Followers

Thursday, November 13, 2008

MASA ANAK SEDANG PERIKSA





Assalamualaikum.. wr wb....

Sekarang ni musim peperiksaan,dah lepas UPSR hari ni dah keluar keputusan. Orang yang berjaya pastilah merasa seronok yang kurang berjaya atau gagal pasti merasakan sedih. Bukan anak saja yang sedih malah dua ibu bapalah yang amat terasa sangat, opah tak rasa ada orang boleh ignore saja benda-benda macam ni. Suasana macam kecoh jugak kat sekolah dah tentulah si anu si dia ni dia tu, guru-guru pun kalut maklum orang yang mengajar nak tengok prestasi murid atau prestasi pengajaran mereka sendiri. Nampakanya kekalutan bila keputusan keluar tak sama dengan kekalutan masa nak periksa yang opah rasalah.

Opah ni taklah pandai sangat tak ada ijazah pun tapi pengalaman opahlah semasa 3 orang anak opah( anak pun 3 saja) mengambil periksa UPSR.SRP ,SPM sampai ke Matrik dan Universiti opah rasa cukup bimbang dan risau. Langkah untuk mengurangkan kebimbangan itu , mungkin anda atau orang lain pun dah buat tapi biarlah opah kongsi bersama mungkin dapat menbantu anda yang sedang menghadapi situasi ini:
1. Opah kalau boleh tak mau terlibat langsung dalam aktiviti mengumpat (kalau boleh sepanjang masa selagi hidup) Doa pengumpat sukar dimaqbulkan atau tak termaqbul.Didik anak-anak kita jangan suka mengumpat atau menceritakan keburukan orang lain.
2 . Didiklah anak supaya solat Hajat pada malam peperiksaan belikan buku panduan solat hajat padanya. Ingatkan dia selalu setelah kita berusah kita perlu berdoa supaya ilmu kekal dan dapat dikeluarkan bila menjawab. Memahami soalan dan dapat menjawab dengan tepat. tidak lupa.Mohon pada Tuhan supaya doromgkam hati anak kita untuk mengulangkaji perkara-perkara yang akan disoal nanti
3. Pada hari dan waktu anak sedang berjuang dengan soalan perperiksaan, opah masa kerja dulu akan cari waktu opah rehat untuk solat hajat dan baca yassin. kalau anak periksa waktu petangopah tak kerja) opah akan duduk di tikar sembahyang solat, baca quran atau paling koman zikir sampailah masa anak opah periksa tu dah tamat.
4. Dalam masa menunggu keputusan opah cuba kalau tak dapat tiap-tiap malam, malam Jumaat atau Isnin atau Khamis buat solat Hajat danTahajjuj supaya Allah berikan yang terbaik untuk anak-anak opah dalam peperiksaan itu.
5. Opah selalu ceritakan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh saudara-saudara atau sepupu atau adek beradek sebelah keluarga opah dan atuk yang telah berjaya mendapat degree, master dan phd supaya mereka rasa patut mengikut jejak langkah mereka atau merasa malu kalau tak berjaya.

Amalan-amalan tulah yang opah buat hinggalah mereka bertiga berjaya dari UPSR hinggalah ke IPTA dan dah bekerja pun dalam pelbagai bidang yang berbeza. Syukur pada Tuhan yang mengurniakan kejayaan bagi ketiga mereka. Biar apa pun bidang mereka hari ini opah rasa syukur sangat kerana mereka adalah orang yang mempunyai ilmu dalam bidang masing-masing.

2 comments:

Cheguman said...

assalamualaikum Opah,

Nampaknya Opah memulakan blog yg menarik. Semoga Opah akan terus berkongsi pengalaman. Saya akan membantu mempromosikan blog Opah pada sahabat2 bloggers.

Saya masukkan link blog Opah drpd blog waadat saya.

Unknown said...

Salam buat opah,

Memang apa yang opah sarankan itu amat berguna dan praktikal. Saya sendiri pun lakukan tetapi tidaklah sepenuhnya sebagaimana saranan opah.

Alhamdulillah kedua-dua anak saya berjaya setakat ini.

Teruskan! teruskan dengan nasihat dan titipan pengalaman opah.