Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia.. Walau pun kita sedang menjalani ibadat puasa semangat untuk menyambut kemerdekaan tetap ada.
Sebagai orang kampung lain, kampung opah turut sama menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan semalam dengan cara tersendiri. Bagi kampung kami sebaik tamat saja solat tarawih satu majlis bacaan yassin dan doa selamat diadakan.Selepas itu semua jemaah dihidangkan dengan nasi daging - sup -daging rebus dan air asam tomato.
Dalam masa menunggu jam 12 malam satu ucapan dari Ajk JKKK bagi mengenang kembali sejarah kemerdekan dan memupuk semangat perpaduan dan akhir sekali membacakan tentang 7 wasiat Raja-raja Melayu. Lagu-lagu patriotik juga diperdengarkan.(Tiada tayangan filem patriotik tahun ini.Seperti tahun lepas caranya tetap sama mengira detik, menyanyikan lagu negaraku dan menaikkan bendera.
Permainan dan lontaran bunga api paling mereka suka, dalam masa dan jumlah yang terhad saja. Semua penduduk walau pun berbeza fahaman politik turut hadir bersama jemaah yang bersolat untuk memeriahkan lagi suasana di samping dapat mengajar generasi muda menghayati dan menghargai kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Merdeka... merdeka...merdeka...
5 comments:
bagus cara kampung opah celebrate merdeka ye...macam nieh baru best...dr buat konsert kan?
best nye opah..mcm nak join je nnt.betul tu pires..lagi baik dari wat konset kan...
Salam Ramadan dan salam Merdeka buat cHeRyNa dan ateh, opah pun rasa gitu jugak inilah yang terbaik untuk anak cucu yang tak tau apa-apa lagi supaya merdeka bagi mereka bukanlah perbarisan dan konsert saja tapi patut bersyukur dan menghargai nikmat kemerdekaan itu sambil mendengar atau memahami sejarah kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. Semua aktiviti hanya dijalankan di surau di tengah-tengah kampung saja. Ateh kalau nak join jemput datang insy... tahun depan pulak
Opah
salam Ramadhan & Salam kemerdekaan
menarik lah aktiviti kejiranan sekampung opah..
sedap juga hidangan nasi daging tu.. lama dah tak makan... ish.. terliur bagai terasa di lidah... :)
Salam kak yong,bulan puasa memang gitu... jemputlah raya nanti ke BM ni.....
Post a Comment