Followers

Wednesday, June 9, 2010

YAHUDI - DOA KITA MACAM ADA YANG TAK KENA....


Bercerita tentang perbuatan Israel ni bukanlah cerita baru maknanya musuh tradisi kita dah bertahun-tahun. Nampak macam semua satu dunia takut sungguh kat dia. Walaupun seluruh umat satu dunia ni mengutuk mengecam tak kira Islam dan kafir semua marah kerana perangai buruk dia tapi dia tetap berjaya menahan perkara baik yang orang lain nak lakukan untuk rakyat Palestine. Umat Islam semua satu dunia ni diseru berdoa buatlah solat hajat untuk keselamatan umat Islam di Palestine dan berdoa juga mudah-mudahan Allah takdirkan yang terbaik umat yahudi itu.

Adakah semua umat Islam di dunia ini berdoa dan bersolat hajat untuk tujuan itu. Kita tak payah persoalkan umat Islam satu dunia ambil umat Islam kat Malaysia pun dah cukup kalau Allah nak makbulkan doa kita. Opah yang tak alim dan tak pandai ni rasa kita semua patut muhasabah diri selalu kenapa asyik berada di pihak yang tak berapa menang.... nak tolong tak boleh nak pergi dah kena bunuh nak hantar bantuan disekat atau disapu oleh Yahudi, nak pergi lebih jauh kena hantar balik.

Macam ada yang tak kena dengan harapan dan doa kita ni. Memang tak dinafikan kalau kata kat Malaysia ni, doa siapalah yang Allah akan terima hanya DIA sajalah yang tahu. Berapa juta rakyat Malaysia Muslim yang dah berdoa dan solat hajat untuk Israel? Adakah semua rakyat Malaysia solat 5 waktu tak tinggal langsung. Setiap hari apa yang berlaku di negara kita belum satu dunia lagi.... Masaalah sosialnya, dunia yang penuh hibur-hiburan, bunuh-bunuhan umpat-umpatan..... buang-buangan bayilah, tidakkah ini mengundang kemurkaan Allah?Bila Allah murka tak taulah apa pun boleh jadi, laut terbelah dunia tenggelam masa bala turun semua orang akan kena... tak kira, jahat atau baik.

Ada yang berkobar-kobar menghentam tapi dalam masa yang masa turut menyumbang kepada yahudi melalui Mc Donald dan Starbuck. kalau tak silap opahlah orang yang memulakan Facebook juga anak seorang yahudi yang bernama Mark Zuckerberg....Kalau dengan facebook telah melalaikan, lupakan tanggungjawab sebenar menggunakan masa kerja yang tak sepatutnya.... memang hebat anak yahudi tu.....

Hanya Allah Subhanahu WaTaalah sajalah yang boleh membalas perbuatan tak bermoral yahudi. Solat dan berdoalah dengan IKHLAS supaya sesuatu keajaiban berlaku untuk mengajar Yahudi.Opah berdoa juga seboleh-bolehnya dengan ikhlas tapi tak taulah dosa banyak, mudah-mudahan mendapat keampunannya.......

2 comments:

DrSam said...

Salam Opah. saya percaya dan yakin Allah itu tidak pernah silap dan maha pemurah serta senantiasa mengabulkan setiap doa umatnya. Cuma didalam bentuk berbeza (kita selalu beranggapan bila hajat kita tidak dicapai setelah berdoa, Allah tidak mengabulkan doa - walhal Allah itu maha mengetahui dan tidak zalim.) Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk umatnya.

Yahudi dijadikan Allah dimuka bumi ini ada hikmahnya dan tidaklah sia-sia. Mungkin Allah telah perkenankan permintaan saudara Islam kita di sana untuk mati Syahid (dengan adanya Yahudi dan zionis)...mungkin...

Namun usaha dan doa kita mesti diteruskan untuk menegak kebenaran.

Wallahuaklam.

Hanya sekadar pendapat peribadi saya Opah.

Opah said...

Salam Dr.Sam terima kasih atas pandangan.Opah sangat setuju mudah-mudahan kita semua akan terus doakan yang terbaik kerana doa itulah senjata kita.