Followers

Sunday, August 29, 2010

Terima kasih anakanda.

Salam 11 hari terakhir Ramadhan dan salam Merdeka untuk semua. Hari ini adalah hari ke 19 kita berpuasa. Syukur alhamdulillah Allah masih lagi meminjamkan segala miliknya pada kita.

Alhamdulillah dan syukur kerana hingga ke saat ini opah masih mampu bernafas untuk meneruskan lagi hidup ini yang tidak tahu bila tarikh akhirnya akan tiba. Lega rasanya selepas menjalani tempoh 4 bulan sepuluh hari .

Terima kasih untuk anak-anak dan menantu yang sungguh memahami opah dalam tempoh itu. Terima kasih atas semua pengorbanan masa dan tentunya dengan rasa kasih sayang menemani opah ketika saat memerlukan. Mudah-mudahan Allah ganjarkan yang terbaik untuk anakanda semua dalam semua hal di dunia dan di akhirat. Amin.

Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tetap datang walaupun kami semua insyaAllah akan berhari raya tanpa orang yang tersayang. Segalanya di Ramadan ini dan bulan kemerdekaan ini mengingatkan kami semua pada dia.

Alhamdulillah dan syukur pada Allah dengan rahmat dan taqdirnya.

8 comments:

Ilham Malek said...

sesungguhnya tak dapat dibendung rasa rindu pada ayahanda tercinta..namun anakanda sentiasa memujuk hati bahawa Allah lebih menyayanginya..semoga roh ayahanda tenang di sana.. ameen.. al-Fatihah

Abd Razak said...

Salam opah...

Moga opah sihat sejahtera hendaknya dalam menjalani ibadah puasa dan mencari malam yang menjanjikan amalan seperti seribu bulan.

Semoga Allah melimpahkan kurnia~Nya kekuatan buat kita semua dalam mentaati perintah~Nya dan menjauhi segala larangan~Nya..amin

Tirana said...

Salam Opah,

Kerinduan pada orang yang tersayang tetap akan dirasa biarpun telah berpuluh tahun dia meninggalkan kita..Opah apatah lagi, baru 4 bulan 10 hari. Semoga Opah tabah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh suami Opah.

cahaya petunjuk said...

salam buat bonda tercinta..
tabahkan hatimu tanpa orang yang dikasihi..semoga ronya akan drahmati Allah SWT.Amin...

Cikgu Kool said...

Kita parsah pemergiannya...semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin...

Sebagai anak-anak, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan rohnya, tidak juga kami lupa, bahawa syurga tetap terletak di bawah tapak kaki ibu...

Opah said...

Terima kasih atas ingatan dan sokongan para sahabat mudah-mudahan kita semua dapat mengakhiri Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang terbaik dari sebelumnya. Untuk anakanda semua, tingkatkan prestasi ibadat rebutlah peluang yang tidak akan datang selalu jagalah hubungan anda semua dengan RabbulJalil dan sesama insan.Mudah-mudahan Lailatul Qadr kali ini milik kita bersama...

Cikgu Jiss said...

Semoga bonda tersayang tabah, Anakda juga berdoa moga dalam apa jua keadaan Allah berikan kekuatan kepada kita... Sesungguhnya hidup yang sukar ini akan jadi mudah apabila mengingati Allah, ALhamdulillah walaupun sukar lebih ramai yg menjalani kehidupan yang lebih sukar.. Semoga Allah titipkan kekuatan buat kita menjalani kehidupannya sehingga ke akhir hayat kita, insyaAllah

Opah said...

Salam Kak De, betul tu semakin sukar semakin tinggi nilai pengorbanan. Tidak ada yang lebih baik selain menyerahkan segalanya pada Allah setelah kita berusaha sedaya upaya.Mudah-mudahan juga anakanda sentiasa dalam rahmat dan petunjuknya.