Alhamdulillah selamat sampai ke rumah pada6.30 petang 26 hb. setelah 3 hari dua malam beraya dan menghadiri kenduri walimatulurus cucunda Juwairiyah Hj. Ahmad Fuad.
Bermula petang Jumaat opah memulakan perjalanan bersama kakak opah, Hasanah, anak saudara Nurul Huda dan anakanda Ilham.
Sempat solat maghrib di Bandar Tasik Puteri rumah anakanda Dayang Raudhah dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Villa Perdana Seri Kembangan. Anakanda Azami dan Haslinda mengadakan rumah terbuka, dengan juadah kambing panggang, sate, cendol dan soto...kuih raya sabar je lah.
Bermalam di Shah Alam rumah Anakanda Hj.Ahmad Fuad. Walimatulurus pada 26 hb. 25 hb. opah di jemput rakan opah sekolah rendahTn. Hj. Najib Hamidon bersama isteri beraya ke rumahnya di kampung Kuantan dan rumah seorang lagi rakan Hjh. Rosmah Md. Noor di Taman Gembira Telok Gadong, Kelang. Dari Kelang opah dan anakanda bertolak ke Wangsa Maju, memenuhi jemputan rumah terbuka dan malam ziarah ke Taman Melati rumah anakanda Jue Hussin. Esok pagi bertolak semula ke Shah Alam untuk upacara akad nikah dan kenduri cucunda Juwairiyah dan pasangan.Kenduri yang sangat tenang dan selesa dengan suasana yang tiada sebarang kebisingan, pelamin yang menyesakkan sungguh sederhana dan rasa selamat dari perkara-perkara lagha.....alhamdulillah.Tahniah kepada anakanda Hj. Ahmad Fuad dan Hjh. Fauziah kerana telah selamat melaksanakan walimah bagi puteri sulung mereka Juwairiyah Alhafizah dan Maulana Zul Kamal Alhafiz.Alhamdulillah juga dapat rasa original sambal goreng tempeh Jawa dah lama tak makan. Selepas makan tengahari terus pulang dan singgah di Ipoh Taman Rapat Permai untuk ziarahi cucunda Mohd. Aliff Daniell. Badan rasa macam nak demam. Memang sebenarnya terus demam dan harap dan doa mudah-mudahan orang yang sakit Allah sayang. Rehat dan rehat.. setelah 3 hari 2 malam memenuhi jemputan anak buah dan rakan yang lama tidak ditemui.. Alhamdulillah.
5 comments:
Salam...
Moga Opah sihat hendaknya...
Suka saya tengok majlis walimah tu..
Opah, alhamdulillah dah sihat. Alhamdulillah memang majlis walimah tu sangat tenang yang penting akad dan jamuan untuk tetamu yang hadir.
opah ..
dah lama tak hadir majlis kenduri yg sebegini..
Tahniah.. opah dah dpt cucu-menantu..
semoga berkekalan hingga ke syurga..
Salam kak yong,
Harapan kita begitulah kak yong...jodoh berpanjangan dalam keberkatan
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah....tahniah kepada pengantin yg telah menyempurnakan 1/2 drpd agamanya....
suka tengok majlis walimah ni....bercita2 nk buat majlis walimah yg sedrhana.....doakan sy juga ye opah.... ^__^
Post a Comment