Salam untuk semua.
Tiba-tiba saja opah rasa nak tulis pasal pantang larang orang Melayu atau Islam dan Melayu dalam ketika tertentu kehidupan mereka. Ini hanya untuk ingatan anak menantu, cucu dan opah sendiri. Ada yang memang opah setuju sangat. Ada yang tak berapa setuju tapi boleh terimalah. Ada banyak kaitan antara pantang larang dengan tegahan agama kita yang mulia.
Tegahan atau pantang larang semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan apa yang akan berlaku pada kandungan. Ibu dan ayah perlu berhati-hati dengan kata-kata dan tindak tanduk semasa menanti kedatangan orang baru. Agama kita menganjurkan sentiasa banyakkan bacaan alquran solat hajat, zikir dan lain-lain ibadat menjuruskan kapada doa khas menyambut kedatangan bayi dan mudahkan kelahirannya.Bukan saja kita sentiasa dianjurkan berdoa untuk kemudahan bersalin saja tapi mudah ketika mengandung dan memelihara bila dia dah dilahirkan nanti.Mudah-mudahan dengan doa dan ibadat itu kita terelak atau dilindungi dari alahan yang terlampau.
Jauhilah perkara yang ditegah dan dilarang kerana sesungguhnya doa orang yang berdosa payah diterima Allah.Sekiranya melalui ruangan yang berhalangan, buangkan atau permudahkan perjalanan tersebut sama seperti kita berdoa dan mengharapkan kemudahan untuk melahirkan bayi yang dikandung.
Elakkan mandi tanpa kain basahan, ini menghalangkan malaikat yang sentiasa menjaga kita menghindarkan diri dari kita. Sekali kita berkeadaan begitu dia tidak akan melindungi kita lagi selama 40 hari (Malaikat sangat pemalu dia tak sanggup tengok manusia yang tak pemalu dan pemalas). Apabila kita berziarah ke rumah orang atau menginap di hotel pastikan bawa kain basahan kalau tidak, malaikat tak hampiri kita. Itu yang menyebabkan kadang-kadang kita mudah di rasuki iblis....Pastikan bilik air di rumah kita ada kain basah, jangan nak cepat mandi cowboy iblis tumpang ribuan kaki bukan sekaki.
Jika makan nasi berlaukkan daging jangan dimakan bersama ikan. Akibatnya jika berubat lambat sembuh dan kemungkinan dihinggapi penyakit sopak. Sejauh mana kebenarannya pun tidak pula kita ketahui. Kalau ada yang ingin membuat ujikaji cari penawarnya dulu...Opah pun tahu selepas berkahwin dan tinggal bersama ibu mertuaku...
Sebenarnya ada banyak lagi pantang larang ni contoh anak dara tak baik duduk di pintu, nyanyi kat dapur, makan dalam periuk, duduk di atas bantal, menyabung kaki, jangan membuang kuku pada malam hari... memanglah suasana kurang terang kemungkinaan luka nanti.Pantang larang yang paling teruk opah pernah dengar adalah pantang ketika selepas bersalin.Bermacam-macam mengikut petua keluargalah , negerilah atau suku-sakat kaum.Kadang-kadang seronok juga dikalangan orang Melayu yang ada pelbagai suku kaum dari pelbagai negeri pulak bermacamlah pantang larangnya. Semuanya untuk kebaikan terutama dalam memilih lauk untuk ibu-ibu yang dalam tempoh berpantang.Ayat-ayat keramat nanti terkancing gigi kalau salah makan atau turun darah sering digunakan oleh opah-opah zaman dulu.
4 comments:
opah,
betul tu.. kdg2 ade sebab2 nya pantang larang org2 dulu kan..
saya ni buat mana yg mampu jer..
kalo rasa mcm mengarut jer, memang tak terikut ler..
cthnya, saya tak pernah letak kacip @ gunting bawah bantal spjg berpantang..
kak yong ,
opah pun gitu jugak tengok padan patutlah kalau nak ikut pun...
opah,
lada hitam klu d makan bny pun anak akan cirit-birit kan..kalau minum air halia bny tak pe ke?...
dan de tak resepi dlm b'pantang..yealah kalau salah makan kang anak yg meragam.lps tu bg minum greadwater pada anak dlm b'pantang leh ke..sbb pe nak m'gelakkan anak dr kembung perut..
opah,
lada hitam klu d makan bny pun anak akan cirit-birit kan..kalau minum air halia bny tak pe ke?...
dan de tak resepi dlm b'pantang..yealah kalau salah makan kang anak yg meragam.lps tu bg minum greadwater pada anak dlm b'pantang leh ke..sbb pe nak m'gelakkan anak dr kembung perut..
Post a Comment