Followers

Saturday, October 18, 2014

SOLAT YANG HILANG

Assalamualaikum wr wb..opah sedang menonton Tanyalah Ustaz yang dihostkan Ustaz Roslan Muhammad.Sangat terkesan dengan tajuk Solat yang hilang. Aduhai sangat membimbangkan buat diri opah dan ingatan pada diri hambamu yang lemah ini. Hadis Sahih dari Saidatina Aishah RA maksudnya " Tiap sesuatu itu ada tiang serinya dan diri kita ini SOLAT adalah tiangnya dan tiang solat pula adalah KHUSYUK dan orang yang TERBAIK antara kita adalah orang yang TAQWA. Bagi Ustaz Roslan solat kita taklah hilang yang hilang adalah Ruhnya Pahala dan Kemanisannya. Untuk dapatkan kemanisan solat tersebut kita disarankan a. Kukuhkan hubungan dengan Tuhan dari awal solat hingga akhir. b. Mengadu secara langsung dengan Tuhan. c. Bermula dari Berwuduk dan memulakan solat merupakan pintu keampunan dari Allah. d. Ketaqwaan kepada -menambahkan rasa Takut dan Kembali kepada Allah. e. Berjemaah dapat mengukuhkan silaturrahim antara kita sesama kita untuk penyatuan ummah. f. Untuk merasakan dekat dengan Allah ketika solat hayati bacaan dalam solat. g. Dalam Solat juga kita boleh berhubung terus dengan Alquran kerana bacaan sepanjang masa kita melakukan ibadat solat dari awal hingga akhir. Bukan solat yang hilang tapi ruh pahala dan kemanisannya yang sudah hilang kerana kemungkinan kita solat cukup lima waktu tapi tidak ada penghayatan dalam lain perkataan CINCAI. Orang yang akan mendapat kemanisan dan tidak hilang solatnya adalah orang yang solat cukup 5 kali sehari dan sangat berhati-hati sentiaswa menunggu waktu solat masuk. Ada juga yang solat mengikut waktu solat dan mengerjakan amalan dunia seiring. Minta dijauhkan ada orang lain tidak solat atau ada masa tertentu saja solat umpamanya ketika raya ,ketika dilanda masalah dan sebagainya. Siapalah kita untuk suku-suka hati menukar dan ubahsuai waktu solat yang telah Allah tetapkan Nauzubillah. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita semua supaya solat kita tidak hilang ruh, pahala dan kemanisannya... Aamin.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)