Yazid Ar Raqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata, "Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya?"
Maka ditanya oleh Nabi SAW "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahanam itu benar dan seksaan kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu Nabi SAW bersabda : "Ya Jibrail jelaskan kepadaku sifat Jahanam"
Jawabnya, "Ya ketika Allah menjadikan Jahanan, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakaar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Alquran itu diletakkan di atas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahanam itu sangat panas dan dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari lelaki dan perempuan."
Nabi SAW bertanya "Apakah pintu-pintunya seperti pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya, "Tidak. Tetapi ianya selalu terbuka setengahnya di bawah dari lain-lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda" (lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW "Siapakah penduduknya setiap pintu itu?"
Jawab Jibrail a.s "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya AlHawiyah.
Pintu Kedua, tempat orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu Ketiga, tempat orang shobi'in bernama saqar.
Pintu Keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.
Pintu Kelima, orang Yahudi bernama Hutomah.
Pintu Keenam, tempat orang Nasara bernama Saeir"
Kemudian Jibrail diam... segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya , "Mengapa tidak engkau terangkan penduduk pintu ketujuh?
Jawabya, Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dan umatmu yang sampai mati belum sempat taubat"
Maka Nabi jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail a.s meletakkan kepala Nabi SAW dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah ssedar Nabi SAW bersabda, "Ya Jibrail sungguh besar kerisauanku dan kesedihanku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya, "Ya iaitu dengan yang berdosa besar dari umatmu"
Kemudian Nabi SAW pun menangis, Jibrail juga menangis, Nabi masuk ke dalam rumahnya tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat baginda selalu menangis dan memohon kepada Allah SWT.
Dari Hadis Qudsi ; Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panas terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka Jahanamku itu;
- Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
- Setiap tingkat mempunyai 70.000 daerah.
- Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
- Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
- Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
- Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
- Setiap kotak mempunyai70,000 batang pokok zarqum.
- Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
- Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandungi lautan beracun yang hitam pekat.
- Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
- Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Berikut adalah nama-nama Syurga dan Neraka untuk pengetahuan kita bersama.
Nama Syurga,
- Syurga Firdaus
- Syurga Adn
- Syurga Naim
- SyurgaMa'wa
- Syurga Darussalam
- Syurga Muaqaamah
- Syurga Al Muqqamul Amin
- Syurga Khuldi
- Neraka Jahanam
- Neraka Jahim
- Neraka Hawiyah
- Neraka Wail
- Neraka Sa'ir
- Neraka Ladhaa
- Neraka Saqar
- Neraka Huthomah
2 comments:
opah,
terima kasih atas perkongsian ini sbg peringatan bersama
Salama kak yong. Mengingatkan diri sendiri dan orang lain mudah-mudahan kita selamat dunia dan akhirat. Amin.
Post a Comment