Followers
Friday, January 23, 2009
TERKENA SIHIR ,KETEGURAN DAN BUATAN ORANG
Salam untuk semua,
Setiap hari menjadi-jadi pulak cerita hantu kat tv. Opah bukanlah suka sangat tapi bila tengok rancangan lain adalah pulak iklannya. Mahu tidak mau tengok jugalah dah depan matakan. Mungkin di luar sana ada orang yang pernah disihirkan atau terkena buatan orang dalam pelbagai bentuk. Banyakalah istilah yang sering digunakan seperti kena santau, buatan orang, kena tegur dek jin dan macam-macam lagi.
Opah adalah juga pengalaman kena tegur tapi masa kecil dulu dalam ketika itu dalam lingkungan 6 tahun, Opah dan rakan-rakan suka merayau ke hutan kecil di kaki Gunung Semanggol, kampung kelahiran opah, mencari tumbuhan namanya Pokok Lemba untuk dimakan kemudian minum air rasanya sangat manis. Apabila pulang ke rumah malamnya opah dikatakan meracau-racau dan menangis hingga dipanggilkan bomoh, bomoh yang dipanggil pulak tak sempat naik rumah lagi dan menurun ( tak sedar diri). Bomoh tu kata mungkin opah dah pergi main ke kawasan makluk halus dan dah kena tegur smapai demam. Tak taulah opah sejauh mana kebenaran cerita ni. Tapi yang pasti demam tu Allah takdirkan mungkin minum air sungai dengan buah lemba banyak sangat.
Pengalaman bersama orang yang terkena sihir sangatlah mencabar, kadang-kadang takut kita pulak yang terkena kalau lemah semangat.Ketika tinggal di asrama dulu rakan-rakan yang terkana histeria menjerit-jerit nak lari ke Gunung berhampiran. Peristiwa ini berlaku bila antara kami yang suka sangat ketawa-ketawa dan bergurau lebih-lebih pada waktu siang. Malamnya ada yang nampak kepala orang di atas tali kelembu bergerak ke sana ke mari. Sungguh menyeramkan. Warden panggil Ustaz dan bomoh untukk menenangkan mereka. Kalau sorang takpalah jugak ini sampai 5 atu 6 orang jadi serentak. Tiap-tiap dorm ada wakilnya.
Kampung opah tinggal sekarang pun masih terdapat kejadian. contoh terkena santau, baru-baru ini anak jiran (dikatakan bomoh) terkena santau, akibatnya kegatalan seluruh badan dan mengalami pendarahan, mungkin luka usus kerana santau yang diperbuat dari seerbuk kaca.Tiap penyakit ada penawarnya. Seorang rakan guru terkena santau sampai peringkat jarum peniti keluar dari kakinya semasa sedang exam. Dia disembuhkan dengan izin Allah melalui Dr. Harun Din di Bangi.
Dalam semua pengalaman dan cerita yang opahtahu tidak sama dengan penderitaan yang ditanggung oleh seorang ahli keluarga opah(wanita) dia dengan izin Allah hingga kini usianya 66 tahun telah menderita akibat tekanan jiwaselama 47 tahun. Menurut ceritanya dia dikenakan oleh bekas suaminya yang mahu dia balik semula padanya ( bajunya dicuri dan suaminya menggunakan khidmat bomoh siam seperti yang diceritakan). Sebelum itu dia menuntut fasakh dari suami kerana suami kaki judi (barang kemas digadaikan) dan cemburu (sekarang mungkin dah jadi baik).
Usia perkahwinan 3 bulan dan dia mengandung anak pertama ketika itu. Wanita ini mengalami sakit jiwa yang teruk dan bila melahirkan anak, anak meninggal pulak. Bertambah2-tambahlah penyakit yang menimpa. Dia akhirnya menerima rawatan di Tanjong Rambutan hampir lapan tahun. Kini terlantar lumpuh sebelah badan dipelihara oleh seorang adek lelaki yang sungguh menyayanginya walau pun dia ternyata sudah tidak berdaya dan tak tau apa-apa lagi dalam hidup ini.Allah lebih tahu mengenai sesuatu kejadian itu. Mudah2an Allah akan takdirkan yang terbaik untuknya diakhirat nanti.
Adakah orang-orang yang melakukan atau mengenakan orang lain kerana tak puas hati, dendam akan terselamat di dunia ini? Dunia ini hanya sementara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
betul ape yg opah ckp tu..dia org ni memang bodo la..sampai wat mcm tu sekali kan..org tu nak hidup mcm mane dia hidup gak.cube gune peransaan dengki tu untuk berjaya dengn cara yg elok.ni tak...hai ape la nak jadi kan...
Salam Opah,
Saya percaya semuanya adalah takdir. Disantau hanyalah method untuk Allah menyempurnakan takdir tadi.
Saya sendiri pernah alami. Muntah keluar darah, batuk keluar darah dan badan makin kurus. Pergi hospital jumpa Doktor. Masuk ward semiggu untuk Doktor analisa penyakit. Ambil darah, ambil kahak, ambil najis, xray dan entah apa-apa lagi. Takut tibi, takut barah. Hasilnya tidak ada apa-apa. Lepas seminggu disuruh pulang dengan hanya dibekalkan vitamin.
Keluar ward pergi jumpa seorang kawan arwah ayah yang mengamalkan terekat. Bisa berjaya dikeluarkan melalui liang roma. Bermacam macam bentuk. Dari miang rebung, serbuk kaca sehinggalah serbuk rambut. Rasa oklah sikit.
selepas itu saya jumpa seorang lagi pengamal terekat. Dia tolong dengan meminum penawarnya, muntak keluar semacam minyak kotor. Dia kata minyak mati dibunuh. Dia kata apa yang saya alami, sepatutnya sudah saya sudah arwah tapi alhmadulillah jiwa saya kuat dengan amalan tertentu saya selamat.
Bermula dari situlah saya serius dengan amalan zikir dan belajar tasauf.
opah...kebetulan suami leh mengubat/menolong org sakit ni...dgn pertolongan Allah juga...mcm2 kes yg su tgk...lebih2 lagi terjadi kat emak su...buat su pelik kenapa org2 yg jht ni ambil jln mudah? sikit2 nak sihir...sikit2 nak buat sampai lumpuh...sampai mati pon ade kan opah!moga org yg ikut jln mudah(gune sihir ni) dihukum oleh Allah...
Salam Ateh En. Mountdweller dan Su,
Semuanya bermula dari perasaan hasad dengki dan dendam. Dalam Islam semuanya lengkap, kalau marah tak puas hati ada caranya, kemarahandan sifat buruk itu seolah-olah menempa tempat di neraka jahanam.
Betul kata En. Mountdweller tu santau tu cara saja, alhamdulillah kuat semangat dan amalan insya...minta dijauhkan. Tapi kena berhati-hati tentang makan dan minum di luar.Dr. Harun pun mengamalkan zikir juga sperti yang En. Din sebutkan.
Baguslah Su kalau suami ada kebolehan mengubat penyakit ni.Itu satu anugerah yang hebat.
begitulah manusia.kerna hasutan syaitan Nabi Adam & Hawa dibuang dr Jannah.kerna hasad dengki,syaitan juga 'digunakan' sbgi alat pemuas nafsu khianat! astaghfirullah...
salam,
memang hati orang kita tak tahu. manusia ni bermacam-macam ragam dan perangai. yang diluar tidak menggambarkan isi didalam. cuma doa dan zikir boleh diamalkan sebagai pendinding semoga dilindungi oleh Allah S.W.T.
salam opah,
semasa saya kecik dulu org2 kg makbonda saya dikatakan mnyimpan hantu raya & polong. Selain itu, santau menyantau ni mjadi kebiasaan msyrkt di kg tu, yg rata2 berasal dari Sumatera utara (berhijrah ke M'sia sejak hampir 90 tahun yg lalu). Maksedara saya pula sampai skrg masih berubat & mbuang segala mcm 'penunggu' yang di'hantar' orang. saya masih ingat semasa maksedara masih anakdara, dia kerap pengsan dan dibadannya akan keluar benda berkaca spt kaca berderai & miang buluh.
Ntah la tak tahu saper punya angkara. skrg ni, bila berubat, maksedara kdg2 sampai pengsan2.. Takut juga sebenornya bila dengor & tengok perkara2 mcm ni.. Memang sentiasa minta dijauhkan.
Semasa saya sekolah asrama dulu, bapa sedara ajar doa ni utk amalan sebelum tidur. saya cuba recall ayatnyer, tapi tak boleh nak recall pulak skrg ni. Walhal dok baca selalu. Biasa la kan, sek asrama terkenal dgn kes histeria dsb. Memula tu tak tahu kenapa paksedara suruh amal ayat tu, bila cuti sekolah, tanya kat paksedara.. katanya utk pendinding diri supaya tak nampak perkara2 yg mcm2 tu yg boleh buat lemah semangat.
salam opah..
memang manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dah ada..
sifat dengki iri hati, dendam mmg ada dlm semua jiwa manusia..
tapi bila dah perasaan itu menguasai diri macam nie lah yang berlaku...
sanggup menghancurkan hidup org lain..
setiap perbuatan itu pasti akan dapat balasan yang setimpal dari yang Maha Esa..
kita yang masih normal ni berdoa lah semoga hati kiter tidak sekeji manusia sebegitu... wallahualam...
Salam opah,
Wah...menarik betul entry2 opah ni...Tie lompat dari blog ateh...
Nanti senang Tie datang baca lagi, ekk..
Salam untuk semua,pada Along dan Tie salam kenal dari opah. Terima kasih sudi jengok-jengok opah.
dasatnya org ni kan..sesuka hati nak kena kan org lupa la tu balasan akhirat nanti
Salam Zam,
Bila kita dikuasai nafsu amarah selalunya iblis lah yang akan jadi penasihatnya, sebab tu kalau kita rasa sangat nak marah cepat beruduk dan ambil quran baca.
Assalamualaikum opah. terharu saya terjumpa blog opah ni. Dah lama saya tercari-cari sesuatu untuk saya merasa saya berpijak di bumi nyata semula. Tempoh ini saya sedang dalam keadaaan kebingungan. Suami saya telah terkena sihir. Setahun 2 bulan sudah. Berbagai usaha saya telah lakukan.
Doktor pakar kata mereka tak tahu apa penyakit suami saya. Sehingga 11 bulan lepas saya berjumpa seorang ustaz dan jin di dalam badannya mula berkata-kata. Terkejut saya, yang selama ini tidak begitu percaya tapi ini berlaku pada saya dan di depan mata. Berbagai cara mengusirnya tapi tetap juga jin itu tak mahu pergi. Katanya dia harus selesaikan tugasnya-membunuh suami saya. Katanya lagi 'genggam bara api biar sampai jadi abu'. Demi Allah opah, tak akan tercapai hasratnya itu kalau tidak dengan izin allah. Dan sungguhnya hajat saya pula, Suami saya kan sembuh seperti sediakala. Doakan. Kejam sungguh manusia yang mengupah, melakukannya semata-mata kerana nafsu. Saya sedar ini ujian Allah yang amat berat untuk saya dan anak-anak (3 orang) tapi kadang2 terasa tak teranggung.
Terlalu sedih melihat insan tersayang menderita di depan mata. Hari-hari yang dia lalui amat memeritkan. Bayangkan, dia seorang penulis bebas tidak dapat lagi membaca, berfikir secara serius, tidak dapat tidur sepanjang malam, matanya, telinganya terasa setiap saat dikorek-korek sehingga mata kanannya juling, itu bererti berakhir segala kehidupannya. Sehingga berkali-kali dia memohon maaf kerana terpaksa menyusahkan saya. Dan kehidupan kami anak beranak jadi tunggang langgang. Kasihan anak bongsu kami (6 tahun). Katanya: Dulu abah selalu bawa adik ke taman, nanti abah sihat abah bawa adik tau!. Hilang masa setahun 2 bulan sudah bersama abahnya. Kini, masanya selalu mengikut umi berubat abah seminggu sekali atau 2 kali, sehingga dinihari dan keesokkannya dia akan bangun untuk pergi ke sekolah. Perit sungguh kami menanggung segalanya ini. Doakan kami opah sehingga ketemu penawarnya dan sehingga itu doakan ketabahan saya melalui semua ini.
Salam kenal buat Umi,
Opah sangat bersimpati dengan apa yang anakandda Umi dan suami tempuhi sekarang, cuba lah dengan perubatan tradisional contohnya Dr. Harun Din di Bangi atau lain-lain yang mungkin opah tak tahu di Kedah adalah juga orang pernah pergi berubat. Di Pulau Pinang ni tak banyak yang opah tahu. Apa pun opah harap Umi bersabar dan sentiasa akan mendapat pertolongan yang Maha Kuasa namyakkan solat tahajud, hajat selain berusaha dengan perubatan tradisional senjata mukmin adalah doa pada Allah sesungguhnya doa orang yang teraniaya tidak ada hijabnya.
ust Harun Din pun saya dah pergi opah. sewaktu di sana, jin tu menghilangkan diri sementara. Itu katanya pada ustaz yang saya selalu berubat di Ipoh ni. Macammana pun bila berkesempatan, saya akan ke sana lagi. Terima kasih opah atas nasihat di atas. itulah yang sebenarnya yang amat saya perlukan, biar berkali-kali telah saya dengar tapi amat bermakna sekali setiap kali di dengarkan semula.
Salam untuk Umi dan suami,
Bersabarlah menghadapi dugaan, mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang Allah taqdirkan. Berubat tradisional ni kena diulangi paling kurang 3 kali cuba lagi. Kawan opah yang terkena santau juga berubat dgnnya berulangkali. Mesti dia ada kelemahan sebab tu bila ke tempat tersebut dia menghilangkan diri. Ust. juga ada ajarkan zikir (sentiasa dilafazkan) tapi opah tak ingat zikir tersebut mungkin di sana boleh ditanyakan pada ustaz-ustaz (di Pusat Rawatan tersebut). Jika ada rakan atau Umi berpeluang ke Tanah suci minta jasa baik mereka berdoa ditempat-tempat maqbul doa di sana sekarang ramai jemaah sedang mengerjakan umrah. Jika ada info lain mengenai tempat berubat tradisional akan opah maklumkan melalui blog ini nanti atau boleh tinggalkan no hp pada opah. Opah harap Umi dan suami serta anak-anak bersabar dengan dugaan Allah. Mudah-mudahan suami Umi akan segera sembuh dan sihat seperti dulu.
Seorang teman suami baru balik menunaikan umrah. Alhamdullillah katanya berjaya mendapat 7 kali umrahnya. Dan juga katanya setiap kali doanya dia tidak melupakan secebis doanya itu untuk suami saya, terimakasih Hanim. Mungkin Allah masih belum mahu berhenti menduga kami. Malam esok saya akan berubat lagi opah, doakan.
Salam buat Umi, insyaAllah opah doakan yang terbaik buat suami Umi, panjatkan doa dibulan mulis ini.Allah sentiasa mendengar doa hambanya dan yang pasti dia AQrrahman dan Arrahim. pengasih dan penyayang.
memanglah orang kata dah takdir nak kena kejahatan sihir itu. akan tapi jika kita suluh akan perbuatan laknat dan jahat itu, kita patut menentangnya. inilah kemungkaran yang perlu dicegah. ianya sebagai penyakit bangsa melayu dan rantau ini. saya dapati kalau ada orang disihir, ada masyarakat kita yang berdiam diri. sepatutnya masjid-masjid kita perlu adakan khidmat untuk sembahyang hajat percuma sekiranya ada seseorang yang disihir supaya kejahatan itu tuhan jauhi. cubit peha kiri, peha kanan juga rasa sakit. ini tidak masyarakat islam membisu takut untuk menentangnya.jangan marah, bangsa melayu inilah asas kemunduran dan menjadi abdi dinegeri sendiri.
salam sue
suami bole berubat ke?
dekat mane ye?
019-3726897 mintak dptkn alamat. tq
salam
bole tahu x kt mane berubat ?
019-3726897.
kalau bole dptkan alamat.
tq
Rawatan pengasih ilmu hitam ilmu putih jarak jauh jarak dekat
-suami/istri curang
-tunang/kekasih berpaling hati
-santau
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pembenci
-pemisah
-pemikat
-mandi bunga
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
ILMU SIHIR SANTAU
ILMU SANTAU SIAM
ILMU PEMIKAT POMPUAN
RAJA BOMOH SEDUNIA
SANTAU SUM POWER
PELARIS DALAM TALIAN
ILMU SANTAU M**I
SANTAU ANGIN
SANTAU TEPUK BANTAL
SANTAU PATUNG
SANTAU MAUT
SANTAU DI KEDAH
ILMU PENUNDUK
ILMU PENGASIH
MANDI BUNGA
BUKA AURA
Call WhatsApp. 082246311483
Post a Comment