Followers

Wednesday, July 22, 2009

KENDURI DI MANIR.

Salam Syaaban yang jatuhnya pada esok hari bersamaan 23 Julai 2009. Pada 5 hb. Julai lepas opah berkesempatan menunaikan jemputan kenduri anak angkat opah di Kg. Tetambah, Manir Trengganu. Anak angkat opah ni pernah tinggal dirumah opah selama 10 hari semasa BTN mengadakan program anak angkat pada tahun lepas.

Sebelum ini memang ada jemputan kenduri tapi opah tak dapat memenuhi jemputan jagi kali ini opah berkesempatan. Seronok juga tak pernah sekalipun kenduri di Terengganu opah hadiri walau pun dah banyak kali ke sana. Mungkin bagi setengah orang biasa aja. Bagi opah tidak biasa.Bertolak malam dan (tiada bas waktu siang ke T,ganu" jadi tak ada apa sangatlah yang dapat dilihat dalam kelam dan suram.

Persiapan tempat sangat sederhana dan ringkas. Makanan alhamdulillah, kari daging, kari ayam(ada kelainan pada rasa kari tersebut) kampung, sayur keladi + budu, ikan kering, rendang daging (nampaknya) ulam dan sambal belacan.Palingopah suka sayur keladi, opah tanya kenapa warnanya hitam dan kelabu je? jawab mereka , "Doh taamboh budu ke!" patutlah auranya lain je tapi sedap.Tak perlu bubur pulut hitam atau bubur kacang, tiada laksa dan mee kari atau mee goreng mamak atau roti canai untuk disantap lagi.(Ini kebiasaan di Pulau Pinang sekarang)

Opah ada dengar dari kawan-kawan lain memang macam nilah selalunya kenduri kat Tganu.
Tak payah khemah banyak-banyak pelamin pun tak perlu( yang ni tak pasti adakah semua pasangan kat sana tidak bersanding?) Seingat opah kampung opah dulu pun tidak ada adat bersanding atas pelamin,(pengantin didudukkan atas kerusi atau atas katil je) kalau ada bersanding atas pelamin, sesuatu yang sangat pelik ketika itu.Apa pun yang penting Akad Nikah dan isytihar untuk mendapat keberkatan dari Allah bagi pasangan pengantin tersebut.

7 comments:

bidadari dari timur said...
This comment has been removed by the author.
bidadari dari timur said...

sorry terdelete comment lak..ermm..teringat lak masa sy kawen dulu..siap sanding.Saya pon dr terengganu area dungun. MMg cm tu kenduri kat trg, sayur keladi mesti ada..sayur tu masak di cmpur budu dan lada hitam dan bahan lain.. keladi tu leh ganti ngan labu air....sedappp di mkan ngan sambal belacan...penyedap sayur tu ialah budu..tu yg rasa lain macam....

Opah said...

Salam Timoh, tu lah opah perasan selalunya sayur keladi merahlah kalau kat sini. Semua menu tu sedap yang special sayur keladinya.Labu air pun memang sedap kat sini digulaikan dengan tulang. Opah memang tunggu respon dari org T'ganu.Itu yang seronok bila keluar dari tempat kita jumpa menu yang lain sikit.

Anonymous said...

Salam Opah,

Tie tinggal di ganu, pernah dok di gong badak, dekat dengan manir tu, suka lauk gulai ayam kampungnya, hmmm..sedap betul.

Tie sebenarnya asal Johor, tinggal di ulu ganu sekarang ni, ikut suami kerja di sini, dah 9 tahun di sini. Suka juga masakan di sini, sayur keladi memang sedap juga, dan labu air tu. Selalu cedok banyak bila makan kenduri di rumah orang, hi hi...

Opah said...

Salam Tie, selalunya macam tulah mana tempat kita tinggal tentu menu kebiasaan akan jadi kegemaran kita. Macam opah jugak asal orang Perak dah menetap di Seberang Perai ni 30 tahun, walau macam mana hebat pun kari mamak Penang opah tetap tak leh lupa masak tempoyak orang Perak.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Opah,

Memang Malaysia dilimpahi oleh banyak kenduri kendara, kadang-kadang sampai tak terpergi kita walaupun kita cuba sedaya upaya untuk tunaikan hajat tuan rumah.

Alhamdulillah, syukur kita jadi Rakyat Malaysia, amat makmur dengan limpahan rezeki yang tidak putus putus. Syukur kita pada Allah swt.

Opah said...

W.salam Puan, Memang opah rasa sangat bersyukur bila dibandingkan dengan negara lain di dunia ini. Kalau kita syukur Allah akan tambah kebaikan sebaliknya kalau kita kufur, azabnya sangatlah pedih.