Assalamualaikum.. wr..
Baru-baru ini seluruh umat Islam serata dunia menyambut Hari keputeraan dan kewafatan Nabi kita Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiulawal lepas bertepatan pada hari Isnin.Ramai antara kita berpuasa sunat pada hari yang kebetulan hari bersejarah bagi umat Islam.
Di surau opah turut mengadakan Majlis Maulid tersebut. Sambutan secara sederhana dengan majlis ceramah dan sedikit jamuan ringan.
Di sini opah nak kongsikan apa yang Penceramah jemputan dari PUZ negeri Pulau Pinang itu sampaikan pada petang itu. Antara perkara yang beliau sentuh adalah bagaimana hendak mencontohi Rasulullah MAKAN....Kalau kita sayang dan kasih kepada Rasullullah contohilah perkara yang semua orang lakukan setiap hari...Beliau menyenaraikan bagaimana Rasullulah menjamah rezkinya setiap hari, menggunakan 3 jari, tidak membuang makanan yang jatuh dari pinggan,makan dan basuh jika dikhuatiri najis(Firaun juga tidak membuang makanan yang jatuh)makanan yang terjatuh itu mungkin disitulah keberkatannya, mengambil makanan paling hampir dulu, menjilat kesemua jari selepas habis makan - hisapan itu akan menghancurkan lagi bahan makanan kita tadi dengan lebih sempurna. Inilah antara yang opah ingat rasanya di luar sana pun ramai yang boleh senarai lebih lagi boleh kita kongsikan bersama.
Dalam satu lagi kuliah , Ustaz Abu Bakar menyatakan Jabir b. Samurah menyatakan,
1. Sesiapa yang hafaz 40 hadis selepas walat Nabi. Beramal dengan hadis itu ia akan menjadi rakan Nabi di dalam Syurga nanti.
2. Sesiapa yang membelanjakan hartanya untuk menuntut ilmu yang bermanafaat juga tidak ketinggalan akan bersama Rasulullah nanti.
3. Sesiapa yang membaca setiap kali selepas solat Surah AlIkhlas sebanyak 11 kali disamping mengamalkan memelihara imannya juga akan bersama Rasululullah nanti.
4.Tidak ketinggalan sesiapa yang duduk dalam malis ilmu dan tazkirah dan memanafaatkannya akan berpeluang bersama Rasulullah nanti di Syurga.
Opah harap pada diri opah sendiri kita semua boleh merebut peluang ini bersama selagi hayat masih ada.
6 comments:
tersedar dr lena membacanye...
itu la,kita ni makan x ingt aturan,dgn 3 jari saje rezki dtg bergolek,tidak membazir,tp skrg makan dgn nafsu,membazir dh jd 1 tabiat...aduhaii kena la praktik kan mula lakukan....terima kasih opah..
SALAM OPAH..
sangat bagus info ini.. jadi ingatan utk diri kakyong ni.. byk yg tahu buat tapi tak diamal.. tu le kdg2 kena ketuk sket pala.. heheh.. makasih opah!
Salam Lin dan kakyong,
Samalah opah pun tapi ingat mengingat tu elok juga kan? Opah bukan apa takut kita ni(opah sendiri) keinginan dunia tu kadang-kadang sampai tak sedar diri......
Betul tu opah.. sharing is caring...!
salam Opah,
terimakasih kerana berkongsi ilmu yang bermunafaat ini. Semoga membawa keberkatan.
Salam Dr. Sam, mudah-mudahan kitaselalu mendapat rahmat hidayat dan barakah dariNya dengan ingat mengingatkan.
Post a Comment