Followers
Tuesday, May 25, 2010
BUKAN SYURGA DUNIA
Salam buat semua,
Opah pernah menulis tentang neraka memang menggerunkan dan menginsafkan. Mengingati Syurga yang dijanjikan Allah untuk kita sekiranya kita layak menjejakkan kaki ke sana adalah impian semua orang.
Impian dan bayangan manusia biasa macam kita syurga itu adalah keindahan yang tak dapat nak digambarkan dengan keindahan syurga dunia sekarang jauh beza memang tak boleh nak bayangkan sebab kita ni belum ada peluang untuk menikmati keindahan Syurga Allah hanya dok berangan di atas dunia ni saja.
Syurga dalam bahasa Arabnya AlJannah maksudnya kebun dalam makna yang lain tersembunyi atau suatu tempat di alam akhirat yang bermacam-macam kenikmatan ada di sana yang tidak pernah tergambar oleh mata kita dan terdengar oleh telinga kita. Bagi orang yang bernama Jannah mudah-mudahan akhirnya anda akan masuk Jannah Allah juga.
Dalam hadis qudsi, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebagai berikut:
"Allah berfirman: Aku telah maenyediakan bagi hambaKu yang soleh-soleh, sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di hati manusia"
Syurga juga mempunyai nama mengikut tingkatan dan keistimewaannya,
Tingkatan Syurga,
1. Syurga Darul Jalal tercipta dari mutiara putih.
2. Syurga Darus Salam, tercipta dari Yaqut merah
3. Syurga Jannatul Ma'wa tercipta dari Jabarjud hijau
4. Syurga Jannatul Khuld tercipta dari Marjan kuning
5. Syurga Jannatun Naim tercipta dari perak putih.
6. Syurga Darul Qaraar tercipta dari emas merah.
7. Syurga Jannatul Firdaus tercipta dari beberapa lapisan perak, emas, yaqud, zabarnud dan berlantai kasturi
8. Syurga Adn tercipta dari mutiara putih berpintu dua emas, lebar pintu antara keduanya sejauh luas langit dan bumi. Bangunannya terdiri dari lapisan emas dan perak. Tanahnya atau dari ambar dan lantainya dari kasturi. Airnya lebih sejuk dari ais lebih manis dari madu. Di dalamnya terdapat sungai 'AlKautsar' ialah Sungai Nabi Muhammad SAW.
Dari apa yang pernah kita dengar dan baca Syurga itu terdapat kebun yang mengandungi pelbagai buah yang boleh dipetik dengan tangan saja jika terdetik rasa ingin menikmatinya. Rasanya tentulah tak sama buah yang kita beli di pasar malam yang belum tentu isinya. Buah-buah itu juga tidak ada musim sentiasa berbuah.
Pintu dan bangunannya juga indah belaka. Pelbagai pintu khasdisediakan Pintu yang pertama tentulah untuk para Nabi, Rasul dan para syuhada dan pintu-pintu orang yang pemurah (Tidak kedekut sama dengan para Nabi tuu..tengok pulak siapa yang pemurah tu, kafir pun ada yang pemurah)
Pintu kedua adalah untuk orang yang menjaga solat dengan wuduk yang baik dan menjaga rukun-rukun solah.
Pintu ketiga adalah pintu orang-orang yang mengerjakan zakat dengan hati yang suci.
Pintu keempat ialah pintu orang-orang yang beramal amar maaruf dan nahi mungkar
Pintu kelima untuk orang yang memerangi hawa nafsu.
Pintu keenam ialah bagi orang yang menunaikan haji dan umrah
Pintu ketujuh adalah untuk orang yang berjihat.
Pintu kelapan ialah untuk orang yang bertakwa, orang yang menjaga penglihataannya dari perkara yang dilarang. Pintu orang yang berbuat kebajikan seperti berbakti kepada ibu bapa dan memanjangkan silaturrahim serta lain-lain kebajikan.
Apa saja yang digambarkan melalui Al quran dan Al hadis adalah gambaran yang memang tidak ada kesamaan syurga duniawi. Dari keindahan bidadari, bantal piring cawan dan gelas bejana makanan dan sungai-sungai madu dan susunya.
Rasanya kalau nak kita gambarkan lagi suasananya maka rindulah kita pada nikmat dan anugerah Allah ini..... kerana untuk ke sana maka redhalah melalui saat-saat sakaratulmaut terlebih dulu...... mudah-mudahan kita semua akan melaluinya dengan mudah dan layak pula untuk memasuki Syurga Allah yang indah itu.
Amin....
Friday, May 14, 2010
BILA KAWAN TAK INGAT KITA
Salam untuk semua,
SELAMAT HARI GURU untuk semua rakan guru yang belum bersara atau memang lambat lagi nak bersara dan guru-guru yang begitu setia masih mampu bertahan hingga ke usia 58..... Anda semua memang HEBAT!!!!!! Lebih dua tahun bersara tapi rasanya semangat guru itu masih ada sekurang-kurangnya guru untuk anak buah dann anak cucu.
Bila dah bersara kita dah jarang jumpa kawan-kawan yang bekerja lagi kemungkinan jumpa di rumah kenduri dan kematian atau di masjid dan surau. Ada jugalah jumpa di pasar malam atau pasaraya.

Semasa inilah opah kadang-kadang terjumpa dengan orang yang begitu lama terpisah. Ada yang kenal dan tak kurang pulak yang muka hairan tapi nak kata tak kenal kesian pulak ....Akhirnya minta maaf sajalah jalan terbaik.
Kalau puas dia tenung muka kita, hai dah nampak tanda-tanda di muka pun tak kenal lagike? Sebutlah nama anda di mana bersama dia dulu... Kalau dia masih tak ingat undur diri sajalah perlahan-lahan tinggalkan dia dengan mengharapkan satu hari nanti dia ingat.
Beberapa orang kawan opah berkongsi cerita masalah kawan lama yang dah tak kenal kita....Seorang bekas Guru Besar menyatakan rasa terkilan sangat sampai dia dah bertandang dan menghadap hidangan nampak tuan rumah masih terpinga-pinga belum ingat pada dia. Apa nak buat makan dululah lepas tu cerita lagi. Sedih memang sedihlah orang tak ingat kita. Apa pun opah rasa masa ni kalau kita mengaku saja lebih baik dari disangka kurang baik.
Ada beberapa sebab yang opah buat andaian sendiri bukan kajian, mengikut pengalaman opah sebagai insan biasa . Jarak lama yang memisahkan menyebabkan perubahan fizikal berlaku, dulu muka umur dua puluhan sekarang dah jadi lima puluhan dulu saiz m sekarang dah jadi xl anda boleh bayangkan .....

Kalau dapat jejaki kawan lama anda dengan hp atau fb lagi selamat tak payah jumpa berbicaralah di alam maya kerana suara rasanya tak banyak berubah. Kalau kita masih mengingati tapi kawan kita tak juga ingat-ingat itu menunjukkan daya ingatan kita lebih hebat dari dia.... yang penting kita belum hilang ingatan.....
Untuk elakkan penyakit Nyanyuk eloklah membaca Surah Alwaqiah selalu terutama malam Jumaat.
Monday, May 3, 2010
KENDURI DAN CENDERAHATI
Salam buat semua.
Musim kenduri masih berlarutan dari minggu hingga ke minggu. Kenduri orang dulu tak sama dengan kenduri hari ini. Seronok mengimbas kenangan makan kenduri waktu kecil dulu. Buah tangan jemputan ketika itu bahan makanan juga paling terkenal adalah gula pasir yang diisikan di dalam mangkuk tingkat bertangkai.
Mangkuk tingkat atau "sia" ini akan diisikan nasi minyak kenduri dan gulai daging cincang bercampur kacang panjang warnanya hampir hitam kerana turunnya warna kawah memasak tersebut.
Ketika itu rasanya cukup menyelerakan. Bunga telur tetap ada walau pun disiikan dalam bekas telur yang dibuat sendiri oleh tuan rumah. Selepas itu sumbangan-sumbangan itu bertukar kepada kuih muih yang dimasak siap dijadikan bahan jamuan untuk tetamu sebelum makan nasi tengahari.
Opah cerita ni mengenai tempat opah saja Perak Utara tempat lain opah tak pasti... masa tu makan kenduri hanyalah kat kampung sendiri. Kalau jauh hanya saudara terdekat saja yang kita kunjungi.
Sekarang segala-gala nya berubah, jamuannya hantarannya, satu saja yang opah perhatikan di kampung asal opah bagaimana besar dan hebatnya kenduri kahwin tersebut BERSANDING tidak masuk langsung dalam senarai keutamaan.....
Nampak bagi orang luar pelik tapi anda bersanding di sini andalah yang PELIK. Anda akan menjadi perhatian orang bukan saja kerana nak tengok anda bersanding tapi kerana anda berani melakukan perkara yang tidak pernah orang lain lakukan kecuali untuk ahli keluarga terdekat saja dalam keadaan tertutup. Bukan semua keluarga tapi dalam lingkungan 100 buah rumah yang dulu dikenali Kampung Ehya Assharif.
Kebanyakan mereka adalah dari keturunan ustaz-ustaz dan tok-tok guru yang mula membuka Maahad AlEhya Asshariff satu masa dulu. Hingga hari ini tiada pelamin dan tiada persandingan berlebih-lebihan sekadar didudukkan kedua mempelai atas kerusi atau di birai katil.
Cenderahati ketika itu hanyalah bunga telur dan nasi minyak dan kari daging yang diisikan ke dalam bekas yang dibawa oleh tetamu tadi. Hari ini segala-galanya berubah dari jamuan dan menunya hinggalah kepada bunga telurnya, beg-beg cenderahati yang berisi kuih muih dan pelbagai hadiah sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu.
Suka juga opah berkongsi koleksi cenderahati yang opah kumpulkan dari segala macam pasu, cawan, pemegang kunci, pen, buku yassin, buku ma'surat, sebotol kicap, air kotak an yang paling terkejut jugalah bila buka beg cenderahati tu bila mendapati kandungannya sebatang lipstik (sangat merah) dan bedak dan sabun lulur untuk mandian dari herba...Hadiah ini dari sahabat Allahyarham suami opah yang merupakan tuan punya sebuah kedai jamu dan alat kecantikan dari Indon....belum ada keberanian untuk gunakannya......Mungkin untuk menantu dan anak2.

Subscribe to:
Posts (Atom)