Followers
Saturday, October 18, 2014
SOLAT YANG HILANG
Assalamualaikum wr wb..opah sedang menonton Tanyalah Ustaz yang dihostkan Ustaz Roslan Muhammad.Sangat terkesan dengan tajuk Solat yang hilang. Aduhai sangat membimbangkan buat diri opah dan ingatan pada diri hambamu yang lemah ini. Hadis Sahih dari Saidatina Aishah RA maksudnya " Tiap sesuatu itu ada tiang serinya dan diri kita ini SOLAT adalah tiangnya dan tiang solat pula adalah KHUSYUK dan orang yang TERBAIK antara kita adalah orang yang TAQWA.
Bagi Ustaz Roslan solat kita taklah hilang yang hilang adalah Ruhnya Pahala dan Kemanisannya. Untuk dapatkan kemanisan solat tersebut kita disarankan
a. Kukuhkan hubungan dengan Tuhan dari awal solat hingga akhir.
b. Mengadu secara langsung dengan Tuhan.
c. Bermula dari Berwuduk dan memulakan solat merupakan pintu keampunan dari Allah.
d. Ketaqwaan kepada -menambahkan rasa Takut dan Kembali kepada Allah.
e. Berjemaah dapat mengukuhkan silaturrahim antara kita sesama kita untuk penyatuan ummah.
f. Untuk merasakan dekat dengan Allah ketika solat hayati bacaan dalam solat.
g. Dalam Solat juga kita boleh berhubung terus dengan Alquran kerana bacaan sepanjang masa kita melakukan ibadat solat dari awal hingga akhir.
Bukan solat yang hilang tapi ruh pahala dan kemanisannya yang sudah hilang kerana kemungkinan kita solat cukup lima waktu tapi tidak ada penghayatan dalam lain perkataan CINCAI. Orang yang akan mendapat kemanisan dan tidak hilang solatnya adalah orang yang solat cukup 5 kali sehari dan sangat berhati-hati sentiaswa menunggu waktu solat masuk. Ada juga yang solat mengikut waktu solat dan mengerjakan amalan dunia seiring. Minta dijauhkan ada orang lain tidak solat atau ada masa tertentu saja solat umpamanya ketika raya ,ketika dilanda masalah dan sebagainya. Siapalah kita untuk suku-suka hati menukar dan ubahsuai waktu solat yang telah Allah tetapkan Nauzubillah. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita semua supaya solat kita tidak hilang ruh, pahala dan kemanisannya... Aamin.
Tuesday, September 2, 2014
Kasih tanpa syarat.
Assalamualaikum wr..wb..
Sudah setengah tahun rasanya blog ini opah tinggalkan seperti orang meninggalkan rumah.Walaupun ada masa menjengah seketika tidak sama rasanya menulis sesuatu yang terdetik di hati untuk dikongsi menjadi iktibar bagi sesiapa saja.
Menyebut perkataan *kasih* selalunya kita akan mengingatkan kasih untuk pasangan kekasih saja saja. Apa yang kita tahu dulu, kini dan selamanya bukanlah semestinya satu kebenaran yang disahkan oleh sesiapa pun. Oleh kerana perasaan itu umum semua orang merasai maka ia menjadi sangat senang bercerita tentangnya.
Kasih sesama insan, kasih pada haiwan, kasih pada harta benda atau lebih khusus kasih pada dunia. Semua ini tak sama bagaimana hebatnya Kasih Allah SWT pada hambanya. Kita dapat merasai kasihnya dapat berbicara dengannya tanpa syarat. Semua rahmatnya telah bertahun sejak lahir kita rasai, yang sedihnya bagi opah sendiri macam mana susahnya nak ikhlaskan hati mengasihi dan menyintai Allah tanpa syarat. Mengingatinya samaada ketika susah atau senang.
Kasih kedua ibu bapa juga sangat hebat untuk anak-anak tapi belum juga dapat menandingi kasih Allah pada kita. Menunjukkan rasa kasih pada anak-anak yang belum tentu dapat membalas kasih itu dengan ikhlas atau menjanjikan apa-apa dan ramai ibu bapa yang tidak mengharap apa-apa balasan pun dari anak-anak. Selalunya mereka akan berdoa mengharapkan yang terbaik dari Allah SWT.
Kasih pasangan kekasih selalunya mahu mengakhirinya dengan perkahwinan tidak ada yang nak berkasih sampai tua dengan tidak berkahwin kalau ada pun mungkin kes terpencil dan mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan pasangan ini. Kalau kita ditimpa musibah dan ujian ada kalanya kita rasa kasih itu tergugat. Sebenarnya itulah tanda Allah kasihkan kita dan bersabarlah menghadapinya dengan berusaha mengaatasinya seterusnya menyerahkan pada ketentuan Allah.

Friday, August 22, 2014
Assalamualaikum wr...wb...
Rasa sangat rindu untuk menulis sesuatu di pondok opah ini. Rasa untuk berkongsi rasa dengan semua orang memang sentiasa ada walaupun pun bukan untuk semua perkara.Alhamdulillah opah masih di sini. Selamat Hari Raya dan maaf dzahir bathin dari opah untuk sesiapa saja yang tersesat ke pondok opah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)