Followers
Friday, October 23, 2009
TUGAS ISTERI
Salam semua.
Hari ni Jumaat jadual opah mengikuti kuliah agama.Dah 2 minggu Ustaz menghuraikan terjemahan surah AlBaqarah Ayat 232 mengenai perkahwinan, cerai dan talak.
Ada satu cerita, sebenarnya hadis yang dah diriwayatkan dan disampaikan melalui Ustaz Abu Bakar.
Seorang wanita yang ramai peminat di zaman Nabi telah dipinang oleh ramai orang, tidak dapat menerima satu pun lelaki itu untuk dijadikan jodohnya. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu Rasulullah dan bertanya apakah tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya?
Rasululullah pun bersabda, "Jika suami kamu berpenyakit dan tubuhnya diselaputi nanah dan berkudis kamu jilati kesemua kekotoran itu , seluruh tubuh, belum lagi habis tanggungjawab kamu terhadapnya".
Jawab wanita itu " Kalau begitu biarlah aku tidak berkahwin hingga mati".
Taati perintah Allah dan suami selagi tidak bercanggah dengan hukum.... Syurga ganjarannya.
Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Syurga seorang isteri terletak di atas keredhaan suami.
Salam Opah.....
Bukan mudah nak pegang tanggungjwb sbg seorg isteri,kan. Kene byk sabar.....
:)
Post a Comment