Followers

Tuesday, June 2, 2009

TETAMU TAK DIUNDANG


Salam untuk semua,

Sekarang musim mengadakan walimatulurus, sana sini kenduri setiap hujung minggu atau hari biasa pun ada yang mengadakan majlis kenduri mungkin kerana tarikh tak boleh diubah memandangkan terlampau ramai inginkan tarikh yang sama.

Sebagai orang yang dijemput kita wajib menghadirikan diri walau pun mungkin ada 5 atau 6 jemputan setiap hari. Hadir untuk raikan rakan yang kenduri nak makan mungkin dah tak terdaya lagi. Selalunya kita dijemput baru kita hadir, ada juga tetamu yang tak diundang tapi menghadirkan diri dengan tujuan lain. Opah tak pasti orang lain pernah mengalami hal ni.Beberapa rakan mengingatkan opah semasa hendak mengadakan walimah anak sulung opah dulu. "Hati-hati dengan tetamu tak diundang!" Pastikan bilik pengantin dan almari tempat menyimpan barang berharga ada ahli keluarga terdekat yang sentiasa memerhati dan pastikan tidak digeledah oleh tetamu tak diundang tadi.

Macam tak percaya pada suatu majlis perkahwinan anak rakan suami opah, cincin perkahwinan hand phone dan lain-lain barang berharga disapu oleh tetamu tak diundang.Apa yang lebih sedih lagi satu album wang yang dihantar oleh pihak lelaki juga pernah didapati kosong dibawah katil sang pengantin, sekelip mata, ribuan wang hantaran disapu bersih.

Berhati-hatilah jika kita mengadakan kenduri di rumah terutama rumah kampung yang banyak ruang dan pintu-pintu yang membolehkan tetamu tak diundang ini menerobos dan menyamar jadi tetamu yang nak tolong ambil itu dan ini dalam rumah atau bilik pengantin...

5 comments:

Unknown said...

Salam Opah.

Sebenarnya bukanya perbuatan tamu yang tidak diundang tetapi memang tamu yang diundang dan konon meringankan tangan menolong tuan rumah. Ini memang biasa berlaku.

Cheguman said...

Bukan kejadian pertama, Opah. Memang eloklah Opah peringatkan semula.

Opah said...

Salam En. Din, betul tu memang perkara biasa berlaku tapi tak boleh dibiasakan.

Opah said...

Salam kenal buat En.Rantong
terima kasih sudi bertandang.

Opah said...

Salam Demang,

Opah ingatkan je. kadang-kadang bila kenduri akan terlupa kerana kesibkukan melayan tetamu jadi pastikan ada seorang dua yang kena berhati-hati.