Followers

Wednesday, October 7, 2009

Dana oh! Dana .....

Salam semua rakyat Malaysia , Indonesia dan Filipina.

Setiap hari kita dipaparkan dengan perkembangan malapetaka yang menimpa negara jiran dan saudara mara kita di Padang dan di Filipina juga. Apa yang telah terjadi tak dapatlah kita nak pertikaikan lagi ia adalah kehendak Rabbul Jalil. Sebagai hamba kita menerima dengan rasa insaf yang amat sangat, Tuhan berhak menarik balik segala rahmat yang diberi sekelip mata saja tanpa amaran apa-apa.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan keperihatinan terhadap kesusahan orang lain pun mula menghulurkan derma sebanyak kemampuan masing-masing dengan berharap akan mengurangkan beban saudara-saudara di sana.

Malangnya bila diwawancara oleh pelbagai sumber maklumat kita dari sini, ternyata ungkapan mangsa-mangsa kebanyakannya kurang puas hati bagaimana wang dana itu diagih2kan . Menurut sumber berita, kebanyakan dana itu akan menipis atau mengurang di perjalanan disapu oleh orang tertentu (pegawai kerajaan Indonkah?) Akhirnya yang sampai ditangan mereka hanyalah Mee Sedap yang dah tak berapa sedap lagi untuk dimakan.

Ingat.... kita mengambil hak orang yang layak menerima,mengambil tanpa keredaan orang yang memberi, janganlah mengundang kemarahan Allah dengan tindakan itu kelak mengundang bala dan bala lagi....Nauzubillah...

3 comments:

Unknown said...

Salam Opah.

Kita bersimpati dan sedih tetapi dua perkara yang membuatkan saya tawar hati untuk menderma.

Pertama adalah kebocoran

Kedua adalah kerana tindak tanduk rakyat Indon sendiri yang mencipta kebencian dan permusuhan dengan kita

Opah said...

Ya lah En. Din, walau pun tak semua yang terlibat, tapi cukup menyebabkan kita rasa tak senang hati. Bila kita ditimpa musibah sepatutnya baliklah pada yang maha Kuasa.

Tirana said...

Sedih juga bila tahu bantuan yang kita hulurkan tidak sampai kepada yang berhak menerima. Orang-orang yang mengendalikan bantuan itu tentu tidak amanah jika mereka mengambil apa yang bukan menjadi haq mereka. Tunggulah balasan dari Allah kelak.