Followers

Friday, February 27, 2009

PUSAT PENGAJIAN OPAH

Salam untuk semua,

Opah harap semua anak cucu opah Allah dikurniakan kesihatan dan keselamatan dan petunjuk Allah sentiasa. Opah dah lama menanam hasrat nak bercerita tentang tempat pengajian opah tapi baru sekarang baru dapat, hanya untuk dikongsikan. Ianya terletak agak ke dalam sedikit lebih kurang 8 km dari BM atau Bukit Mertajam. Ada dua pusat pengajian kat sini dikendalikan oleh dua orang Ustaz, Ustaz Abu Bakar dan Ustaz Mutalib. Pada hari Jumaat, kuliah pengajian di Kubang Semang -Ustaz Abu Bakar. Pada hari Sabtu, di Kampung Petani -Ustaz Mutalib. Kedudukan dua pusat pengajian ini berdekatan dipisahkan oleh lebuhraya Butterworth -Kota Baru.

Pelajaran yang diajarkan sama saja antara keduanya, cuma cara penyampaian saja berlainan mengikut pendekatan masing-masing.Kuliah yang diberikan untuk Hadis, Tafsir,Tasauf dan Usul Fiqh Kuliah pengajian bermula pukul 8.30 hingga 11.00 pagi. Kitab-kitab yang digunakan Minhajulabiidn, Baghiatul tullab dan Tafsir Nurul Ihsan.

Ustaz Abu Bakar akan memulakan sessi awal dengan bacaan doa dan memilih satu hadis setiap minggu untuk kupasan lanjut selama lebih kurang 20 minit. Kemudian menyambung kuliah tafsir lebih kurang 40 minit, diteruskan kuliah usul Fiqh.Ustaz akan membaca kitab-kitab yang opah sebut tadi sambil membuat kupasan memberi contoh yang berkaitan dengan tajuk. Ustaz akan merujuk kitab dan kita semua membaca bersama kitab masing-masing. Kita semua boleh bersoal jawab dengan ustaz kalau ada masalah hantarkan secara bertulis bagi kaum wanita.Kuliah ditamatkan dengan bacaan Yassin dan doa setiap minggu.Air doadari bacaan Yassin disediakan di surau sesiapa saja boleh mengambil untuk penerang hati, penyembuh penyakit dengan izin Allah. Kuliah pada pagi Ahad juga diadakan khas untuk orang yang masih bekerja.

Pusat pengajian keduanya bukan saja menyediakan pengajaran untuk pesara macam opah tapi untuk remaja lelaki juga boleh belajar di sini sepenuh masa. Dulu dikatakan Sekolah Pondok . Pondok dah tak ada tapi rumah panjang lengkap dengan keperluan asas disediakan untuk penuntut dewasa dan remaja ini.Surau ditengah ,dewan terbuka, rumah panjang dan kediaman ustaz. Kerusi disediakan. Penuntut dewasa boleh menderma mengikut kemampuan untuk kuliah ini tidak dipaksa, setiap minggu.

Pusat pengajian Ustaz Mutalib terdapat masjid yang lebih besar, ada hotel Nahdhoh Inn . Pelancong yang memerlukan penginapan semasa ke sini boleh datang di Nahdhoh Inn. Bezanya di sini tidak ada rumah panjang. Kelas fardhu ain untuk anak-anak sekolah rendah disediakan setiap hari dari 5.30 petang hingga lepas solat Isyak berjamaah Isyak di Masjid, lebih kurang 9.00 malam

Di kedua-dua pusat pengajian ini menyediakan tapak jualan untuk sewaan dengan harga rm10 satu tapak. Berbagai jualan pada kedua hari tersebut bermula dari 7.30 pagi hingga 11.00 t. hari. Dari makanan, ikan dan sayur, pakaian ubat-ubatan lebih kurang macam pasar malam atau pasar tani. Orang ramai yang hadir bukan saja dapat belajar ilmu, siap membeli-belah kuih muih dan lauk pauk lagi. Kebanyakan penuntut ilmu dari daerah Seberang Perai, Tanjung (Pulau) Kedah Selatan dan Perak Utara.Setiap hari Jumaat dan Sabtu pekan Kubang Semang akan sesak dengan kenderaan yang membawa ribuan penuntut ilmu.

Inilah cerita opah tentang pusat pengajian kat tempat opah mudah-mudahan Allah sentiasa gerakkan hati kita untuk menambah kebaikan dan membuang keburukan kita setiap hari, Amin.

9 comments:

Unknown said...

Salam opah,

terima kasih opah berkongsi hal pengajian.. sedih pulak sbb dah lama tak ikut mana2 pengajian @ kuliah.. kdg2 jeles dgn makbonda (mak saya), sbb selalu dpt ikut kuliah di surau.. surau tu di tmn sebelah.. saya ni pulak bila malm ajer, suami selalu takde kat rumah sbb mengambil brg2 utk niaga..

Opah said...

Salam buat kakyong,

Takpa kakyong sekarang kalau nak ikut selalu mungkin tak dapat cubalah sebulan sekali mana-mana surau terdekat yang boleh kita bawa anak bersama.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Opah,

Saya tumpang gembira atas usaha mulia Opah ini. Saya tinggal di Shah Alam, jauh nak ke sana.

Apa apa pun saya doakan Segalanya akan berjalan dengan baik dan ramai yang akan dapat mengambil menafaat dari Pusat Pengajian Opah ini. InsyaAllah.

Opah said...

Salam untuk Puan,terima kasih sudi ke blog opah.Pusat ini tempat opah mengaji bersama rakan-rakan di sini diusahakan oleh dua tokoh yang opah ceritakan itu. Alhamdulillah pusat ini bukan saja tempat menimba ilmu tapi ada juga aktiviti ekonominya untuk peniaga kecil.

Sis Lin said...

Bagus tu Opah,Lin kt sini pun selalu ikut kelas fardhu ain,tp cikgu yg mengajar tu sakit,lama dh x de kelas,skrg tgh sibuk dgn persiapan utk maulud di surau...cmne dgn tmpt Opah,sibuk jgk x?

Opah said...

Salam Lin,
Kat surau opah ni ada 4. 3 orang ustaz dan seorang ustazah pada hari yang berlainan, Alquran dan Tajwid, Hadis dan Sirah dan Fardu Ain. Lepas solat Maghrib hingga lepas isyak pukul 10 kami jemaah perempuan bertadarus, seorang baca yang lain tolong semak dan betulkan tajwid dsbnya. Sibuk jugalah sekarang ni nak sambut Maulud pulak samalah macam Lin jugak

Sheikh Helmi said...

alhamdulillah... ilmu bermanfaat utk bekal kita ke sana kan Opah... tq 4 ur reminder...

umi_ufairah said...

Opah, betul ke pengajian ust Mutalib tu, ribuan penuntut ilmu yang hadir. saya dengar cerita ni dari bonda saya yang mendapat cerita dari kawan-kawannya. Bonda saya ada ajak saya ke sana bila-bila senang nanti tapi opah tahulah... nanti kalau di izin allah kami akan ke pengajian ust mutalib. Dulu ada juga saya dan suami ke sana-sini (dekat-dekat rumah sekeliling kampung) mengaji, bawa anak kecil sampai tertidur-tidur tapi bagi saya, kan opah, biar tertidur di kelas pengajian dari tertidur depan TV.

Opah said...

Salam buat Umi, betullah tu memang ribuan muridnya, kalau keadaan dah mengizinkan datanglah ilmu yang baik kita mencarinya. InsyaAllah opah akan doakan untuk suami dan umi agar cepat sembuh apatah lagi malam ini awal Rejab.. mudah-mudahan Allah akan makbulkan doa kita.