Salam buat semua yang opah kasihi dan ingati terutama ibu-ibuyang masih muda dan yang seusia dengan opah. Terima kasih pada anak-anak yang mengucapkan Selamat Hari Ibu buat Opah tanda ingatan dan kasih sayang bukan pada hari ini saja.
Setiap hari, bagi opah adalah Hari Ibu yang patut diraikan dan diistimewakan untuk mengekalkan Hubungan yang baik dengan Allah SWT dan sesama insan. Marilah kita jana iman kita dengan mengekal dan menambah baik akhlak kita disamping membuang jauh-jauh sifat-sifat buruk kita semoga hari mendatang lebih baik dari hari yang telah berlalu. Ingati ibu kita setiap hari bukan pada 10 Mei sahaja. Sekurang-kurangnya 5 kali sehari selepas solat doakan kebaikan untuknya samaada beliau masih hidup atau sudah tiada.
2 comments:
salam opah,
kakyong ada baca dari blog kawan, sebenarnya omputeh ni smabut hari ibu sebab nak raikan god mother... yg kita kat mesia ni.. ikut jer bulat2..
http://littlemishkah.blogspot.com/2009/05/alamak-kalut-sekejap.html
memang betui opah, hari2 adalah hari ibu...
Salam kak yong, yalah tu kak yong kita orang Islam setiap hari adalah hari kita harapkan jadi ibu yang lebih baik dari semalam...
Post a Comment