Followers

Wednesday, December 17, 2008

ISLAM DAN KRISTIAN DI JAWA

Assalamualaikum wr...wb..

Jauh berjalan luas pandangan dan tambah pengalaman, pengalaman itulah yang mendewasakan kita untuk meneruskan hidup ini dengan pandangan yang lebih matang dalam pelbagai aspek kehidupan. Bercerita tentang diri dan negara kita saja rasa tak puas, jadi walau pun mungkin ada orang yang lebih tahu atau sudah tahu anggaplah ini hanya luahan hati apa yang opah lihat dan rasa ketika ziarah ke negara jiran kita Indonesia.

Walaupun negara Indonesia bukan negara Islam tetapi majoriti penduduknya beragama Islam. Salah satu program semasa opah ke sana adalah melawat ke Desa Gadog dengan menaiki delman (kereta kuda zaman kuno) menyusuri bandar Cipanas dari Hotel Surya Indah. Kami melawat Taman Kanak-Kanak Iqrak dan Masjid Jami' Al-Islah . Kami disambut dengan selawat,nasyid dan kompang mula-mula terkejut juga tapi memang itulah cara menyambut pelawat dari Agensi Kembara Riadhah sampai. Selain majlis silaturrahim dan jamuan pelawat juga boleh menyumbangkan wang untuk dana Masjid dan hadiah untuk anak-anak di Tadika Iqra (Kebanyakan dari golongan kurang mampu).Rata-rata ahli rombongan termasuk Opah tabik pada Hj. Muzammil ketua rombongan part ni yang opah paling suka yang lain tu samalah dengan program agen pelancongan lain.3 Masjid yang kami ziarahi mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu Masjid At Taun di Puncak dan Istiqlal di Jakarta.

Sepanjang jalan dari Hotel Surya Indah ke Masjid Jami' Desa Gadog ini kami melalui perkampungan, melihat surau dan gereja bersebelahan saja. Penganut kristian dan Islam juga tinggal berjiran. Hanya pakaian, haiwan peliharaan dan ucapan yang akan menjelaskan siapa mereka. Kristian dengan skirt , baju tak berlengan memegang anjing melambai-lambai sambil mengucapkan "Hello" Muslim pula akan menyusun jari dan memberi salam lengkap berpakaian menutup aurat.Di Cianjur azan berkumandang setiap waktu solat terasa seperti berada di kampung sendiri di Seberang Perai berbanding semasa menginap di hotel Gren Alia Cikini (Jakarta), puas menunggu bunyi azan tak taulah kalau jarak Masjid Istiqlal (boleh memuatkan 100,000 jemaah) begitu jauh hingga tak terdengar.

Menurut Pak Rizal pemandu pelancong kristian dan muslim hidup aman di sini dalam satu kampung. Berbezanya dengan kita di Malaysia penempatan saja sudah memisahkan kita inikan pula tempat beribadat. Nampaknya walaupun Pulau Jawa adalah salah satu dari 3 serambi Mekah di Indonesia, penganut kristiannya juga tak kurang hebat butkinya binaan Gereja Kristian terbesar bersebelahan Masjid Istiqlal di Jakarta. Suasana ini lebih kurang sama dengan Sumatera.

Opah juga berpeluang melawat kawah gunung berapi yang masih berasap di Gunung Tangkuban Perahu terkenal dengan kisah Sangkuriang. Singgah di Hot Spring, Ciater dan sempat ke Ancol Bay City(kurang suka) dan tidak kurang menariknya Taman Safari Indonesia di Cisarua Bogor . Pelancong memegang dan memberi haiwan makan kecuali Harimau dan Singa. Alamnya masih banyak yang belum tercemar.

5 comments:

Unknown said...

A'kum Opah.

Islam tidak memisahkan kita di dunia. Cuma sentimen yang menjadikan kita begitu. Mungkin kerana polarisasi kaum. Di Indon walau pun ada Islam dan Kristian, tetapi majoriti dari mereka adalah dari kaum yang sama tidak macam kita di sini.

Di sini sebenarnya bagi saya bukan saja agama yang memisahkan kita tetapi yang lebihnya adalah budaya. Budaya yang memainkan sentimen.

Cina tidak boleh menerima sepenuhnya budaya Melayu dan Melayu memang tidak boleh menerima budaya cina dengan sikap kasarnya, bisingnya dan berdendam. Cina, satu perkara yang mungkin kita tidak sedari memandang rendah kepada Melayu.

Itulah hakikat sebenarnya. Saya boleh menduga semua ini sebab saya ramai berkawan dengan sama ada Cina dan India malah kami pernah duduk di dalam satu rumah semasa saya bujang dulu.

Opah said...

W.salam
Memang itulah jawapannya, dugaan tu tak silap rasanya. Opah pun pernah bekerja dan berkawan serumah tu belum tapi semeja dibilik kuliah tu pernahlah.Walaubagaimanapun orang Islam kena bersatu tak kira bangsa apa pun dia.

azlishukri said...

di malaysia saya fikir orang melayu harus mengamalkan terlebih dahulu cara hidup islam yang sebenar

Opah said...

Assalamualaikum M. Azli,

Itulah yang paling baik jika kita dapat amalkan. Terima kasih sudi berkongsi idea.

Sheikh Helmi said...

Ya betul Opah,jauh perjalanan luas penalaman. Selain bekerja d Saudi n,sy juga penah ke Beijing,China.Dalam rmai2 d beijing tu,tetiba sy dipeluk oleh sorang lelaki tua.saya terpinga2 masa tu.rupa2nya dia tau sy ni muslim coz masa tu sy pkai kopiah raihan tu.yg paling menarik & kagum dgn masyarkt muslim d China,masjid2nya sentiasa dpenhi jemaah entah dr mana tiap kali solat fardhu..malang skali,masjid di negaraku tercinta indah rupa dari isinya.astaghfirullah....