Followers

Monday, November 17, 2008

TERKINI DARI OPAH

Assalamualaikum ...

Beberapa hari ini Opah sibuk dengan satu lagi aktiviti tapi blog tetap buka dan lihat, terharu sungguh opah dengan komen dari anak Demang.terima kasih demang, teruma kasih juga En. Maountweller yang memberi sokongan pada opah.Opah ni taklah pandai sangat nak link-link tapi alhamdulillah opah telah melahirkan anak-anak yang ada jugak kepakaran yang boleh mengajar opah bila mereka balik atau ada di sisi opah, ada yang ajar opah dari jarak jauh pun.

Sudah hampir tujuh bulan opah bersara ke mana opah dan atuk pergi selalu ditanya rakan-rakan apa aktiviti sekarang dah melancung kemana? soalan-soalan yang sama dari orang yang berlainan. Begitu prihatin rakan-rakan opah, ramai juga yang tanya tak jemu ke duduk rumah? Opah jawab, Setakat ni belum lagijemu, rasa selesa dengan pelbagai aktiviti yang opah rancang bersama atuk setiap hari.

Masa bekerja dulu opah hanya libatkan diri sedikit saja dengan masyarakat maklum kita terikat dengan masa kerja. Sekarang sepenuh masa boleh bersama rakan-rakan suri rumah kawan opah. Kebanyakan mereka tak bekerja tapi ada yang begitu berminat nak berniaga kecil-kecilan, jadi dalam minggu ni opah dan rakan2 baru memulakan aktiviti perniagaan ni. Mereka ada kepakaran membuat kuih-kuih basah jadi kami cuba dengan pelbagi kuih muih termasuklah opah, buat semangat kata mereka.Nak tolong dengan wang ringgit mungkin kita tak bertahan jadi opah beri sokongan dan turut menyumbang bahan jualan. Alhamdulillah setakat ni jualan setiap hari habis , jualan bermula pukul 7.30 pagi hinggalah pukul 9.00 pagi.Kami berjualan di di hadapan pintu gerbang jalan utama ke kampung opah pembelinya dari kampung opah jugak. Setakat ini penduduk kampung opah ni walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza dan taraf hidup pun berbeza masih dapat bersatu hati lagi.Sebagai orang tua opah selalu ingatkan mereka apa pun fahaman kita Tuhan kita tetap satu, agama kita satu.Orang Umno ke orang PKR ke Pas ke Allah itulah Tuhan kita.Cukuplah musim Pilihan raya kita mempertahankan parti dan calon masing-masing.Berjuanglah dalam apa jua biarlah matlamatnya adalah sama untuk umat Islam sejagat.

2 comments:

Unknown said...

Salam buat opah.

hueh... dah bersara tapi jadual masih padat! Saya ucapkan opah selamat berbakti selagi termampu.

Bagi saya, sesudah bersara nanti saya terpaksa lakukan sesuatu yang boleh menyihatkan badan dan di samping itu saya akan cari suatu kerja yang boleh menggerakkan minda. Sebab apa? sebab ramai orang yang telah bersara akan cepat tua dan cepat disinggahi penyakit. Lantaran kurang berfikir dan kurang menjalankan aktiviti yang menyihatkan badan.

Saya sekarang sudah masuk ke 54 tahun dan insya Allah kalau di sihatkan badan saya oleh Allah, selepas bersara nanti saya mampu lagi mendaki gunung.

Guru saya pesan, salah satu penawar cegah penyakit dan nyayuk adalah sembahyang malam\tahjud dan sebagainya. Wallahu Aklam.

Opah said...

W. salam

Terima kasih.Betul sangatlah pesan guru En.Mountdweller tu, mudah-mudahan Allah makbulkan. Hebatnya anda masih aktif mendaki lagi di usia emas ini.