Followers

Monday, May 3, 2010

KENDURI DAN CENDERAHATI

Salam buat semua.

Musim kenduri masih berlarutan dari minggu hingga ke minggu. Kenduri orang dulu tak sama dengan kenduri hari ini. Seronok mengimbas kenangan makan kenduri waktu kecil dulu. Buah tangan jemputan ketika itu bahan makanan juga paling terkenal adalah gula pasir yang diisikan di dalam mangkuk tingkat bertangkai.

Mangkuk tingkat atau "sia" ini akan diisikan nasi minyak kenduri dan gulai daging cincang bercampur kacang panjang warnanya hampir hitam kerana turunnya warna kawah memasak tersebut.

Ketika itu rasanya cukup menyelerakan. Bunga telur tetap ada walau pun disiikan dalam bekas telur yang dibuat sendiri oleh tuan rumah. Selepas itu sumbangan-sumbangan itu bertukar kepada kuih muih yang dimasak siap dijadikan bahan jamuan untuk tetamu sebelum makan nasi tengahari.

Opah cerita ni mengenai tempat opah saja Perak Utara tempat lain opah tak pasti... masa tu makan kenduri hanyalah kat kampung sendiri. Kalau jauh hanya saudara terdekat saja yang kita kunjungi.

Sekarang segala-gala nya berubah, jamuannya hantarannya, satu saja yang opah perhatikan di kampung asal opah bagaimana besar dan hebatnya kenduri kahwin tersebut BERSANDING tidak masuk langsung dalam senarai keutamaan.....

Nampak bagi orang luar pelik tapi anda bersanding di sini andalah yang PELIK. Anda akan menjadi perhatian orang bukan saja kerana nak tengok anda bersanding tapi kerana anda berani melakukan perkara yang tidak pernah orang lain lakukan kecuali untuk ahli keluarga terdekat saja dalam keadaan tertutup. Bukan semua keluarga tapi dalam lingkungan 100 buah rumah yang dulu dikenali Kampung Ehya Assharif.

Kebanyakan mereka adalah dari keturunan ustaz-ustaz dan tok-tok guru yang mula membuka Maahad AlEhya Asshariff satu masa dulu. Hingga hari ini tiada pelamin dan tiada persandingan berlebih-lebihan sekadar didudukkan kedua mempelai atas kerusi atau di birai katil.

Cenderahati ketika itu hanyalah bunga telur dan nasi minyak dan kari daging yang diisikan ke dalam bekas yang dibawa oleh tetamu tadi. Hari ini segala-galanya berubah dari jamuan dan menunya hinggalah kepada bunga telurnya, beg-beg cenderahati yang berisi kuih muih dan pelbagai hadiah sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu.

Suka juga opah berkongsi koleksi cenderahati yang opah kumpulkan dari segala macam pasu, cawan, pemegang kunci, pen, buku yassin, buku ma'surat, sebotol kicap, air kotak an yang paling terkejut jugalah bila buka beg cenderahati tu bila mendapati kandungannya sebatang lipstik (sangat merah) dan bedak dan sabun lulur untuk mandian dari herba...Hadiah ini dari sahabat Allahyarham suami opah yang merupakan tuan punya sebuah kedai jamu dan alat kecantikan dari Indon....belum ada keberanian untuk gunakannya......Mungkin untuk menantu dan anak2.

5 comments:

Tirana said...

Salam Opah, kampung Opah di perak utara? Perak Utara tu di mana? Saya pun berasal dari Perak Utara juga..Tanjung Piandang.

Opah said...

Salam Tirana, Opah dari Kampung Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, beberapa km dari simpang Bukit Merah jika masuk selepas R & R Gunung Semanggol.Rasanya Tanjung Piandang dan Semanggol tu tak jauh manakan?

Unknown said...

Salam Opah.

Salam dan Takziah di atas pemergian Suami tersayang. Maafkan saya kerana terlambat mengiringi takziah kepada Opah dan Keluarga.

Kerana di akhir-akhir ini saya agak sibuk dan keletihan, saya jarang merayau ke blog-blog teman-teman. Jadi saya baru jer tahu tentang kepulangan ke Rahmatullah suami Opah. Itu pun saya diberitahu oleh isteri saya yang masuk ke blog Opah.

Bersabar dan redhalah kita. Sayang Allah kepada hambanya adalah amat melebihi sayang kita sesama insan.

Opah said...

Salam En. Din. terima kasih atas ingatan, memang Allah lebih sayangkan dia. Kami semua menerimanya dengan redha apatah lagi semua akan ke sana jua akhirnya. Salam buat isteri juga dari opah sekeluarga.

ibundo said...

salam opah. datang menjengah di maalam hari. semuga berada dalam kesejahteraan.

Musim perkahwinan sekarang tak tunggu cuti panjang. Seperti durian juga, sudah tidak bermusim. berbuah sepanjang tahun.