Followers

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah

Selamat Menyambut Tahun 1431 Hijrah dan selamat tinggal 1430 yang penuh peristiwa bagi setiap individu.Bagi yang mungkin dah terlupa bacalah doa akhir tahun dan awal tahun lepas asar nanti dan selepas magrib nantisebelum membaca yassin malam Jumaat, seperti kebiasaan kita lakukan setiap tahun.

Mudah-mudahan tahun hijrah 1431 lebih membawa kebaikan dunia dan akhirat.Menambah keimanan dan amalan membuang keburukan dan kesilapan lalu.Memaafkan sesama kita jika ada kesilapan, tapi hutang kenalah bayar.(kecuali sipemiutang reda)
Hampir sebulan opah tidak update blog kerana kesibukan dengan acara perkahwinan anak dan anak buah setiap minggu bermula dari sebelum percutian sekolah lagi. Oleh kerana kampung kami kecil sahaja penduduk lebih kurang 350 orang saja setiap perkahwinan diadakan dengan cara bergotong royong jadi kesibukannya lebih sikit dari orang yang mengadakan kenduri secara kontrak. Setiap minggu ada acara mendirikan khemah dan balai, merebus telor, masak memasak mesyuarat majlis tahlil dan lain-lain lagi

Sekarang dah selesai semuanya jadual dan jadi seperti biasa semula. Salam Maal Hijrah dari opah untuk semua.

4 comments:

Tirana said...

Salam Opah..selamat ma'al hijrah..

Maaf tak dapat hadir kenduri anak opah. Jauh sangat nak pergi..hheheh...Rupanya Opah ni adik kepada Prof Abdullah ye.. Maaf jika saya tersilap teka..

Opah said...

W.salam Tirana,salam Maal Hijrah juga dari opah. Takpa....Tekaan tu tak silap.

Unknown said...

Assalamu alaikum dan salam Tahun Hijrah buat Opah.

Saya doakan agar Opah akan sentiasa sihat dan diberkati di dalam segala hal.

Opah said...

Salam Maal Hijrah juga buat En. Din, mudah-mudahan kita semua dalam rahmat dan hidayat Allah sentiasa.