
Salam untuk semua,
Setiap hari menjadi-jadi pulak cerita hantu kat tv. Opah bukanlah suka sangat tapi bila tengok rancangan lain adalah pulak iklannya. Mahu tidak mau tengok jugalah dah depan matakan. Mungkin di luar sana ada orang yang pernah disihirkan atau terkena buatan orang dalam pelbagai bentuk. Banyakalah istilah yang sering digunakan seperti kena santau, buatan orang, kena tegur dek jin dan macam-macam lagi.
Opah adalah juga pengalaman kena tegur tapi masa kecil dulu dalam
ketika itu dalam lingkungan 6 tahun, Opah dan rakan-rakan suka merayau ke hutan kecil di kaki Gunung Semanggol, kampung kelahiran opah, mencari tumbuhan namanya Pokok Lemba untuk dimakan kemudian minum air rasanya sangat manis. Apabila pulang ke rumah malamnya opah dikatakan meracau-racau dan menangis hingga dipanggilkan bomoh, bomoh yang dipanggil pulak tak sempat naik rumah lagi dan menurun ( tak sedar diri). Bomoh tu kata mungkin opah dah pergi main ke kawasan makluk halus dan dah kena tegur smapai demam. Tak taulah opah sejauh mana kebenaran cerita ni. Tapi yang pasti demam tu Allah takdirkan mungkin minum air sungai dengan buah lemba banyak sangat.Pengalaman bersama orang yang terkena sihir sangatlah mencabar, kadang-kadang takut kita pulak yang terkena kalau lemah semangat.Ketika tinggal di asrama dulu rakan-rakan yang terkana histeria menjerit-jerit nak lari ke Gunung berhampiran. Peristiwa ini berlaku bila antara kami yang suka sangat ketawa-ketawa dan bergurau lebih-lebih pada waktu siang. Malamnya ada yang nampak kepala orang di atas tali kelembu bergerak ke sana ke mari. Sungguh menyeramkan. Warden panggil Ustaz dan bomoh untukk menenangkan mereka. Kalau sorang takpalah jugak ini sampai 5 atu 6 orang jadi serentak. Tiap-tiap dorm ada wakilnya.
Kampung opah tinggal sekarang pun masih terdapat kejadian. contoh terkena santau, baru-baru ini anak jiran (dikatakan bomoh) terkena santau, akibatnya kegatalan seluruh badan dan mengalami pendarahan, mungkin luka usus kerana santau yang diperbuat dari seerbuk kaca.Tiap penyakit ada penawarnya. Seorang rakan guru terkena santau sampai peringkat jarum peniti keluar dari kakinya semasa sedang exam. Dia disembuhkan dengan izin Allah melalui Dr. Harun Din di Bangi.
Dalam semua pengalaman dan cerita yang opahtahu tidak sama dengan penderitaan yang ditanggung oleh seorang ahli keluarga opah(wanita) dia dengan izin Allah hingga kini usianya 66 tahun telah menderita akibat tekanan jiwaselama 47 tahun. Menurut ceritanya dia dikenakan oleh bekas suaminya yang mahu dia balik semula padanya ( bajunya dicuri dan suaminya menggunakan khidmat bomoh siam seperti yang diceritakan). Sebelum itu dia menuntut fasakh dari suami kerana suami kaki judi (barang kemas digadaikan) dan cemburu (sekarang mungkin dah jadi baik).
Usia perkahwinan 3 bulan dan dia mengandung anak pertama ketika itu. Wanita ini mengalami sakit jiwa yang teruk dan bila melahirkan anak, anak meninggal pulak. Bertambah2-tambahlah penyakit yang menimpa. Dia akhirnya menerima rawatan di Tanjong Rambutan hampir lapan tahun. Kini terlantar lumpuh sebelah badan dipelihara oleh seorang adek lelaki yang sungguh menyayanginya walau pun dia ternyata sudah tidak berdaya dan tak tau apa-apa lagi dalam hidup ini.Allah lebih tahu mengenai sesuatu kejadian itu. Mudah2an Allah akan takdirkan yang terbaik untuknya diakhirat nanti.
Adakah orang-orang yang melakukan atau mengenakan orang lain kerana tak puas hati, dendam akan terselamat di dunia ini? Dunia ini hanya sementara.

