Followers

Saturday, January 23, 2010

PERLUKAH CERITA HANTU DAN TAHYUL...

Salam buat semua.

Menonton tv memang setiap hari bagi opah. Pertamanya nak dapat maklumat selain dari internet. Tak semua program opah tengok. Walaubagaimanapun semenjak dua menjak ni banyaklah pulak stesen yang menayangkan cerita hantu dan tahyul.

Opah tak pasti apa pendapat semua pembaca mengenai cerita hantu dan tahyul yang ditayangkan hampir setiap hari di stesen tv kita tak kira swasta atau tidak.

Perlukah kita di zaman ini menonton cerita hantu tu?..... Perlukah anak cucu kita yang akan jadi pewaris zaman nanti disogokkan dengan alam hayalan ni..... sesuaikah pengalaman ini disogokkan kepada mereka yang nak ganti pemimpin hari ini (tak kiralah pemimpin parti pembangkang atau kerajaan) .

Kalau ada sesiapa sudi berkongsi kebaikan dari tayangan tersebut opah suka sangat nak dengar alasannya. Kerana hiburan semata-mata dan isi masa lapang dan memang itu periuk nasi orang industri filem. Memang ada drama yang bagus dari stesen tertentu tidak dapat dinafikan. Bukankan media ini perantara untuk menyampaikan info, mengubah budaya dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.

WALLAHUA'LAM

2 comments:

Myza Pesona said...

Salam Opah,
Myza pun heran dengan stesen TV yang banyak sangat tayang cerita2 macam tu! Menambahkan ketakutan lagi pada kanak2 adalah!

Opah said...

Memang yang opah nampak pun macam tulah Myza.