KEMATIAN |
Dari riwayat Muslim , Sabda Rasulullah "Ada pun segala binatang mendengar azab kubur" . Maknanya semua jenis haiwan dapat mendengar suara rintihan dan raungan dari dalam kubur. Tidakkah kita manusia berpeluang mendengarnya. Kata orang yang mengetahui hanya orang yang boleh menyimpan rahsia saja yang dianugerahkan kebolehan mendengarnya. Jadilah seperti haiwan yang hanya boleh dengar tapi tidak pernah mengongsikan pendengaran mereka dengan kita. Subhanallah1.... Nabi Allah Sulaiman tentu lebih mengetahui kerana beliau memahami bahasa haiwan
Satu lagi kisah yang patut jadi ingatan apabila beberapa ekor lembu tidak mahu lalu berhampiran kubur yang baru saja diabadikan seorang insan yang pada hayatnya tidak baik hingga menjadi tanda tanya pada tuan punya lembu tersebut.(cerita dari Tuan guru opah) Seorang alim telah memberitahu sebab-sebab keengganan lembu tersebut. Jika semua manusia dan jin diberi peluang mendengar semua aktiviti malaikat munkar dan nakir, rasanya tidak ada orang yang mahu mengorek liang dan menanam jenazah setiap kali ada kematian.
No comments:
Post a Comment