Followers
Sunday, June 20, 2010
MUFLIS DI AKHIRAT
Ustaz Syed Nurhisham - Solusi No 20-Hadis
"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" Sebagaimana biasa , salah satu teknik didikan Rasulullah saw adalah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.
Para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)" Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti yang tidak mampu dibayar
Lantas Rasululllah saw menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan. Baginda bersabda yang bermaksud"Orang yang muflis dalam kalangan umatkuialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun,memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (simuflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka."(Riwayat Abu Hurairah, no 2581)
Penjelasan ini cukkup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman di dasarnya, mereka bimbang terjerumus ke kancah muflis.
3 Modal , 5 liabiliti
Modal yang dibawa ke akhirat kelak tidaklah terhad kepada 3 jens pahala yang disebut di dalam hadis ini sahaja. Bahkan menurut Ibn 'Allahn al-Syafi'i dalam kitabnya, Dalil al Falihin, juga termasuk pahala amalan soleh yang lain. Ini bermakna segala kira bicara di akhirat kelak berdasarkan "mata wang dosa pahala".
Ketika itu nilai ringgit sudah tidak lakku, begitu juga riyal, dolar dan sebagainya. manusia yang besar modal pahalanya, dia akan bergembira dan bersenang lenang. Manakala yang kekurangan modal, pasti tercari-cari tempat bergantung yang sudah pasti tiada lagi. bertambah malang lagi apabila modal yang sedikit terpaksa dibayar kepada manusia lain yang pernah menjadi mangsanya di dunia dahulu.
Apakah yang terjadi apabila tiba-tiba dia kehabisan modal, sedangkan hutang yang dituntut masih bleum selesai?Maka ketika itu dipaksa pula oleh malaikat untuk memikul dosa mangsa. Sahlah dia telah muflis.
Dosa kepada Manusia.
Apabila ditilik kembali kelima-lima dosa yang menjadi liabiliti di akhirat kelak semua berkait rapat dengan hubungan sesama manusia. Memaki hamun orang lain seperti pekerja, orang miskinorang lemah,apatah lagi isteri atau ibu bapa sendiri, hanya mampu memberikan kepuasan sementara kepada seseorang tetapi bahananya menanti di akhirat kelak. Begitu juga pemfitnah, dia begitu seronok melihat mangsa fitnahnya dibenci masyarakaat atau dikenakan tindakan tertentu di dunia, tetapi dia pasti menyesal apabila diminta membayar pahalanya kepada mangsa fitnah tersebut.Menyesal ketika itu tiada manafaatnya. Bak kata pepatah "Menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak tiada gunanya"
Ada juga yang memakan harta orang lain dengan cara yang tidak diredhai agama seperti menipu, pecah amanah, mencuri merampas dan sebagainya. Mereeka begitu licik di dunia ini tetapi kemanakah tempat untuk bersembungi apabila berhadapan dengan malaikat di akhirat kelak.
Ada yang berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya, pencri mencuri harta majikan, majikan yang menyempurnakn gaji pekerja, peniaga yang menipu dalam urus niaga dan sebagainhya.Manusia yang seperti inilah yamg sangat layak mendapat title muflis di akhirat kelak. Begitu juga para samseng yang memukul dan melukakan orang lain bersedialah berhadapan dengan mangsa-mangsa anda di mahkamah Allah nanti kekuatan dan ruang di dunia ini hanya sementara, tetai ingatlah bahawa doa manusia yang dizalimi tiada hijab di hadapan Allah. Doa mereka mudah dikabulkan.
Bagaimana mengelak dari menjadi Muflis
Ada dua pilihan sahaja mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis diakhirat. Sama ada tidak melakukan melakukan dosa terhadap manusi lain atausekiranya telah melakukannya, mestilah memohon maaf dan redha daripada mangsa ketika di dunia lagi. Biarlah bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diisytiharkan muflis di akhirat.
Sedarlah seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, mereka masih ada kawan-kawan atau sanak saudara yang boleh memberi modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi apabila Allah yang telah mengisytiharkan muflis di akhirat, ke manakah lagi hala tuju kita, melainkan ke neraka...sebagaimana yang diungkap oleh Rasulullah saw.
"Ingatlah dosa memaki hamun hanya terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang dimakinya. Begitu juga dengan memukul dan melukakan orang, Islam memberikan hak qisas (balas balik) kepada yang menjadi mangsa. Perbuatan fitnah pula disyaratkan memohon maaf dan mengistiharkan kepalsuan fitnah tersebut.'
Dosa kelima iaitu memakan harta orang, dia mestilah memulangkan balik nilai harta tersebut aatau mendapatkan redha mangsa.Mampukan kita lakukan semua itu? Jika tidak, jangan melakukan dosa!..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam opah..:)
Moga sihat hendaknya..
Janganlah terpedaya dengan amal ibadat yang kita lakukan sekiranya perbuatan dan perilaku buruk yang boleh menyakiti dan menganiayai orang lain tidak dapat dihindarkan jauh dari diri kita. Kerana tindakan tersebut berpunca dari sifat keji yang berakar umbi dalam jiwa seseorang yang mana sifat ini adalah amat berbahaya dan sentiasa merosakkan benih iman dan amal kebaikan seseorang.
Salam En. Abd. Razak,
Alhamdulillah opah sihat harap En Razak pun sihat juga.
Selagi kita bernama manusia memang godaan syaitan itu tetap ada tetapi kita mestilah sentiasa berusaha dan berharap kita semua dapat menjauhi perkara yang boleh merosakkan iman dan amalan kita.
Post a Comment