Followers

Tuesday, February 17, 2009

KES LANGGAR LARI

Salam kasih sayang untuk semua anak cucu opah, harap anda semua sihat seisi keluarga.Cerita kali ini untuk ingatan kita termasuk opah jugak sebab membawa kenderaan ni kena berhati-hati biar pun masuk kampung macam kampung opah ni. Seasiapa pun boleh kena jika alpa termasuklah opah.

Subuh hari Isnin lepas opah dan member-member surau opah terkejut besar melihat bumbung khemah depan surau kami sudah menyembah bumi. Apa hal pulak ni hujan tidak ribut pun tidak siapa yang bagi runtuh bumbung yang memang dipasang depan surau kami ni. Hasil soal siasat maka tahulah kami puncanya.

Seorang agen emas zulian dari kampung sebelah, belum sempat mulakan bisnes disebuah rumah jiran telah terlanggar salah satu tiang semasa nak berpatah balik. Difahamkan baru dapat lesen memandu.Terlanggar, dilanggar itu taqdir qadha' dan qadar Allah. Pemandu wanita tersebut terkejut apatah lagi bumbung tersebut telah menghentam bumbung kereta barunya. Nasib baik dia sempat keluarkan kereta dari bawah bumbung yang dah ranap ke bawah kerana tiangnya dah patah.Terkejut dengan keadaan itu dia terus balik ke rumah. Seorang ahli qaryah kampung kami yang nampak dan mengenalinya terus ambil tindakan kerumahnya malam itu dan memberitahu sang suami yang belum diberitahu lagi ketika itu.
Alhamdulillah sekarang dah selesai, suaminya datang membayar ganti rugi tiang yang patah pada Pengerusi Surau kami. Macam kes langgar larilah pulak. Bezanya ini surau hak orang ramai kalau di jalan raya dengan manusia lain pulak ceritanya. Siapa tak pernah silap dalam hidup ni beranikan diri mengaku kesalahan dan minta maaf. Kemarahan selalunya akan terpadam dengan Kemaafan.

6 comments:

Unknown said...

Salam buat Opah.

Kes langgar lari ini membuatkan hati saya sedih. Itu tiang khemah yang dilanggar pun dia sudah lari. Tahun lepas bulan Jun Biras yang dalam perjalanan pulang dari Penang ke Ipoh dengan motorsikal dilanggar lari. Meninggal sebelum tiba dihospital. Sehingga sekarang tidak tahu siapa yang melanggarnya.

Tirana said...

Dah buat silap kenalah bertanggungjawab kan Opah.. tapi saya rasa wanita tu terlampau terkejut hingga tenggelam punca..tak tau nak buat apa..

Sis Lin said...

ishh x ptut jgk tu dia lari kan...walaupun tiang tp hak org ramai kerjakn ibadah,x fikir ke dia?tp mgkin dh terlalu gugup dn terkejut agknye sal tu dia larik....

Opah said...

Salam untuk semua, Ta'ziah pada keluarga biras En. Din tu, orang tak nampak tapi Tuhan nampak perbuatan dia tu.Hukuman dunia bolehlah lepas.

Kita semua kat kampung ni pun faham situasi dia masa tu. Jiran kita pun tp lain kali maklumkan pada sesiapa yang ada kat situ kalau tak dapat hubungi ketua kpg.

DrSam said...

salam,
kesian siajen Zhulian itu. mesti masih trauma dan terkejut belum habis lagi.

memang bermaaf-maafkan dituntut didalam agama kita.

Opah said...

Betullah tu Dr. Sam kita semua faham driver baru, opah dulu pun siap langgar tiang rumah lagi.