Assalamualaikum wr wb. mudah-mudahan kita semua dalam rahmat Allah SWT. Alhamdulillah dalam masa beberapa minggu lepas opah sempat menziarahi saudara, rakan dan bekas guru opah. Menghubungkan silaturrahim yang terputus puluhan tahun, menziarahi mereka yang Allah uji dengan kesakitan. Menginsafkan diri opah terasa sangat kecil, dengan kebesaran dan kekuasaan Ilahi.
Beberapa orang sahabat dan saudara telah pulang ke rahmatullah dulu akibat serangan kanser dalam masa beberapa bulan sahaja disahkan mengidap kanser.
Seorang anak buah yang memanjangkan Petua Untuk Memusnahkan Sel-sel kanser di status fb, opah panjangkan diblog ini untuk dimanafaatkan sekiranya ada yang ingin mencuba rawatan berdasarkan Ayat-ayat Alquran. Mudah-mudahan ada manafaatnya walaupun kita semua maklum kematian itu adalah janji Allah tidak akan tercepat atau terlewat walau pun sesaat. Sebagai hambanya kita mesti berusaha selagi boleh selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah.
Doa untuk musnahkan sel-sel kanser.
1. Beristigfar 10 kali
2. Selawat ke atas Nabi 10 kali
3. Alfatihah 1 kali
Sediakan sebotol air zam zam atau air biasa, buka dibaca dan ditiup kepada air tersebut.
Surah-surah yang dibaca,
1. Surah AlMaidah Ayat 82 hingga 91
2. Surah Al A'raf Ayat 70 hingga 81
3 Surah Ar Ra'd Ayat 16 hingga 28
4 Surah Al Anbiya' Ayat 38 hingga 50
5 Surah Assyura Ayat 185 hingga 227
6 Surah Azzumar Ayat 42 hingga 52
7 Surah Al Ghafir Ayat 67 hinggga 77
8 Surah Al Zukhruf Ayat 62 hingga 70
Selepas bacaan setiap surah di atas dihembuskan kepada permukaan air sebelum diberi pesakit itu minum.
Boleh dilakukan sendiri oleh pesakit jika dia mampu atau ahli keluarga terdekat atau sahabat handai. Boleh diminum atau disapu pada bahagian yang sakit.
Sejenis tumbuhan "belalai gajah" dikatakan mujarab sebagai penawar kanser. Direbus daunnya dan air rebusan tersebut digunakan untuk bacaan surah di atas sebagai doa.
Mudah-mudahan dapat dimanafaatkan dengan penuh keyakinan, yang menyembuhkan adalah Allah SWT sebagai hamba kita berusaha dan yakin akan kekuasaannya.
No comments:
Post a Comment