Followers

Saturday, April 11, 2009

DI MANALAH SILAPNYA

Salam untuk semua,

Masa opah di sekolah rendah dulu cerita Si Tanggang dan Malim Kundang memang dah terpahat dalam hati opah dan rakan-rakan sezaman dengan opah. Rasa takut sungguh mengingatkan sumpahan seorang ibu terutama bila melawat Batu Caves sekarang dah jadi Kuil Hindu

1. Opah kira perlakuan siTanggang zaman silam sudah berkurangan di zaman serba canggih dan lebih islamik, rupayanya tidak. Kalau tak salah opah pada 7 April lebih seorang ibu meluahkan rasa terlukanya hati dan perasaanya kerana tingkah laku anaknya dalam sebuah akhbar, penulis menamakan tajuk penulisan itu si Tanggang moden(Opah pinjam tajuk ini). Perkahwinan antara dua darjat ini merenggangkan antara si anak dari ibu malang ini, walau pun rumah ibu ini telah diubah suai seperti lengkap untuk menantu kayanya menginap, tenyata ia masih kurang senang nak pulang ke rumah mertuanya hingga sampai ke tahap membawa air mineral untuk minuman kalau pulang. Ada ketikanya mereka lebih suka menginap di hotel.
(alhamdulillah kita tak tau siapa dia tidak dinyatakan penulis -baguss... bercerita untuk iktibar bukan mengumpat)

2. Seorang ahli qaryah kampung opah bertahun-tahun tidak diambil peduli oleh anak tunggalnya yang hanya tinggal lebih kurang 60 km dari sini.Usianya melebihi 85 tahun hampir nyanyuk (Minta Allah jauhkan kita dari perkara begini) Anaknya dari kalangan orang yang berada jugalah (makan gaji) . Sekarang makan minum dibiayai Pejabat Kebajikan Masyarakat dan diawasi dan diuruskan oleh jiran tetangga.Rasanya dah banyak kali juga hal ini dimaklumkan kepada sang anak........oleh jiran tetangga mengenai keuzuran ibu tua ini.

3. Seorang sahabat pula bercerita adiknya seorang jurutera telah berkahwin dengan seorang wanita jurutera juga anak tunggal lebih kurang macam cerita no. 2 tadi menetap di kampung isteri langsung tidak pernah pulang . Anak bongsu dari 7 beradik.Apa yang baik sikit adik beradik ramai boleh menjaga kedua ibu bapa yang telah uzur.

Selalunya cerita begini adalah hasil tak sefahaman pendapat dalam pemilihan jodoh, kurang didikan agama, masalah dalaman keluarga (bergaduh sesama ahli keluarga), perceraian contohnya boleh menggangkan hubungan anak dengan kedua ibu bapa terutama kalau sebelah pihak menanamkan rasa benci kepada pihak sebelah lagi.(mungkin ibu atau ayah)

Pada ibu dan bapa restu dari anda berdua amat penting dalam perkahwinan, janganlah kerana terlalu marah sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak baik contoh sumpah..... perkataan yang tak baik.Ada juga yang kuat berleter bila anak dan menantu sampai dirumah.

Perlakuan kita hari ini menjadi tontonan anak-anak janganlah kita lupa sejarah akan berulang. Kedua orang tua kita atau anak kita tidak ada gantinya di dunia ini. Wang bukanlah segala-galanya yang muda juga akan mati apatah lagi orang tua.Mudah-mudahan anak-anak kita semua akan sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat, terlindung dari perbuatan yang keji.

12 comments:

Myza Pesona said...

Di mana silapnya? Siapakah yang bersalah dalam hal ni? Harap2 ianya tak berlaku pada kita....

Hazhari Ismail said...

Akhir zaman

sume dah terbalik..

Hormat-menghormati adalah satu perkara yg leceh..

nauzubillah..

Unknown said...

Salam Opah.

Satu paparan yang memberikan pengajaran.

Saya tidak tahu di mana silapnya. Mungkin semasa kecilnya anak ini terlalu dimanjakan dan ditambah pula dengan tiada pengajaran ilmu agama secukupnya.

Opah said...

Salam Myza,
Sebagai insan biasa kita mengharap yang terbaik terhindar yang buruk dari Allah, amin.

Opah said...

Salam Putera,

Salam kenal dari opah juga, mudah-mudahan kita tidak tergolong dari golongan mereka yang dipaparkan.

Opah said...

Salam En. Din,

Betullah apa yang En. Din katakan tu,didikan agama dan kasih sayang sangat penting walaupun kita dilimpahi harta dan wang ringgit belum lagi menjanjikan apa2.

Unknown said...

salam Opah,
kdg2 anak2 ni berdendam dgn ibubapa.. mungkin kerana kesilapan ibubapa dlm mendidika & memberi kehidupan yng kurang selesa.. mcm keluarga saya, adik-beradik ramai. Bukan nak membuka pekung, tetapi ayah saya memang sudah lama tak beri nafkah (makan minum & RM) kpd mak (hingga ke hari ini pun). mak kena bekerja cari duit. adik2 saya ramai, 9 org. bila anak2 dah berjaya, ayah pandai pulak nak 'cukai' sorg sikit drp setiap anak.. makan masa bertahun utk saya pujuk adik2 jgn derhaka & berkira dgn ayah. Alhamdulillah, setelah berumahtangga, adik2 dah ok.. tp masalah tetap tak selesai, sbb adik2 yg masih muda, masih sekolah.. tahap didikan & kasih sayang memang lah kurang.. sbb mak selalu letih kerja.. tak sempat nak amik tau hal persekolahan anak2.. saya pulak bertekad belajar rajin2, sbb tak nak mak susah & harap dpt ubah kehidupan. Tetapi kerisauan saya skrg adalah pada adik yg masih remaja.. sikap yg mberontak, sentiasa salahkan mak & anggap mak tak sayang dia.. selalu bentak2 & maki hamun mak.. sedey sungguh tapi saya sendiri dah berbuih nasihati.. dulu ayah pulak terlalu manjakan dia.. sampai bila time nak mengaji pun ayah bleh kata, tak nak tak yah pergi.. !! skrg tgk lah hasilnyer..

la ni kesian kat mak, sbb adik buat rumah mak mcm hotel.. berkwn dgn lelaki ikut suka dia jer.. bila mak tegur (sbb dia bertepuk tampar tahap gaban dgn kwn2 lelaki dia) dia boleh maki hamun mak.. adik saya ni bdendam dgn mak, sbb mak saya mcm selalu lebihkan anak lelaki.. susah saya nak amik peranan, dia langsung tak dengor ckp kakyong nyer.. saya tak nak apa2 yg buruk terjadi kat dia.. Ayah saya pulak tak amik port & tak dok sini pun... kesian kat mak. kalo ikut marah saya, nak jer saya tampor dia.. tp bukan budak kecik, dah 21 thn..

maaf lah, termelepas perasaan disini pulak..

Opah said...

Salam kakyong, opah bersimpati dan sangat terharu dengan apa yang kakyong alami sekarang. Memang ada kebenarannya apa yang kakyong dah alami sebab ada persamaan dengan beberapa kesah yang opahpernah dengar mengenai dendam. Opah harap Bonda kakyong kena sabar, memang dah cukup sabarlah tu.Para alim ulamak sarankan kita boleh bersolat hajat untuk memohon sesuatu yang kita tak mampu lagi untuk mengubah dengan tangan, atau kata-kata. InsyaAllah dengan kuasa Allah serta keyakinan tak berbelah bagi segala masalah dapat diatasi.Senjata orang yang beriman itu adalah DOA.Ada juga yang mencuba dengan motivasi atau berjumpa dengan kaunselor tertentu untuk memberi khidmat nasihat.Wallahuaklam....

Unknown said...

salam Opah,
terima kasih atas kata2 nasihat & dorongan.. kdg2 kita malas nak bercerita, nanti org kata kita sengaja buka pekung di dada, tapi kalo tak cerita, bernanah di dalam & semakin parah..

Opah said...

Salam kakyong, betul tu lagi kita simpan rasa berat sangat,semua orang ada masalah cuma berat dan ringan dari pelbagai sudut. Opah harap mereka akan berubah kepada yang lebih baik INSYAALLAH

Cheguman said...

Assalamualaikum Opah,
Guru saya beritahu bahawa ibu bapa dengan mertua sama tarafnya. Bila dah setuju kahwin dengan anaknya, kenalah terima keluarganya.

Walaubagaimanapun, perkahwinan melibatkan dua latar belakang keluarga yang berbeza. Justeru, bertolak ansurlah dan jangan terlalu cerewet dan jangan mengharapkan pasangan kita sempurna. Kita sendiripun tak sempurna, betul Opah?

Opah said...

Salam buat Demang,
Tersangat betul kata Guru Demang tu, mertua tarafnya samalah dengan kedua orang tua kita, begitu juga menantu samalah dengan anak kita sendiri. Kalau perkahwinan itu fitrah dan kerana Allah jalinkanlah rasa kasih itu kerana Allah juga dengan penuh ikhlas dan tidak ada prasangka.Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum seperti rasul-rasul, terimalah hakikat dan kekurangan kedua belah pihak dan berpakatlahuntuk kesejahteraan hidup yang sementara ini.