 4, 2011

Salam Syaaban yang mulia bagi semua. Kita telah melepasi 27 Rejab yang penuh dengan sejarah pengembaran Rasululullah malam Israk dan Mikrajnya. Kini Syaaban datang lagi. Alhamdulillah Allah masih memberi peluang pada opah dapat merasai bulan yang dikenali sebagai bulan Nabi ini.Mudah-mudahan Allah panjangkan umur opah untuk merasai Ramadhan AlMubarak yang tidak sampai beberapa minggu lagi.

Sepanjang masa dari 27 Rejab hingga ke akhir Rejab opah berpeluang mendengar beberapa orang penceramah menceritakan mengenai peristiwa hebat ini. Kebanyakan cerita ini akan menceritakan apa yang dilalui Nabi semasa israk ini. Mendengarnya walaupun berulang-ulang kali tetap tak jemu kalau boleh mahu mendengar lagi dan lagi terutama ketika Nabi melihat dan memasuki syurga dan ketika Nabi melalui neraka jahanam (lalu saja bukan masuk neraka).

Cerita apa yang Nabi lihat di syurga dan di neraka menginsafkan kita dan Nabi juga mengingatkan kita terutama wanita, dikatakan hampir 3/4 dari penghuni neraka adalah wanita. Mudah-mudahan masih ada ruang untuk wanita mengubah angka ini menurun atau kalau boleh sifar terus. Apabila ditanyakan kepada Rasullullah kenapa ramai wanita yang akan menghuni neraka. Jawapannya kerana (1) Banyak mengumpat (2) Ingkari kebaikan suami.
Nabi juga berulangkali menyeru"Bersedekahlah, bersedekahlah wahai wanita!" Bersedekah mungkin untuk menghapuskan sebahagian dosa. Menjaga mulut dan tindak tanduk bersama suami tersangatlah penting (Selagi suami tidak bertindak dalam kemungkaran)

Walaupun ramai wanita disebutkan sebagai bakal penghuni neraka namun ketika Nabi sampai di Baitul Maqdis sekembali dari Israk bersama Jibrail, Nabi telah tercium haruman dari kuburan seorang yang wanita yang sungguh mulia bakal penghuni Syurga.Walaupun kubur tersebut berada di Mesir haruman kuburan Tukang Sikat (Masyitah) anak Firaun ini dapat dihidu oleh Nabi hingga di Masjidil Aqsa. Wanita yang mempertahankan imannya dan sanggup kehilangan anak dan suami serta nyawanya demi Allah SWT. Syukur alhamdulillah peluang bagi kita masih ada selagi masih bernafas. Selamat beramal..

No comments: