Kita semua telah melalui Rejab dan menghampiri penghujung bulan Syaaban dan tak berapa lama lagi Ramadhan akan menjelma. Alhamdulilah ramai antara kita berpeluang berpuasa sejak dari Rejab hinggalah ke penghujung Syaaban ini. Ramadhan bukan saja istimewa kerana puasa dan solat sunat tarawikh malah dia diserikan dengan malam Lailatu Qadarnya. InsyaAllah kalau umur kita masih ada dapat mengerjakan ibadat puasa di Ramadhan ini. Walau pun masanya tidak tinggal berapa hari lagi namun apa pun boleh terjadi.
Puasa:
Awam : Hanya menahan lapar dan dahaga. Menahan makan dan minum saja. Dia melakukan pantang larang puasa, melakukan yang makruh dan dosa. Puasanya kosong, tidak bermakna, tidak mendapat perhatian Allah.
Khas : Menahan segala larangan puasa, segala dosa, segala yang makruh dalam puasa, dan segala keinginan nafsu.
Khusus: (1) Menahan segala larangan puasa, segala dosa, segala yang makruh dalam puasa dan segala keinginan nafsu.
(2) Banyak mengerjakan amal ibadat siang dan malam seperti sembahyang sunat, banyak beristigfar dan bertaubat, banyak bertasbih, bersalawat, berzikir, berdoa dan membaca Alquran.
Mudah-mudahan kita semua akan dikurniakan kesihatan untuk menjalani ibadat puasa di bulan mulia ini.
Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak....
2 comments:
Salam...
Moga kita diberikan kesempatan agar dapat berada di bulan ramadhan yang tidak lama lagi menjelang serta dikurniakan Allah kesihatan yang berpanjangan...
W.salam,
Mudah-mudahan peluang yang diberi tidak kita persiakan bersama menjalani ibadah di bulan mulia dan barakah.... Amin
Post a Comment