Alhamdulillah dan syukur kerana hingga ke saat ini opah masih mampu bernafas untuk meneruskan lagi hidup ini yang tidak tahu bila tarikh akhirnya akan tiba. Lega rasanya selepas menjalani tempoh 4 bulan sepuluh hari .
Terima kasih untuk anak-anak dan menantu yang sungguh memahami opah dalam tempoh itu. Terima kasih atas semua pengorbanan masa dan tentunya dengan rasa kasih sayang menemani opah ketika saat memerlukan. Mudah-mudahan Allah ganjarkan yang terbaik untuk anakanda semua dalam semua hal di dunia dan di akhirat. Amin.
Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tetap datang walaupun kami semua insyaAllah akan berhari raya tanpa orang yang tersayang. Segalanya di Ramadan ini dan bulan kemerdekaan ini mengingatkan kami semua pada dia.
Alhamdulillah dan syukur pada Allah dengan rahmat dan taqdirnya.