Followers

Friday, August 13, 2010

Bila Imam telah tiada

Sudah 3 hari kita menjalani ibadat berpuasa. Pelbagai aktiviti diadakan untuk mengimarahkan surau dan Masjid. Kampung opah samalah dengan orang lain barangkali cuma solat tarawikh kami tahun ini diimamkan oleh Imam Muda kampung kami sendiri. Memandangkan imam yang lama dah meninggalkan kami semua 4 bulan lepas dan imam yang seorang lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya masih dalam icu pada petang selasa sehari sebelum puasa. Seorang lagi imam yang agak senior juga sedang bersiap-siap untuk berpindah ke rumah baru jauh dari kampung opah. Imam Muda kami pulak baru saja berkahwin dan dijangka akan diposting ke sekolah yang tak tau lagi di mana dan bila.

Manusia memang pandai merancang tapi tidak pulak terfikir apa akan terjadi dari masa kesemasa. Pasal buat andaian memang kita hebat tapi Allah lebih hebat.Nampaknya jemaah lelaki yang boleh dilantik jadi imam kenalah bersedia sentiasa. Sentiasa memperbaiki diri kepada tahap yang lebih baik untuk melayakkan diri menjadi imam.Jemaah wanita masih dapat mengekalkan aktiviti bertadarus sepanjang tahun hingga ke bulan puasa.

Mudah-mudahan Imam Muda kami ini sempat mengimamkan jemaah semua sehingga Hari Raya nanti. tahun. Jom.... sama-sama rebut peluang mencari pahala yang berganda-ganda di bulan mulia ini.

5 comments:

Tirana said...

Yang boleh menjadi imam semakin pupus. Kadang-kadang seronok juga berimamkan orang muda - bertenaga. Kita yang tak bertenaga ni pun jadi bersemangat kan Opah?

Mudah-mudahan kita akan sentiasa bersemangat di sepanjang bulan ramadhan ini.

Opah said...

Betul tu Tirana, mudah-mudahan Allah sihatkan kita semua untuk menjalani ibadat yang sungguh istimewa ini..

Opah said...

Betul tu Tirana, mudah-mudahan Allah sihatkan kita semua untuk menjalani ibadat yang sungguh istimewa ini..

Abd Razak said...

Salam opah...

Imam juga memainkan peranan untuk menjadikan kita khusyuk dalam solat melalui bacaannya. Kadang masa solat terawih ada imam laju sangat membuat kita jadi penat utk mengejarnya.

Opah said...

W.salam sdr. Razak, memang ya pun. Maklum semuanya kita pinjam dariNya segala kekuatan dan keselesaan telah lama dipinjamkan. Jadi kita redzalah dengan apa yang telah ditakdirkan sebagai makhluk. Bagaimanapun ikhtiar mesti ada jugakan.