Followers

Friday, February 6, 2009

PERAK NEGERIKU

Salam untuk semua, mudah2an Allah sentiasa menganugerahkan kita kesihatan, kedamaian dan... semua yang terbaik opah pohonkan. amin.

Sebagai rakyat negeri Perak walau pun dah tinggalkannya lebih kurang 30 tahun hanya balik sekali-sekala hati dan perasaan opah tak pernah melupakan negeri tempat opah dilahir dan dibesarkan. Alhamdulillah walaupun tak menetap di Perak opah sentiasa ikuti saat-saat suka duka, cemas dan dramatiknya apa yang berlaku dalam minggu ini pada negeri kesayangan opah tu.

Tidak terlibat dengan politik sangat tapi ikuti juga perkembangannya, opah sangat berharap pada kedua-dua pihak yang berundur dan yang dinobatkan semula sentiasa berwaspada ingatlah kuasa adalah amanah Allah. Di akhirat pemimpinlah yang akan dipersoalkandulu(semua kena termasuklah opah yang kerdil ni) sebab tulah di zaman Rasulullah pemimpin adalah dari kalangan Ulama'. Di zaman Rasulullah segalanya boleh dirujuk pada Nabi Muhammad, pemimpin yang tidak dapat kita bandingkan dengan sesiapa pun ...... Kalau tak dapat ikut semua pun ambillah teras perjuangannya atau ikut landasan yang sama jangan menyimpang sebab Islam itu adalah cara hidup.

12 comments:

Unknown said...

salam opah,
teman ade keluarga angkat di Junjung Kulim.. dekat ler dgn BM. selalu masa belajo (thn 1990) kat Kulim, BM jer le tempat melepak..

Tirana said...

Harap2 MB baru ni akan bawa Perak ke arah yang lebih islamik

Unknown said...

Salam Opah,

Bagi saya kalau yang masuk pintu belakang itu adalah pencuri. Bolehkah diharapkan pencuri untuk mengikut cara Rasulallah? Adakah seorang yang mencuri kerana tamak boleh kita katakan ianya beriman!

Opah said...

Salam untuk semua,
kak yong bila datang BM jemputlah ke pondok opah ni.

Opah said...

Salam Tirana,

Sebagai rakyat kita mengharap perkara terbaik dengan cara paling baik berlaku.

Opah said...

Salam untuk semua,
kak yong bila datang BM jemputlah ke pondok opah ni.

Opah said...

Salam En. Din,

Sahihnya En.Din nama pun pencuri, masuk pintu belakang tamak pulak tu opah xyah tulislah kan.

su said...

sronok ke perak...lelebih lagi loghatnyer yg unik...dan skrg mcm2 cite ttg perak...su hrp yg terbaik utk rakyat perak.. :)

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam ziarah Opah :-)



















p/s: Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu

Opah said...

Salam kenal Faizal, t. kasih.

Myza Pesona said...

Salam Opah,
Sedih jugak tengok apa yang berlaku kat dalam negara kita sekarang ni! Apa pun harap janganlah sampai jadi macam yang di palestin tu!

Sheikh Helmi said...

Lama rasanya x ziarah blog Opah ni...
Semoga semua pemimpin kita senantiasa meletakkan aulawiyyat ummah t'lebih dahulu drpd personal interest mereka... Wallahhua'lam...