Followers
Tuesday, July 28, 2009
CERITA PONTENG
Menyebut perkataan ponteng saja bagi seorang guru memang rasa bosan sangat tapi bila dah berlaku di daerah kampung dan negara opah rasa pelu juga kita ingat mengingatkan maklum masing-masing ada anak dan cucu.
Di kampung opah, nak kata ulu sangat tu tidak juga tapi kemudahan asas semuanya ada, terdapat 3 buah sekolah yang berdekatan dan berssebelahan itu menunjukkan betapa ramai penduduk kat sini. Dua buat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah,
Sekolah rendah setakat ini masalah ponteng ni tak ketara sangatlah, kalau ada tak nampak mungkin kerana mereka masih kecil kalau ponteng, gunakan alasan sakit dan duduk di rumah. Ponteng yang serius sekarang di sekolah menengah. (Minta Allah jauhkan anak cucu kita semua)Setiap pagi penduduk kampung boleh nampak mereka berkeliaran di batas ban(taliar kampung) Berkumpul dengan motor menghisap rokok dan dalam pakaian uniform sekolah.
Kalau di bandar mungkin mereka akan Kompleks membeli belah jadi tumpuan, ini di kampung permatang sawah batas tali air jadi tumpuan, sering dikejar guru disiplin.... sedih dan geram tengok keadaan tak sepatutnya terjadi kerana sekolah hari ini semua cukup lengkap guru berijazah belaka, yang diploma dah bersara kalau ada pun boleh dibilang dengan jari.
Menurut pengetua, waris telah berkali-kali dipanggil untuk memberitahu dan mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ini tapi mereka tidak datang. Mereka datang kalau anak mereka hendak diberhentikan sekolah.Ada jugalah teguran dari orang tertentu, contoh YDP PIBG tapi apa yang berlaku anak YDP di sekolah yang sama teruk dibelasah...Mesyuarat demi mesyuarat diadakan oleh pihak sekolah, melibatkan PIBG,Pengerusi Masjid, JKKK dan wakil kampung tapi kesannya tak berapa ketara pulak, mungkin kerjasama ibu sangat perlu dlam hal ini.Sekolah opah dulu ada juga mengadakan kursus motivasi untuk ibu-bapa sebelum kursus untuk anak-anaknya. Nampak ketika itu ok jugaklah pencapaian murid-murid di sek. rendah bukan di sekolah menengah.
Kalau oarang yang membaca cerita opah ni seorang guru rasanya dah sering dengar masalah ni cuma mungkin suasananya mungkin berbeza. Kenapalah agaknya mereka tak suka ke sekolah, tak suka dan tak faham pelajaran, tak suka guru, teknik belajar yang membosankan atau pengaruh kawan-kawan. Pergi sekolah bukan perkara yang menyeronokkan lagi.....Generasi hari ini adalah pemimpin akan datang.Teramat sedih, bimbang dan takut kerana yang ponteng tu kebanyakan bangsa kita maklum di kampung itu belum kita dengar ponteng kat bandar.
Labels:
SEMASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Opah,
Kes ponteng ada di mana-mana saja, di bandar mahupun di luar bandar. Tapi rasanya di bandar lebih teruk sikit rasanya.Kadang-kadang ada pelajar yang ponteng, duduk di rumah dan parentsamklum pasal tu! Tapi apa yang parents tu buat? biarkan anaknya ponteng dgn alasan tak pe asalkan dia tak buat benda2 lain. Dia ponteng sebab tak minat nak belajar, lagi pun pakcik dan makcik org berada, boleh uruskan masuk IPTS lps SPM nanti!Senang je jawapan!Susah kalau parents defend atau backing anak! nilah jadinya! Cikgu yang pening kepala!
Salam Myza,
Betullah kata Myza tu, cikgu yang pening... sabar jelah. Ibu bapa hari ini tak sama macam dulu. Jalan pintas itulah yang mengundang bahaya.OPah rasa orang yang tak minat belajar tu kena habiskan juga 5 tahun kat sekolah menengah suka tak suka. Lepas tu bolehlah buat piihan ke mana-mana bidang yang sesuai dengan dia, mungkin kemahiranlah.
Salam Opah....
Zyma tumpang baca dan tumpang komen kat sini ekkkkk.
Ponteng sekolah kian serious la, Opah.
Nak salahkan parents pun tak boleh. Nak salahkan guru pun tak boleh jugak. Bebudak zaman sekarang tak pernah fikir ttg masa hadapan. Diaorg ni sekadar nak bersuka ria je.
Salam buat Zyma, itulah yang menakutkan bagi opah anak-anak dah lepas semuanya tapi cucu-cucu yang akan membesar nanti. Harapan yang baik dan doa itulah yang termampu kita lakukan selepas berusaha.
Post a Comment