Salam Raya masih segar lagi meskipun Raya Pertama dah lepas jauh, Raya ke Enam juga sudah berlalu. Bahang raya masih ada dengan rumah terbukanya di sana sini.
Selepas kesibukan raya, adalah masa sikit buat opah menziarah dan bertandang da beraya ke alam maya. Kalaulah dapat kita selami dan turut merasai semua rasa sahabat handai kita semua maka amanlah dunia. Tak adalah yang terkecil hati dengan luahan bicara sesama kita.
Dalam suasana keseronokan berjumpa sahabat handai dan anak buah kadang-kadang kita terlepas bicara tertanya soalan-soalan sensitif yang mencetuskan rasa kurang senang di kalangan kita.
Opah pun sama maklum manusia biasa, ada jugalah anak buah yang mengadu.
" Orang mana ada calon dah tanya bila nak kenduri, nak kawin, ni yang bengang ni......" Itulah antara soalan yang kurang disenangi oleh orang yang tidak ada calon lagi terutama anak gadis yang dah berkerjaya. Mungkin bagi setengah orang benda ni tak ada apa pun, katakan yang sebenarnya.
Satu lagi teguran, dah besar dah tinggi, melibatkan bentuk fizikal remaja tersebut, gemuk kurus, hitam putih atau lainnya dia dari kakak dan abang dia...(mungkin kakak dan abang putih lah tu....)
Lepas tu mulalah yang kena tegur ajak balik awal dan tahun depan dia malas nak beraya rumah tersebut.Tidaklah susah sangat secara spontan kita nak cari soalan yang tak menyakitkan hati orang lain.. betul tak? Mungkin boleh tanya dah habis belajar? kat mana sekarang? dah kerja ke belum?
Itulah antara yang opah boleh kongsikan sebenarnya banyak tapi opah rasa semua orang tau.... dan sedar pun.Cuma nak ingatkan diri sendiri, itu yang penting.
2 comments:
Opah...nak dkt2 raya haritu saya rasa malas sgt nk blk kampung. Bosan dgn soklan "bila nak ada anak?". Saya titipkan dlm doa masa bln ramdhan haritu..alhamdulillah soklan yg saya agak org akn tanya tu takde sape pun tanya. Tak tahulah sbb berkat doa ke apa. mmg takde sorg pun tanya. sdgkn ra,ai saya jmpa haritu. ada yg saya baru tgh pregnant..tp mereka umpama memahami tak tanya saya soalan tu lg. tahun lps saya siap dpt duit raya org bg unt anak saya. sedih.
Tu laa opah dah kata memang banyak soalan cepu mas tu lagi yang opah tulis tu sikit je. Alhamdulillah, doa itulah senjata orang yang beriman.Insy... dah sepanjang Ramadhan berdoa tentunya termasuklah malam Lalilatul Qadar, pasti ada rezki tu opah doakan juga.
Post a Comment