Salam untuk semua.
Sudah lama opah tak menulis apa pun, bukan kerana teruja sangat nak mengundi kali ketiga dalam masa baru 11/2 tahun ini, menanti sangat pun tidak tapi rasa lega juga bila calon BN tidak bertanding bukan seronok sangat nak pangkah bebas atau pkr. Bila bertanding berlakulah ceramah dan kempen yang mengata lawannya tidak hebat yang baik hanyalah dia. Pengikut-pengikut baru nak bertegur sapa setelah perang kempen pilihanraya kali 2 dulu. Perang kali 1 pun tak habis lagi kesannya. Kalau bercerita kebaikan yang mungkin dia boleh buat kalau diberi peluang oklah juga tapi kalau masing-masing membongkar keburukan orang lain untuk berkempen, tulah yang opah rasa sangat takut kerana kita mesti ingat Allah akan buka aib kita di akhirat nanti jika di dunia ini kita suka buka aib orang.(Opah pun ingatkan diri opah juga)
Makcik-makcik kat kampung opah asyik bertanya " Tak mengundi takpa ka?" ada yang tanya "Tak undi tak salah ka?" "Awat polis ramai sangat kat Penanti dan Bukit Mertajam? Ramai sangat ka orang jahat kat tempat kita ni?
Opah tanya mereka " kenapa tak mau keluar undi?" Bermacam alasan yang dapat, tak larat, nak undi sapa pulak berapa kali nak undi orang mengundi 5 tahun sekali, takut tengok muka orang (perayu undilah tu) chenge sangat(garang), macam nak gaduh saja.Ada yang nak pergi kenduri jauhlah pulak. Masing-masing dok bertanya sapa calon ni tak kenai pun?Akhirnya kita tanya kita jawab sendirilah.
Penanti memang menanti tapi rakyatnya belum tentu lagi, maklum dalam Malaysia ni pengundi paling pandai berpolitik dan mahir mengundi adalah orang-orang di Parlimen Permatang Pauh, dengar kempen selalu keluar mengundi pun selalu. Apa pun yang opah rasa semua mereka mahukan kedamaian bukan pergaduhan tak kira parti mana pilihan mereka.
5 comments:
Salam Opah.
Aduh... gitu persepsi orang kampung rupanya. Kesian. Ini bukan apa gara-gara Polis yang terlebih menyebuk!
Salam juga buat En. Din,
Macam tu lah En Din kami kat sini ni yang dok menanti piiihanraya tak habis2......
Salam Opah...
Selamat Mengundi ye.. hati2 jalan..
Salam opah,
selamat mengundi.. lama nyer tak dengar khabar opah, harap opah sihat2 selalu.. :D
Salam buat Dida dan kak yong,
terima kasih atas ingatan, memang orang-orang macam opah ni kena hati-hati perjalanan maklum......sangat perlu hati-hati dengan kedua kaki anugerah ilahi, opah sihat kak yong apa khabar.....teima kasih Dida sudi ikut bertandang ke blog opah.
Post a Comment