ASSALAMUALAIKUM
Opah percaya semua orang pasti tahu erti sembahyang atau solat bagi orang Islam. Opah pun dah tahu solat ini sejak umur enam tahun lagi. Kita dah bersolat bertahun-tahun lamanya tapi hanya Allah saja yang tahu berapalah markah solat kita tu.Bila mati esok barulah diperlihatkan dan dirasakan keputusannya.Tidak dinafikan pula sesetengah orang Allah telah tunjukkan didunia lagi kesan meninggalkan atau mengabaikan solat, alhamdulillah kalau dia cepat menyedarinya.Tidak kurang pula orang-orang yang telah Allah perlihatkan ganjaran yang baik dari solat yang dipersembahkan. Opah tujukan khas catatan ini untuk peringatan bagi opah sendiri sebagai hamba Allah dan anak cucu opah yang sangat-sangat opah kasihi terutama yang masih liat dan lalai ketika mengerjakan solat.
"Ketahuilah wahai saudara-saudara sekelian, moga-moga Tuhan tambahkan kami dan kamu pengetahuan agama dan memimpin kami ke jalan lurus serta menghindarkan kami dari segala kejahatan diri dan kemahuan nafsu; bahawa sembahyang itu adalah tiang agama dan sepenting-penting asas Ialam yang lima sesudah dua kalimah syahadat. Duduknya pada sisi agama, laksana pada sisi tubuh.Jika orang tidak bisa hidup tanpa kepala, demikian pula dengan agama, tidak bisa teguh tanpa sembahyang." Demikian maksud dari sebuah hadis.
"Peliharalah sembahyang dan sembahyang pertengahan, serta tegaklah berdiri mematuhi perintah Allah" (albaqarah:238)
Ada dua hakikat bagi sembahyang, iaitu hakikat lahir dan hakikat batin.Ia dikira sempurna kiranya dapat melaksanakan kedua-dua hakikat ini sekaligus.
Perkara lahirian; berdiri, membaca, ruku' sujud dan seumpamanya itu dari tugas sembahyan yang lahir.
Perkara batinnya khusyu' hadir hati, tulus ikhlass yang sempurna, meneliti dan memahami makna-makna bacaan, tasbih dan seumpama itu dari tugas-tugas sembahyang yang lain.
Tugas yang lahir ialah bahagian badan dan anggota . Manakala tugas sembahyang yang batin, ialah bahgian hati dan rahsia kebatinannya. Yang kedua inilah tempat yang diperhatikan Allah terhadap setiap hambaNya yakni hati dan rahsia dalam dirinya.
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah: Perumpamaan orang yang mendirikan sembahyang secara hakikat lahir saja , serta mengalpakan hakikat batinnya, ibarat seorang menghadiahkan seorang puteri yang sudah mati, tidak bernyawa lagi, kepada seorang Maharaja Agung. Dan perumpamaan orang yang alpa mendirikan hakikat sembahyang nya yang lahir, ibarat seorang menghadiahkan puteri yang kudung kaki tangannya, buta pula matanya, kepada seorang raja. Mereka akan disiksa dan dianiaya oleh raja kerana menghina kedudukan raja serta mengabaikan haknya.
Imam Ghazali menyambung lagi, katanya: Samalah perumpamaannya dengan anda yang menghadiahkan sembahyangmu itu kepada Tuhan. Awas! janganlah sampai anda menghadiahkan sembahyang dengan sifat-sifat tersebut. sehingga anda patut menerima siksaan Allah. Sekian maksudnya.
Meninggalkan dan mengabaikan solat samalah menempah tiket ke neraka jahanam. Diriwayatkan sekali meninggalkan solat 40 tahun kita akan berada dineraka.
Ketika di dalam kubur nanti pahala dari ibadat lain tidak dapat mendekati atau kita rasai sekiranya kita tidak mengerjakan solat. Nauzubillah ....
petikan dan rujukan "Nasihat Agama dan Wasiat Iman" oleh Imam Habib Abdullah Haddad
7 comments:
Mekaseh ye opah sudi berkongsi ilmu...
salam opah..
kebetulan lalu disini,singgah sebentar.
bagus,kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.mungkin antara kita ada yg lalai..
soalnya,betul atau salah solat kita?kenapa solat kita berbeza antara satu sama lain?solat pak imam dan tok bilal pun berbeza.takbirnya,duduknya dsb.solat sape yg betul?
opah seawal usia 6 thn sudah tau bersolat,sedangkan saya hingga sekarang masih terkial-kial dalam melakukan solat.harap opah dan tetamu opah dapat mendoakan agar saya dapat bersolat dgn sempurna.. maaf ye opah kalau saya termelalut..
W. salam Che Aku.
Terima kasih kerana sudi singgah. Betul kata che Aku ni, opah pun tahu solat sejak 6 tahun tu cara budak 6 tahunlah seperti prasekolah hari ini saja. Mungkin perbezaan yang che Aku sebut itu kerana Mazhab tak sama usia dan faktor kesihatan.Tak ada nak dimaafkan che Aku tak salah apa-apa kita sama-sama belajar lagi dan buat sebaik mungkin tak kiralah berapa usia kita.
Insaf nih...huhuhuh! Terima kasih bonda!
Salam buat opah.
Terima kasih di atas peringatan dan nasihat. Memang kita makhluk yang lalai. Diri saya walau pun orang kata usia telah melewati zuhor, tetapi kelalaian dan kelekaan tetap ada.
Masih tidak memenuhi dan menyatukan diri hatta ketika solat sekali pun. Ada buka tidak ada langsung tetapi hanyalah kadang-kadang.
Terima kasih sekali lagi. Moga hidup opah dirahmati Allah adanya.
terima kasih dia atas peringatan..perkongsian yg baik..
terima kaseh semua kerana sudi singgah dan sama-sama memberi peringatan
Post a Comment